Saturday, 30 June 2012

CERPEN :TIKA HATI BERTAUT (2)


Hampir 3 bulan pernikahan aku dengan Haseef , suami tercinta . Alhamdulillah , ni la bila orang kata bercinta lepas kahwin . Sumpah aku kata rasa yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata . Bayangkan saja baru kena tinggal , dah mula rindu . Haish , tak ke sweet tu?

“Sayangg , bangun la. Subuh ni,” Lia ni memang la , dah 3 bulan kahwin , kena kejut je suruh bangun subuh.

“Ye abang , bangun la ni,” mamai je bunyi yang keluar dari bibir isteri tersayang Haseef ni .

“Ke nak abang angkat awak masuk bilik air?” Aulia yang syok memejamkan mata , terus terbuka matanya . Hilang mengantuk jika diusik macam tu .

“Takapalah , boleh jalan lagi ni,” kata aku sambil menapak ke bilik air .

Satu kucupan di dahi dihadiahkan oleh suami aku . ‘Amboi ambil kesempatan ye bila aku tengah mamai mamai ni . Eh , suami sendiri ambil kesempatan tak ape kot aku rasa.’ Aulia tersenyum sendiri.

Usai berwudhuk aku terus menyarung telekung yang aku sangkut di dalam almari lalu menapak kearah Haseef yang menunggu aku . Ya , dialah imam aku sekarang . Imam dalam solat , imam dalam rumah , dan inshaallah imam dunia dan akhirat aku . Bukan setakat imam , dia juga kawan yang sentiasa ada setiap susah dan senang aku . Juga kekasih yang sangat setia menjaga aku . Paling penting , dia lah Encik Abang Sayang aku .

Hari ni hari Sabtu . Cuti . Sejak berpindah masuk ke rumah baru di Shah Alam ni , sungguh la aku tak ada kawan sangat . Memang la peramah , tapi jiran dekat sini macam 24/7 kerja je macam Haseef . Docter lah katakan , memang busy laa . Aku berpindah tempat kerja sejak tinggal di Shah Alam ni . Mujur saja Encik Nasrin mahu lepaskan aku pada cawangan di Shah Alam , katanya aku bagus bekerja . Aku staf yang baik . Eleh , tahu laa nak buli aku dekat tempat kerja . Dah takada kerja lain lah tu . Ezzy , adik ipar aku kini kerja sambilan dengan Nasrin .Setiap kali hujung minggu , pasti dia akan call aku dan cerita tentang bosnya yang sering jadikan dia mangsa buli . Encik Nasrin sangat kejam eyy .

“Sayang , termenung apa tu?” aku yang berdiri di berada terkejut dengan suara yang menyapa .

“Abang memang nak Lia mati cepat ke? Suka tau buat orang terkejut,” marah aku dalam nada gurau . Mana boleh nak marah serius . Laki aku ni tak pro sangat dalam bab pujuk memujuk . Tapi kalau sekali pujuk . Aku cair terus .
Terdengar tawanya meletus .

“Alala , sorry okay princess . Abang tak sengaja , tengok awak khusyuk benar tenung bukit bukit macam nak timbus je,” rumah kami terletak berhampiran dengan bukit yang penuh dengan kehijauan . Dua dua suka suasana yang mendamaikan . Tu pilih kawasan macam ni.
Aku memandang dia .

“Abang , kita pergi jenjalan nak? Bosan la duduk rumah cuti cuti ni. Abang tu dah la busy semendang,” perli aku .

“Sayang nak pergi mana? Jangan jauh jauh sangat sudah la,” katanya . Yey !Lampu hijau.

“Hmm , pergi PD nak?” ujar aku teruja .

“PD ? Buat apa? Nak mandi kee? Alaa , lain laa,” bantahnya .

“PD juga PD juga . Orang tak pernah jejak sana pun tau. bOleh eh , boleh eh?” pujuk ku .

“Yelah . Pergi siap cepat,”arahnya .

“Yeay! Thanks abang,” sebelum kaki melangkah , aku hadiahkan satu kucupan di pipinya .
Haseef menarik lengan ku .

“Abang cakap boleh baru nak kiss abang ye ?” matanya yang galak itu memandang aku . Aku hanya tertawa .

“Dah dah , nak pergi siap ni . Abang pun cepat tauuuuuu,” aku pula mengarahnya .
Dia melepaskan aku untuk aku pergi bersiap . Dia juga begitu.


***

Perjalanan dari Shah Alam ke PD takadalah lama mana . Sebab dalam kereta dok sembang tak hengat . Karang kalau aku tidur , kesian dekat laki aku ni bosan bawak kereta sebab takada teman nak sembang . Itu la Haseef . Encik docter memang begitu gamaknya .

“Abang , kita duduk mana ni? Hotel eh?” saja Tanya . Padahal terang tang tang la hotel .

“Awak nak duduk dalam kereta ke? Abang ok je,” ceit! Aku pulak yang kena .

“Amboi,” kata ku sambil tersengih .

Kami berjalan seiringan memasuki hotel yang sederhana mewah . Aku pun bukan kesah sangat mewah ke tidak . Yang penting selesa sudah lah .
Selesai membuat pendaftaran dan pembayaran , kunci pun dah dapat . Maka , apa lagi , bergerak ke bilik lah kan . Nak kata perjalanan jauh semendang . Takada lah sangat . Tapi apsal laa penat sangat ni . Badan aku pun macam lemau semacam . Pening woo .
Haseef berjalan menghampiri aku. Haih , buat senyum pelik tu pahal pakcik oi?

“Lia , jum turun,” ajaknya .

“Nak kemana bang?” hairan pulak . Nak dekat magrib ni juga dia ajak aku keluar .

“Pergi tengok matahari terbenam,”senyumnya .

Aku bingkas bangun . Eh , teruja pulak.

“Amboi , ni lebih teruja dari abang ni,” usiknya.
Ngee…Aku mana penah tengok matahari terbenam . Aku yang terbenam selalu lah.

“Orang tak penah tengok matahari terbenam . Macam nilah terujanya,”sengih aku lebar.

“Orang? Orang utan ekh?”okay dia dah mula mengusik .

Pantas tangan aku mencubit pipi dia yang tak berapa nak gebu . Aku punya pipi makin gebu tau sejak kebelakangan ni . Yela , asyik makan macam macam je .
Dia tertawa. Kami bahagia. Langkah diatur ke pantai . Jam menunjukkan 6.45petang.
Saat yang dinantikan kini tiba . Subhanaallah . Cantik sungguh. Hari ni merupakan hari yang tak akan aku lupakan. Lepas tengok matahari terbenam . Kami beredar pulang ke hotel .

Malam ni kami Cuma duduk di bilik dan berehat . Aku pula tak sihat . Memang spoil betul lah kan . Muntah muntah lagi . Haseef tengok aku pun dia tayang muka ‘takpe-tak sihat tu’.
Ish! Dah la aku ye ye ajak dia pergi PD . Then aku pula yang tak sihat . Nasib badan .

“Sayang , ok tak ni? Risau pulak abang tengok awak ni,”nada kerisauannya terserlah.

“Lia okay je ni bang . Salah makan je ni kot,” usai je aku berkata . Terus aku berlaki menuju ke tandas . Bweeekkk . Muntah lagi . Kali ni masuk kali ke 4 aku muntah . Badan pun dah penat asyik keluarkan isi perut ni . Naik lemau tahap layu dah ni .
Lepas je selesai memuntahkan segala . Aku baring. Dalam hati cuba ingat tarikh terakhir aku period.

‘Eish , macam lambat dah ni periodnya…tak kan lah’, aku tersenyum sendiri . Kalau ya , rezeki sangat dah ni . Makin bahagia la aku .

“Abangg,” panggil aku lembut.

“Ye. Kenapa ni?” dia duduk berhampiran dengan aku . Elelele , caring nyaaaa awakkkk!

“Urrmm , peningg lah . Esok kita balik boleh?” sorry la Encik Abang . Saya ada benda lebih penting untuk kita ni.

“Hmm , tak sihat ke ni?” aih , docter pun boleh Tanya soklan macam ni ekh?

“Laa , abang yang docter pun tak tatau ke isteri sendiri tak sihat?” haha . Dia tergelak .

“Yelah yelah . Esok pagi kita balik ye. Sampai rumah , awak rehat je ok?” tengok tu . Baru aku kata aku pening . Belum demam ke darah tinggi lagi ni . Amboii .

“Kalau Lia rehat , rumah tu macam mana? Macam puting beliung melanda lah jawabnya bang,” perli aku padanya .

“Eh , mengata abang ek?,” dia pandang aku .

“Tak laa . Mengutuk depan depan jee,” gurau ku .

“Amboiii,” nadanya digarangkan.

“Alalala ,abang abang . Ampun ampun. Orang gurau jelah,”kang dicop murka . Tak cium syurga aku weh.
Hahaha . Sakan dia gelakkan aku . Aku pun tertawa lucu . Macam ni baru best berumah tangga. Ada mesranya . Kan?

***
Pagi ni kami akan berangkat pulang . Kesian abang . Sudah la tengah cuti , aku ajak kesini tapi tak sempat buat apa apa aktiviti .
Dalam perjalanan pulang , aku berpesan pada dia untuk berhenti di farmasi yang berdekatan dengan rumah kami . Nak beli ubat batuk . Alasan je sebenarnya tu .

“Sayang , nak abang belikan ke ?” tawarnya .

“Eh , tak pe . Lia beli sendiri ok. Jap tau,” hush kalau dia belikan . Tak jadi la plan aku .
5 minit aku di farmasi .
Alat untuk ujian kehamilan aku simpan dalam tas tangan . Ubat batuk yang ku beli aku biarkan di tangan . Baru nampak real kan .

Haseef menunggu aku di dalam kereta . Dia senyum melihat kelibat ku . Aku pun membalas senyumannya . Eceewah . Buat drama kejap . Suami aku memang murah dengan senyuman . Tahu la ada lesung pipit kan . Jangan buat aku jeles ! Aku membuka pintu kereta . Dia memandang aku .

“Apa pandang pandang?”soal aku .

“Eleh , pandang isteri sendiri pun salah ke?” dia jawab dengan pertanyaan juga.

“Tak kata salah pun,” saja gurau dengan dia .

“Elele , pandai dah main usik usik ye? Sejak bila? Mana ubatnya?” tuan doctor mula bukak bicara . Macam ni lah jadinya .

“Ada dalam ni,” sambil menayang beg plastic farmasi yang dibeli .

“Oh , ubat batuk je,”katanya perlahan. Dan  pregnancy test sambung aku dalam hati .

Kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah . Sungguh penat badan . Rasanya macam nak tidur terus jee ni .
Sampai rumah tepat jam 2 petang . Aku terus masuk ke rumah . Tidak tahan lagi muntah yang nak keluar yang aku tahan dari dalam kereta tadi . Tu la , tunjuk kuat konon .
Buweeeeeeekkk!
Tanpa toleh kiri kanan , aku terus muntah dekat sinki dapur . Huissshh . Pelat gila rasa tekak aku . Haseef  lekas mengurut belakang leher aku . Dia memang penyayang .

“Sayangg , awak okey tak ni? Risau pulak saya dengan awak ni,” tahu cuak . Takkan tuan docter tak boleh rasa yang aku ni mengandung ke tak ekk . Terfikir tetiba .

“I’m okay la abang,” jawab aku sambil senyum .
Aku melangkah masuk dalam toilet . Ini la masanya .
Haseef mengekori aku . “Eh , nak kemana ni bang?” dia nak masuk jugak ?.

“Nak ikut awak lah,”sengihnya .

“Eish , pergi sana . Ada kee masuk sekali . Shusshh shussshh,” boleh pulak nak ikut aku . Ketuk karang.
Dia ketawa terkekeh kekeh . Suka sangat mengacau aku .

Selang 5minit . Aku masih dalam tandas lagi . Pregnancy test ditangan aku tengok dengan mata yang terbuka sebelah. Ye , aku mengharapkan ia positif la kan . Wanita mana taknak jadi mama kan?
Wohooooo ! Itu first time bila aku benda alah tu . Errrr . POSITIF! Alhamdulillah .
Emm , aku tengah fikir . Macam mana nak bagitahu berita gembira ni dekat encik abang sayang . Uhuuuu , ahah! Komplot dengan mama dengan umi lah .

Aku berjalan keluar dari toilet . Relax . Buat macam takada apa jadi . Kang Haseef syak apa apa pulak kan . Aku memasuki bilik . Mengambil telefon . Mendail number Umi .

“Assalamualaikum Umi,”setelah talian disambungkan .

“Waalaikumsalam Lia , Ya Allah rindunya umi pada Lia . Lia sihat ?”ujar Umi teruja .Husssh , ni baru aku call . Kalau aku kata ‘umi bakal jadi opah’ agaknya melompat terus umi aku ni .

“Alhamdulillah sihat . Umi , esok kami nak datang rumah . Boleh ? Ajak Mama sekali . Sebab Haseef cuti , lagipun kami dah lama tak datang rumah kan,” oh mama tolong cakap OK.

“Ha , bagus la tu . Esok Kak Ezry kamu dengan laki dia pun nak datang jugak,”cantik sangat dah tu .

“Ezzy ada tak Umi?”lama tak jumpa budak tu . Rindu dah .

“Mesti la ada , kalau dia tahu kamu nak datang , lagi suka dia,” kata Umi sambil gelak .
Yee , Ezzy sangat rapat dengan aku . Perbualan kami berakhir setelah Umi minta diri untuk menemani abah aku ke Taman untuk beriadah .
Aku berjalan kearah Haseef .

“Abangg , esok free tak?”jangan aku kena marah sebab banyak songeh sudah .
Dia menoleh kearah aku .

“Free je , kenapa ? Nak pergi mana mana kee?” katanya .

“Aaaaa, balik Ipoh jum!,” kata ku .

“Ipoh? Esok? Lia larat ke?Tadi pun muntah muntah,”risau je bunyi dia ni .

“Sihat laaa , larat laa. Lama tak jumpa Mama dengan Umi . Tadi Lia dah call , Umi kata ok sebab Kak Ezry pun datang . Ezzy pun ada sekali . Boleh bang,” panjang lebar aku jelaskan.

“Laaa , diorang pun ada . Kalau macam tu. Jom!,” Haseef menarik lengan aku .

“Eh eh , nak pergi mana?”hairan pulak aku .

“Kata nak balik Ipoh kan , packing barang cepat,” ujarnya .

“Eh , tapikan Abang tu esok last cuti , nak packing apanya?Kita balik hari jelah,” dia ni mimpi keapa?

“Eh , lupa nak bagitahu . Tapi masa Lia dekat dalam tandas , dapat call dari Hospital , dorang bagi cuti . Yeah! Dapat cuti lebih,” amboi gembiranya . Aku memang ada baki cuti lagi . So….

“Nak stay sana berapa lama ni bang? Dan , abang dapat cuti berapa hari lagi?”Tanya aku.

“Ada la dalam seminggu,” dia tersenyum . Aku tercenggang. Lama gila .

“Sayang mintak cuti seminggu boleh?” ni nak bodek aku la ni .

“Alaaa , kang boss bising laaa,” malas nak bertikam lidah dengan En Fizi tu .

“Meh abang yang mintakkan,”dia mengambil handphone aku lantas mendail number En.Fizi.

“Assalamualaikum En Fizi , saya suami Aulia . Mmm , boleh tak kalau isteri saya tak pergi kerja untuk seminggu?”katanya lancar . Eii , laki aku ni suka suki dia je .

“Abanggg …,”aku disebelah dah macam kucing hilang anak . Kang laki aku kena maki kang . Kesian.

“Mmm , thankyou Encik Fizi,”talian dimatikan . Dia tersenyum.

“Yeayy! Seminggu abang Lia teman! Ni syok ni,”aku terpingga pingga . Eh , lembut pulak hati boss aku tu .

“Lepas ek cuti Lia bang?”lagi mahu Tanya . Sah sah la lepas.

“Ish , mestilah . Tengok la siapa yang cakap kan,”eh bangga pulak.
Kami tertawa . Tangan aku melipat baju baju yang ada . Malam ni kami bertolak ke Ipoh . Buat kejutan untuk Umi dan Abah . Dalam hati aku penuh rasa debarannya . Nak bagitahu dekat satu family ni . But , aku tak check dekat docter lagi . Tapi takpelah . Suami aku sendiri docterkan . Hihihihihi .

***
Shah Alam – Ipoh makan masa agak lama jugak . Malam pulak kami bertolak , mesti la kena drive hati hati kan . Disebabkan badan aku agak keletihan , aku mengambil keputusan untuk tidur sahaja sepanjang perjalanan . Untung Haseef faham dengan keadaan aku . Dia pun takada banyak tanya . Dia nak aku rehat . Huu , ni dia belum tahu aku mengandung ni . Kang satu kerja pun dia tak bagi aku buat . Haru la macam tu . Boleh pengsan sebab kebosanan aku macam ni .

“Lia , bangun . Sampai dah ni,” Haseef mengejutkan aku .

“Err , sampai dah?” mata aku terpisat pisat . Huaaa , akhirnyaa .

“Dah jom keluar . Beg baju tu , esok je abang angkatkan . Sayang tu pun penat sangat nampaknya,” dia menarik aku keluar dan berjalan beriringan dengan aku memasuki rumah banglo sederhana milik keluarga aku .
Aku hanya mengatur langkah . Sampai saja depan pintu pagar , Haseef menekan loceng . Agaknya , umi dengan Abi dah tidur ke ek?.
Terdengan pintu rumah dibuka . Nasib abi belum tidur .

“Assalamualaikum Abi,” Haseef menyapa Abi , aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan abah . Rindunyaaaaaa!

“Waalaikumsalam , umi kata kamu balik pagi esok , ni kenapa malam malam dah ada dekat sini?”sungguh ketara kepelikan yang abah hadapi .

“Ni abang ni bah , tak sabar nak balik sangat,”aku menjeling manja kearah Haseef . Dia tersengih lagi .
“Alaaa Abi, Haseef lama tak jumpa umi , abi , mama dengan papa. Rindu niiii,” dia kalau dengan Abi memang manja amat! Sampai aku ni di pinggirkan . Eh eh , sensitive pulak.
Abah tertawa melihat gelagat suami ku yang mengalahkan budak kecil. Aku pun tak macam tu tau.

“Abi , umi dah tidur ke?”mata aku melilau melihat kelibat umi . Mana umi ni.

“Umi kamu dah tidur dah . Penat sangat dia siang tadi duk pergi beli macam macam sebab kauorang nak datang esok,”oh patutlah . Ni boleh buat surprise ni dekat Umi .

“Abi jangan bagitahu umi yek kami dah sampai . Nak buat kejutan dekat Umi. Tau tau tauu,”pujuk aku pada Abi . Haseef hanya menggelengkan kepalanya melihat teletah aku .
Abi hanya menggangguk . “Eh , moh ler masuk . Buat ahli mesyuarat pintu pulak  malam malam ni,”bisik Abi pada kami . Takut Umi terjaga lah tu kan .

Aku dan Haseef bergerak memasuki bilik lama aku . Sederhana besar , cukup la untuk kami berdua menginap beberapa hari ni . Aku memandang Haseef .

“Abang…,”panggil aku perlahan .

“Iyeeess?”katanya sambil tangan menutup dahi.

“Penat?Kesian abang . Lia sedap sedap tidur , abang drive sensorang,”serba salah pulak tengok muka laki aku ni .

“Boleh tahan,” aih , sepatah je jawab.

“Takapelah . Tidur ok . Rehat,” kata aku . Kesian ni .

“Sayang…,”aku memandang dia .

“Iyaaaa?”hairan pulak . Masuk mode romentik versi meremang bulu roma malam malam ni.

“Jom la tidur . Hehehe , awak kan bantal peluk abang . Awak takada , mana boleh abang nak tidur,”sengihnya .

Dia ni memang la . Spoil betul . Tahu la sejak aku makin chubby ni , aku dah jadi anak patung a.k.a bantal peluk dia . Esok , siaplah . Memang aku buat dia terkujat terang tang tang. Aku tertawa jahat .

***
“Assalamualaikum Umi,” aku menghampiri Umi lalu memeluknya . Dari reaksi Umi, aku tahu umi terkejut .

“Waalaikumsalam . Ya Allah anak umi . Bila sampai ni? Senyap senyap je,”nada tidak puas hati disitu .

“Malam tadi sampai,”muka umi , amboii , terkejut sangat tu .
Tangannya mencubit lengan aku . Cubit manja .

“Heyy , ni mesti dah rasuah Abi jangan kasi tau Umi kan,” umi ni memang terer bab bab meneka ni.

“Hehehe , memang pun . Semalam pun sampai dah lewat malam . Tak kan nak kejut umi pulak kan . So , surprise!”kedengaran gelak tawa umi .

“Umi umi , kak Ezry dengan yang lain datang bila?”tak sabar nak tunggu diorang.

“Diorang ontheway . Katanya nak sarapan dekat sini . Semangat sungguh diorang tu,” amboih . Lagi tak sabar deme tu.

“Atenyaa Haseef man…,”belum sempat Umi menghabiskan katanya , kedengaran hon kereta diluar rumah .

Dah sampai dah kut mereka mereka tu .

Aku bergegas memakai tudung lalu menapak ke halaman rumah . Haseef sudah berdiri tegak disitu bersama sama Abi dan Umi .
Aku lihat kelibat Ezzy . Ezzy meluru kearah aku . Sungguh budak ni dah besar panjang dah .

“Akaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkk!”Ya Allah , dek telinga kakakmu ini nak pakai lama tau takkk!

“Huish , eh kamu ni Ezzy , dah boleh jadi bini orang pun perangai macam budak budak,” kak Ezry yang datang menghampiri kami membebel memarahi Ezzy .
Aku menghampiri Kak Ezry , menyalami tangannya . Di pangkuannya ada seorang baby lelaki . Comel . Mesti ni Fawwaz kan . Aku mengambil dia dari pangkuan Ibunya . Comel sungguh . Ini anak kedua kak Ezry . Anak pertamannya sudah berumur  5tahun . Yang si kecil ni berumur setahun.

“Abang Azli mana?”tak Nampak pulak suami kak Ezry ni.

“Abang Azli kamu dekat luar kut dengan Haseef , Ayah Affan dengan Papa,”kata Kak Ezry lancar.
Oh….

“Ezzy , macam mana kerja dengan Encik Nasrin?Okay,”saja bertanya tentang kerja . Rindu pula office dekat sini.

“Alhamdulillah  okay aje. Encik Nasrin tu ajeeee,”keluhnya.

“Amboiii , kenapanya?”Tanya aku . Macam ada something je  ni.

“Alaaaa. Diaa tuu….,”pantas kak Ezry memotong.

“Bila boss suka pekerja sendiri . Biasalah tu . Kacau kacau sebab sayang,”usik kak Ezry .
Aku disebelah membuntang mata. Aihh! Encik Nasrin suka Ezzy. Ehemehem! Ada bau minyak nih.

“Amboi , kejap lagi kan . Ada kenduri lagi la jawabnyaaaaaaa,”ujar aku riang.
Kami tertawa sama sama. Ezzy disebelah hanya diam termalu. Dia sendiri tak cakap apa. Kami pandai pandai buat andaian sendiri. Mama menghampiri kami.

“Lia , Ezzy , Ezry , jom makan cepat . Yang lain dah tunggu tu,”tulah , rancak sangat berborak sampai lupa tak makan lagi . Kesian baby aku ni. Aku tergelak sendiri.

“Eh Lia, kenapa gelak sensorang ni?”Haseef menegur . Eh tak perasan pulak dia ada dekat sini.

“Eh takada apa abang . Jom makan,”its time . Kena bagi tahu ni .
Kamu berdua menghampiri meja makan. Aku dan Haseef mengambil tempat bersebelahan.

“Amboii pengantin baru yang tak berapa nak baru ni kerja berkepit je kan,”usik Ezzy. Budak ni laaa . Suka sangat menyakat aku.
Seisi rumah tertawa . Muka aku dah merah . Malu la wey!
Aku mengambil pinggan . Mengisi bihun goreng yang Umi masak. Kuantitinya aku ambil lebih. Entah memang suka makan banyak sejak dua menjak ni. Umi dan mama melihat aku .

“Lia , banyaknya makan,”pelik je bunyi.

“Alaaa ma , menantu mama ni sejak kawin makan tu memang banyak amat,”Haseef menjawab bagi pihak aku,.

“Eleh, Lia makan untuk dua orang la Ma,” errr. Perasan ke tak ey dorang ni?
Ehhh… Aku angkat pandangan. Semua mata tertumpu kearah aku.

“Errrrkkk! Semalam baru check. Positif,”ujar aku lancar.

“Betul ke ni?”Umi bertanya.

“Sayang,kenapa tak bagitahu?”nada tak puas hati disitu.

“Heheheheheh, saja nak bagitahu serentak . Tu yang orang tetiba nak balik tu,”jangan le marah.

Serentak semua mata yang ada dimeja tergelak dan mengucapkan tahniah . Haseef disebelah hanya mendiamkan diri . Marahkah dia? Uhhh , lepas habis makan kena mintak maaflah ni.
 Usai bersarapan . Kak Ezry dan Ezzy bergerak bersama umi dan mama ke ruang tamu . Manakala aku masih ada hutang dengan suamiku yang terchenta ini . Hoilaa , takmau la tarik muka masam awak tu encik hubby.
Leka je aku tengok Abang Azli berborak dengan Haseef . Eh! Haseef ni tak Nampak ke aku tengah tunggu dia ni? Hurrr. Marah lah tu .

Aku mengatur langkah keatas . Masuk bilik. Rehat. Tiba tiba rasa pening pula. Jangan muntah lagi dah la .
Terdengar pintu bilik dibuka. Haseef . Siapa lagi kan nak masuk bilik time time macam ni.
Dia duduk di birai katil. ‘Nak tegur dulu ke tak’,aku berkata pada diri sendiri .

“Err, Abang. Sorry,”sungguh la aku rasa bersalah . Bukannya sengaja . Nak buat kejutan.

“Hurmmm ! Lain kali bagitahu abang dulu . I’m your hubby kan?”lagi la berbakul bakul  rasa bersalah tu datang.

“Lia nak buat kejutan dekat korang . Sorry la buat abang rasa tersinggung pula,”sumpah nak nanges . Kang dia kecik hati . Bau syurga pun aku tak hidu.
Haseef tertawa . Aku mula la pelik .

“Orang minta maaf , dia ketawa pula,”sensetif sebab hormon bawak budak punya pasal lah ni.

“Alalala , sayanggg abang ni. Abang mana ada marah lah. Saja buat drama. Kalau sayang boleh buat . Takkan abang tak boleh pulak kan,”laju tangan aku mencubit pehanya . Eiii saja jee dia ni.

“Eh, jangan gurau sangat. Orang mengandung ni sensetif tahu? Knang nanti ada yang jenuh nak pujuk orang,”perli aku pula.

“Okay okay,abang tak gurau dah okay.Jangan merajuk.”tahu takut.

Kami bersiap untuk ke klinik. Tak menyempat yempat betul.
Di Klinik..

“Tahniah Puan.Cahaya mata pertama ye?”Tanya Dr.Sherry.

“Yep!”Jawap kami serentak.

“By the way,kandungan Puan baru mencecah 6minggu. Jadi saya nasihatkan untuk Puan berhati hatilah ye. Kandungan masih awal.”Aku yang mendengar hanya menganguk.

“Takpe Dokter,suami saya ni pun dokter jugak. Pepandailah dia jaga saya.”Haseef tertawa.

“Eh, Encik Haseef dokter ke?Hospital mana ye?”,Macam pernah jumpa je.

“Yes. Dekat HKL,”Jawab Haseef. Aku hanya diam.

“Lah.Kenal saya lagi tak? Junior awak?”Err.

‘Terus tukar panggilan?’Aku berkata sendiri dalam diri.

“Eh,yeke?Sherry?Sherry Izmin?”Haseef berkata seperti tidak percaya. Tidak menduga yang dia boleh bertemu dengan juniornya barangkali.

“Yes!Awak ingat saya lagi,”Aku ni dah macam patung cendana dah dekat sini.

“Mestilah.Antara junior yang rapat dengan saya kan,”Gulp! Rapat? Rapat sangatkah?

“Eh,sampai hati tak bagitahu saya yang awak dah kahwinkan?Tahu tahu dah nak ada baby dah pun,”Sherry berkata.

“Sorrylah. Lepas balik haritu tak contact junior memana pun. Yang tahu saya kahwin pun kawan kawan rapat aje,”Haseef ni buta ke aku dekat sini? Tengok emo dah.

“Ehem,”aku memandang sekeliling.

“Eh,sorry puan. Seronok sangat jumpa dengan Haseef balik. By the way, puan kena selalu buat check-up.”Aku hanya mengangguk. Nak balik!

Kami berdiri. Aku bersalam dan meminta diri untuk keluar. Haseef berborak sebentar bersama Sherry di luar. Selesai sahaja mengambil ubat,aku memandang kearah mereka. Aku lihat Sherry memandang wajah Haseef tanpa berkelip. Haih! Lain macam dah ni.

“Abang,jom,”Aku perasan riak wajah Sherry berubah. Kesah pulak aku? Laki aku suka hati akulah!

“Okaylah Sherry saya pergi dulu. Ada masa jumpa lagi,”Haseef meminta diri.

“Awak,nak number fon boleh?Senang sikit nak contact,”Haseef memandang aku. Aku buat taktahu.
Haseef menyebut numbernya. Aku hanya meneliti apa yang dia beri.Sherry tersenyum gembira.Aku mula melangkah ke kereta. Panas hati aku.

“Sayang, kenapa laju sangat ni?”Aku menoleh kearah Haseef yang berlari anak mengikuti jejak langkah aku yang pantas dari biasa.

“Takada apa. Jom balik. Tak sabar nak bagitahu diorang semua,”Kata aku sambil membuka pintu kereta. Haseef melihat aku pelik.

‘Marah ke dia? Cemburu?’Haseef berkata sendiri.

“Assalamualaikum,”aku melangkah laju memasuki pintu rumah.

“Waalaikumsalam,Lia.Macam mana?”Laju je mama Tanya.

“Alhamdulillah.Positif.”Ujar aku gembira. Walaupun hati ni macam apetah. Bukannya tak suka mengandung. Tapi sebab Sherry tu. Urgh! Aulia sila jaga cemburu kau jangan sampai jadi cemburu buta.

“Mama,tahu siapa yang Haseef jumpa tadi?”Eh jangan kata Mama pun kenal Sherry.

“Siapanya?”Haseef tersenyum.

“Sherry Izmin.”Mama kelihatan terkejut.

“Sherry junior kamu yang dekat German tu?”okay memang mama kenal.

“Yes!”Mama bersenyum.

“Tak sangka kamu bertembung lagi dengan orang yang pernah kamu suka kan?”Haseef berubah riak. Aku? Aku rasa kalau toreh muka aku masa ni dah tak da darah dah ni.

Aku melangkah ke ruang dapur. Minum air. Perit rasanya.

“Ma,kenapa mama cakap macam tu?”Haseef menegur mamanya.

“Lah, dah kenapa?Memang betul kan?”Mama ni memang tak faham betul lah.
Aulia menatang dulang yang berisi dua cawan. Untuk mama dan Haseef.

“Ma,Abang,Lia naik bilik dulu eh,”tak tahan aku nak dengar apa yang keluar dari mulut dua beranak ni.

Haseef menahan aku dari pergi. Aku menarik tangan aku tanpa menoleh kearahnya.

“Please. Lia nak naik. Penat,”Mama pelik melihat kelakuan aku.

“Ok lah,”Haseef melepaskan pergelangan tangan aku.

“Lia kenapa Seef?”Mama bertanya.

“Dia,tak da apa. Penat rasanya.”Haseef serba salah.

Mereka sambung bercerita. Tentang Sherry. Sampai keatas dengar. Syok betul.

“Akak!”Ezzy menegur.

“Eh,yess?”nak korek rahsia lah.

“Akak okay ke ni?Macam pucat je muka ni?”Ezzy ni memang prihatin betul.

“Sherry tu siapa dik?”Ezzy terkedu.

‘Macam mana kak Lia boleh tahu ni?’Ezzy berkata dalam hatinya.

“Er, mana akak kenal?”Nampaknya Ezzy pun kenal Sherry Izmin tu.

“Dia yang rawat akak dekat klinik tadi. So, tertahu la kat situ. Dia ada apa apa dengan Abang Haseef awak tu?”tolong la cakap.

“Erm.Diorang pernah couple.Masa dulu lah. Sebelum abang jumpa akak. Ala,cerita lama,”Uh?Pernah couple. Gi-la. Ingatkan junior-senior je. Patutlah.

“Ok then,”Aku tersenyum.

“Ezzy bila masuk Uni balik?Cuti dah nak habis dah kan?”Sambung aku.

“Oh, minggu depan masuk lah. This week duduk sini je kut. Boleh teman akak,”Ujarnya gembira. Mujurlah ada dia. Niat aku nak korek rahsia. Sampai situ jelah. Malas nak Tanya panjang panjang. Kata benda lampau kan. Dah tak da apa la tu.

Kami berborak sampai tak perasan yang waktu nak masuk magrib dah.

Aku memasuki bilik. Haseef sudah pun ada di birai katil.

“Sakannya borak dengan Ezzy.”Aku memandangnya.

“Abang pun sakan borak dengan Mama kan,”bukan nak perli.Tapi memang betul pun.

“Lia ni kenapa?Dari balik klinik lagi macam tak elok je mood tuh?”boleh pulak dia ni Tanya.

“Pembawakan budak,”boleh di terima kan?

“Takkan lah sampai dengan abang pun kena sekali?”ujarnya dengan nada tidak puas hati. Magrib magrib nak gaduh pulak!

“Pembawakan budak tak kenal siapa bang. Dengan ayah sendiri pun boleh jeh,”kata aku sambil melangkah ke bilik air.
Haseef memusingkan badan aku menghadapnya.

“If Lia marah pasal Sherry. I’m sorry okay? Bukan taknak bagitahu. Tapi belum masanya lagi,”Katanya lembut.

“Laaaa.Ingatkan abang tak perasan yang Lia tengah bengang. Heh! Takada masa? 3 bulan kahwin tak kan benda kecik ni tak boleh ank bagitahu?Lepas balik klinik tadi pun boleh je kalau nak terangkan kan?”Naaahh! Aulia dah marah.

Haseef terdiam. Dia sedar akan salagh dia.

“Dahlah. Lepas Isya kita sambung.”aku melangkah masuk ke bilik air.
Saat air membasahi batang tubuh aku. Air mata turut mengalir. Derhakakah aku? Ni lah padahnya kalau ikut persaan sangat.

Usai mandi, lekas aku bersiap untuk bersolat. Seperti biasa,Haseef menjadi imam dan aku makmumnya.

Usai solat aku membaca surah Al-Mulk dan Al-Khafi.Sudah jadi rutin harian aku membaca surah surah tersebut. Haseef disebelah hanya memerhati. Saja aku melambatkan bacaan. Biarlah selesai membaca quran,terus solat isya. Lepas isya baru bincang.

Azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu isya. Aku dan dia segera mengerjakan solat. Tak elok lengah lengahkan solat.

Takbir diangkat. Allahuakbar!

Aminn! Doa yang dibaca oleh Haseef aku aminkan. Dia berhadapan dengan aku. Aku menyambut huluran tangannya. Sebak didada.”

“Abang, Lia mintak maaf pasal siang tadi. Lia tak sengaja nak marahkan abang. Sorry,”aku mencium 
tangannya lama.
Dia menarik aku ke pangkuannya.

“Shusshh..Abang faham.Isteri mana tak cemburu bila suami sendiri duk bercerita sakan dengan mama pasal someone yang pernah hadir dalam diri dia kan?”Aku mengangguk.

“Cemburu tandanya sayang,”sambungnya lagi.

“Memanglah! Isteri mana tak sayang suami sendiri bang,”Kata aku laju.
Haha. Haseef tertawa.

“Sayang, past is past. For me, dia dah takada apa. Sayang yang utama untuk abang. Baby kita.Rumah tangga kita.Abang takada perasaan langsung dengan dia. Abang awak punya. Selama-lamanya.Inshaallah,”kata katanya suka buat aku sebak.

Aku tersenyum senang. Malam ni sangat damai dengan kehadiran satu lagi insan yang bakal melengkapi hidup kami suami isteri.

*****

Selepas habis cuti seminggu. Kami masuk kerja seperti biasa. Cuma Haseef sering memberi taklimat tentang keselamatan. Yelah sejak berbadan dua ni, ada je pantang larangnya. Sabar jelah.

“Hai Aulia, seronok honeymoon? Berseri seri awak sekarang ye?”Usik En.Fizi.

“Ala boss,orang berbadan dua mestilah berseri seri kan”,Aku rasa nak gam je mulut si Zyka ni. Tak reti simpan rahsia betul.

“Laaaa!Kenapa tak bagitahu?”Lah buat apa nak bagitahu?

“Ish,buat apa nak bagitahu?Orang kata kan boss,benda benda awal macam ni jangan nak heboh sangat. Karang tak ada rezeki malu pula,”bukan tak nak bagitahu. Cuma taknak la terlampau teruja. Awal lagi ni.

“Oh okay okay saya faham. Dah berapa bulan?”Ujarnya.

“Baru nak masuk tiga bulan.”kata aku sambil tersenyum.

“Oh okay. Dah dah. Mula kerja,”Arahnya.

Jam menunjukkan tepat pukul 1 petang. Lunch time!
Aku dan Zyka bergerak ke restoran di sekitar pejabat kami. Sedang sibuk berbual sambil berjalan. Mata aku ternampakkan sesuatu yang menarik.
Ezzy?Nasrin? Amboi.

“Weh, kejap! Aku nak pergi sapa adik ipar aku dengan bakal suami dia,”Zyka terpingga pingga hanya mengangguk.

“Assalamualaikum bakal pengantin,”Usik aku.

“Waalaikumsalam.Eh awak Aulia.Siap bakal pengantin?,”Nampak sangat blur bekas boss aku ni.

“Akak,jangan pandai pandai okay?Mengarut je kerja,”Blushing dah adik aku ni.

“Atotot, ye mengarut?Dah tu korang date ni mengarut jugak ke?”Dua dua terdiam.

“Nasrin,cepat cepat datang pinang dia okay? Even baru 19. Tapi dia memang dah layak kahwin dah.”Kata aku sambil tergelak.

“Akak ni sejak mengandung makin nakal kenapa?Report dekat abang nanti”Ugutnya.

“Eleh, report lah. Akak tak takut pun,”usik aku.

“Lia mengandung?Wah! Tahniah!. Ezzy , nanti saya datang pinang awak, jangan tolak okay?”aku yang mendengar ni pula terkejut. Ezzy? Tak payah cakap,terdiam terus.

“Saya tak sabar nak tengok korang dua ni nikah. Eh kena pergi dulu, kesian tinggal kawan dekat sana,”Aku meminta diri.

“Next month saya datang rumah eh. Dengan parent sekali,”Ujar Nasrin pada Ezzy.

“Erk. Next month? Jappp,”Ezzy berfikir seketika.

“Hei! Esok dah masuk next month lah! Awak jangan buat main,”Ezzy berkata.

“Dear,saya tak main main okay. Serius lah ni. Pergi call Mama dengan papa awak cepat.”Nasrin ni terburu buru betul lah!.

Pada malamnya Ezzy memberitahu Mama tentang Nasrin dan keluarga yang akan datang pasa esok hari. Mama pun pesan pada aku dan Haseef untuk pulang ke Cameron. Lama jugak tak balik sana. Rindu tempat aku dengan Haseef berjumpa. Ecececee.

Pagi esoknya kamu bersiap siap untuk pulang ke Cameron. Kalau tak silap rombongan akan datang  pada belah petang. Jadi sempatlah.

“Tak sangka nak kahwin dan Ezzy tuh,”Ujar Haseef.

“Yelah bang, dah besar dah adik abang tu kan.”Kata aku.

“Minta minta Nasrin yang terbaik untuk dia.”Abang mana yang tak risaukan adiknya kan. Haseef sangat menyayangi Ezzy. Satu satunya adik dia.

“Abang, kak Ezry balik tak?”Rindu pada Fawwaz.

“Balik rasanya.Kenapa?”Haseef bertanya. Pelik.

“Alaaa, rindu Fawwaz laaa.Budak tuh mesti makin comel kan,”makin menebal rindu aku pada anak saudara aku.

“Amboi, baik awak rindu dekat abang awak ni je,”aku tertawa.

“Buat apa nak rindu abang?Hari hari jumpa,”dia menarik muka masam.
 Aku tertawa lucu. Laki aku ni memang mengedik lebih. Padahal tak ada apa pun.

Perjalanan kami di tak terasa jauh walaupun berdua,aku rasa seperti 4orang dalam kereta ni.Kecoh amat. Antara perbualan yang menarik adalah, bincang nak letak nama anak apa.

Haseef kata kalau anak lelaki dia nak nama Ahmad Ziyyad Ehsan.Kalau perempuan, Nur Zinnirah Iman.

Aku?

Aku setuju gila dengan nama nama tu. Sedap! Dan aku yakin nama nama tu bawak maksud yang baik untuk bakal anak aku.

Tepat jam 3petang kami sampai di sana. Kelihatan semua persiapan menyambut tetamu sudah pun siap.

“Umi,Mama,semua dah beres?”Tanya aku.

“Dah Lia, lia rehat lah. Badan tu penat jalan jauh.”aku tersenyum.

“Mana ada penat Ma,Umi. Lia okay aje,”mereka hanya tersenyum.

Handphone aku berbunyi.

Call dari Maira laaa! Lama gila tak lepak dengan dia.

“Assalamualaikum Mairaaaaaa!”,aku menjerit mendapat panggilan dari dia.

“Waalaikumsalam.Woi woi.Agak sikit lah nak jerit. Kesian baby aku,”Lupa pula aku yang Maira pun tengah mengandung. Tapi dia cepat sikitlah dari aku.

“Elele,kau ingat kau sorang je ada baby? Ni mesti rindu aku kan?Tu call aku tuh,”Aku tertawa sendiri.

“Weh! Kau ngandung! Seriussssss? Apsal tak bagitahu awal awal? Dah berapa bulan dah?”Nada teruja yang sangat ketara.

“Saja nak buat kejutan,”Kalau aku tengah berhadapan dengan dia ni, maunya kena cubit pipi aku.

“Ei, kau nii! Eh,kau dekat mana ni?”,tanyanya.

“Aku dekat Cemaron. Adik ipar aku tuh will be wife la tak lama lagi,”Maira pun kenal Ezzy jugak.

“Dia baru 19 kan?”terkejut je bunyi.

“Yep! Elok la dia nikah awal. Ada jugak orang jaga dia kan,”aku memberi pendapat.

“Betul jugak.”Ujar Maira setuju.

“Dan, aku pasti Nasrin boleh jaga dia,”mesti Maira tekejut.

“Whaaaaattt!?Nasrin?Anak boss kita waktu kita kerja dekat Parkson tuh?”,kan aku dah kata. Dramatik lebih si Maira ni.

“Yes!Memang jodoh dorang la kan weh.Aku tengok pun happy je diorang ni,”gembira tengok diorang yang sangat comel.

“Yeah! Weh, kena blah dulu. Kirim salam dekat Haseef dan family kau yang lain okay?Dah balik Shah Alam nanti bagitahu aku tau.”Pergi layan Encik Abang dia lah tuh.

“Okay, kirim salam dekat Faisal jugak tau,”panggilan dimatikan.
Kedengaran pintu rumah dibuka. Ramai juga yang datang. Ingatkan mak ayah si Nasrin tu je.

“Jemput masuk,”Ramah Mama menegur Puan Habibah. Ibu kepada Nasrin.
Mereka bersalaman. Sungguh keluarga Nasrin senang didekati.

Ayah Nasrin menegur aku.

“Eh Aulia kan? Laa awak ni kakak ipar Ezzy bakal menantu saya ke?”Nasrin mesti tak cerita ni.

“Ye Encik,”kata aku sopan.

Haseef disebelah hanya tersenyum. Tahu pasal semua ni.

“Uncle,saya abang Ezzy , suami Lia,”Haseef perkenalkan dirinya

Perbincangan di mulakan. Di selitkan gurauan dan ketawa dua keluarga. Bagi keluarga Nasrin, ini merupakan berita gembira. Bagi mereka, Nasrin memang patut mendirikan rumah tangga sekarang. Sesuai lah dengan usianya yang hampir masuk 27tahun.

“Kami dah sepakat, hari ni bertunang. 3bulan lagi nikah,”Ezzy disebelah terkejut.

Harini tunang?

Chill chill.

“Baiklah. Kami setuju,”Kata Mama .
Acara menyarung cincin berlangsung. Sangat sederhana. Lagipun bertunang je kan. Bukan nikah.

“Alhamdulillah, Ezzy dah jadi tunangan orang,”Kak Ezry berkata sambil memeluk adik perempuannya.

Aku disebelah yang mendukung Fawwaz hanya tersenyum. Leka bermain dengan Fawwaz. Abangnya pula bermain dengan Haseef.

“Tak lama je lagi dah nak jadi isteri orang,”usik aku.

“Ala,orang tu tak lama lagi jadi isteri orang,”kami tertawa lucu. Dah jadi tuning orang pun nakal lagi Ezzy ni.

****
3 bulan kemudian.

2minggu lagi pernikahan Ezzy dan Nasrin akan berlangsung. Perut aku kini sudah makin membesar. Kalau aku dah macam ni. Maira lagi lah kan. Maira dah pun masuk ke dalam wad. Takut takut tak sempat bersalin pula nanti.

Persiapan semua masih tak siap lagi. Aku memohon cuti dari En.Fizi awal untuk pulang ke sini. Haseef menghantar aku pulang. Dia masih banyak kerja di hospital. Aku faham. Itu tanggungjawab dia.

Aku duduk bersama mama dan umi dan sedara mara yang lain. Bersama sama menghias dulang hantaran. Tema kali ni warna cokelat-emas. Nampak sangat klasik. Rindu nak bersanding. Eh. Mengarut pula.

Handphone aku berbunyi.
“Assalamualaikum abang,”jawab aku sambil tersenyum.

“Waalaikumsalam sayang,”gedik je bunyi dia. Hahaha.

“Amboi,apa gelakkan abang  ni?”nada dia beryukar tidak puas hati.

“Kenapa gedik sangat bunyi ni? Baru sehari kena pisah. Dah gaya macam sebulan je,”sakat aku.

“Elele. Orang tak rindu dia pun. Abang rindu baby boy abang tu,”aku mencebik.

“Takpe takpe, tunggu la nanti. Orang tak pick-up phone baru tahu,”ugut aku.

“Heyy heyy,jangan la buat macam tu. Tak baik lah,”tahu pulak tak baik part tuh.

“Apa yang tak baik? Baik je kut,”masih taknak kalah.

“Amboi,yelah. Baby sihat? Lia sihat?”Tanya dia.

“Alhamdulillah dua dua sihat. Abang balik sini bila?”rindu dah.

“Eleh, tadi gelakkan orang bila main rindu bagai. Ni dah Tanya bila abang nak balik dah kan?”usiknya.

“Jawab lah,”main main pulak.

“Aaaaa.Taktahu lagi. Tak mohon cuti lagi.”jawabnya selamba.

“Cepat la mohon cuti. Dah Lia nak tolong Umi ni. Nanti malam call lagi tau kalau free,”aku memutuskan panggilan setelah memberi salam.

*****
Magrib tadi dapat call dari Faisal yang Maira dah selamat bersalin. Baby girl. Mesti comel macam Maira jugak en. Tak sabar tunggu baby aku pulak keluar. Huahuahua.

Magrib tadi jugak Haseef sampai sini. Sungguh kejam dia. Dalam phone kata tak mohon cuti bagai. Tahu tahu dah sampai sini. Memang kena cubit lah dia ni. Tinggal beberapa hari je lagi Ezzy akan jadi isteri orang. Bersyukur sangat segalanya di permudahkan. Kandungan pun Alhamdulillah sihat.

“Abang, nak makan strawberi. Baby yang nak,”mengidam.

“Okay, pergi pakai baju sopan sikit. Kita keluar,”Haseef ni memang senang. Ajak je terus ok. Tak penah kata TAK.

“Baik boss,”aku menunjukkan tabik hormat.

Kami bersiar siar di sekitar Cameron. Sejuk. Tapi sangat best! Boleh pulak kami pergi Mcd tempat kami jenjalan time baru baru kenal. Kenangan betul Cameron ni.

“Sayang ingat tak dekat sini kita mula borak?”kami melangkah menghampiri tangga yang berdekatan dengan rumah Opah kami.

“Mestilah ingat.Tak pernah lupa,”Ujar aku gembira.

“Alhamdulillah, Allah dengar doa abang,”Aku menoleh kearahnya.

“Sejak kejadian dekat sini. Abang selalu doa supaya Lia tak pernah lupakan abang. Sebab abang yakin yang Lia untuk abang. Masa Lia bergurau dengan Opah, abang dah mula rasa ada magnet dekat situ.Lia tak pura pura. Tu yang buat Lia istimewa,”baru aku tahu.

“Sejak kejadian masa tu, bagi Lia pula.Lia tak nak langsung ingat pasal abang. Masa tu kita masing masing ada tanggungjawab. Lia budak lagi. Tak nak fikir pasal cinta ni. Macam tak betul pun ada. Tapi Alhamdulillah. Allah bagi kita satu lagi nikmat. Tak perlu bercinta macam orang lain. Nikah. Lagi pun Islam kan mengalakkan nikah dari menghampiri zina kan bang. DIA kirim abang untuk Lia. Lia sayang abang,”aku memandangnya.

Kami berdua diam. Masing masing melayan perasaan sendiri. Jam sudah beralih pada angka 10. Aku mengajaknya pulang. Esok ada khatam quran. Dan lusa dah hari pernikahan.

Esoknya…

Ezzy berbaju kurung kuning lembut duduk sambil memegang al quran. Beberapa sanak saudara juga mengelilingi Ezzy . Aku juga. Acara di mulakan dengan Surah Al fatihah.
Acara berlangsung dengan lancar. Belah malam pula acara berinai. Aku pun join pakai inai jugak. Aku Nampak sinar bahagia pada wajah Ezzy. Allah kau peliharalah hubungan mereka.
Jam pun dah menunjukkan pukul 11 malam. Mata sudah mengantuk. Aku masuk kedalam bilik. Aku lihat Haseef nyenyak tidur. Penat mungkin memassang khemah dan sebagainya.
Aku mengambil wudhuk untuk solat sunat. Mohon esok segalanya dipermudahkan.

*****
Kedengaran suara Nasrin dalam akad nikah yang diwalikan oleh bapa mertua aku sendiri.
Ezzy yang disebelah aku menitiskan air matanya sambil memegang erat tangan aku. Aku faham benar perasaannya. Sedih terpaksa berpisah dengan Mamanya dan papanya. Kini dia sudah mempunyai tanggungjawab lain dan kini dia dibawah tanggungjawab Nasrin.

Nasrin menghampiri Ezzy untuk upacara membatalkan air sembahyang. Aku disebelah tersenyum senang.

Namun senyum itu tidak tahan lama.

Perut aku rasa seperti mencucuk cucuk. Nak bersalin dah ke? Ya Allah.

“Abang, abang,”laung aku. Sakitnyaa!.
Mujur Haseef tidak jauh.

Dan mujur juga upacara akad nikah sudah selesai.

“Nak keluar dah ni. Sakit,”Haseef yang panic segera mengangkat aku dan lekas menghampiri kereta.
Umi dan abi juga ikut kami bergerak ke hospital.
Sampai sahaja di hospital berdekatan , aku segera di alihkan keatas katil kecemasan. Sungguh rasa nak keluar dah baby aku ni.

“Sayang, tarik nafas,istigfar,”Haseef cuba menenangkan aku yang kini berada dalam tempat bersalin.
Dia menemani aku sepanjang proses bersalin.


20minit kemudian…


Alhamdulillah Ahmad Ziyyad Ehsan selamat di lahirkan. Syukur aku panjatkan kepada Ilahi dengan anugerah yang tak ternilai ini. Janji aku hanya satu.. Didik anak aku supaya jadi yang soleh dunia dan akhirat.

Satu kucupan hinggap di dahi aku.

“Thankyou sayang sebab lahirkan Ziyyad untuk abang. Sayang Lia,”aku tersenyum senang.

“Terimakasih jugak sebab jadi suami dan kawan untuk Lia. Dan Daddy untuk anak kita,”menitis airmata aku.

Semoga bahagia milik kami bersama. Amin!

-TAMAT-

#Notakaki 1- Assalamualaikum..Maaf kalau lama sangat menunggu..sorry kalau tak best..
#Notakaki 2- May Allah bless you all J thanks pada awak awak yang tak henti henti menyokong saya. Love u yaa :D

Thursday, 12 April 2012

Cerpen : Tika Hati Bertaut


“Aulia , will you be my girl ?”, Aku memandang Ikhwan dengan pandangan yang tajam .
“Berapa kali aku nak cakap yang aku taknak ! Tak faham ke? Nak aku cakap bahasa Jawa baru nak faham ?”, Ikhwan ni memang tak rati putus asa ke ? Huh! Menyakitkan hati .

Ikhwan berlalu pergi ke kantin sekolah lepas kena sembur dengan aku buat kali yang ke-3 . Umur baru masuk 16tahun dah pandai ajak aku couple bagai . Agaknya kena buat cop ‘AKU TAK BERMINAT UNTUK COUPLE’ besar –besar lepas tu cop dekat dahi ni . Biar semua orang Nampak .

Aulia Aleeya Ameela . Oh yeah ! That’s me . Baru je masuk 16tahun bulan lepas . Sekolah dekat SMK Seri Jaya . Aku ni garang ? Ye . Tapi dengan lelaki aje lah . Hah , aku suka PINK .


“Lia , turun cepat”, Umi memanggil aku .
“Kejap Umi. Ontheway ni”, laju kaki aku melangkah menuruni tangga .
“Anak umi ni buat apa yang lama sangat dekat atas ?”, tegur Umi .
“Hee, anak Umi ni nak jugak melawa sikit”, gurau aku . Umi tahu aku bukan suka pakai make-up.

Aku hanya mengenakan jubah berwarna pink , bertudung labuh bidang 60’ yang di pinkan dibahu kiri dan kanan aku . Manis kan? Err , okay puji diri sendiri 5saat! Hari ni sabtu . Ada kenduri kahwin kakak sedara aku . Anak Mak Andak , Kak Ezry . Dekat Cameron Highlands pulak tu kan. Mulanya tak nak pergi . Tapi bila mengenangkan banyak kes pecah rumah segala berlaku . Baik aku ikut sebelum jadi sesuatu yang tak diingini . Aku ni anak tunggal , mesti la Umi dengan Abi risau bila tinggal kan aku sensorang dekat rumah .

Perjalanan dari Ipoh-Cameron Highlands tak adalah sejauh mana . Sepanjang perjalanan , Umi hanya menemani Abi yang sedang memandu . Aku pula hanya melayan lagu yang berputar di I-pod pemberian ayah . Again , ia warna PINK .

Sampai sahaja di sana .
“Ramainya orang Umi”, bisik aku pada Umi .
“Apalah kamu ni , kata kenduri , mestilah ramai”, Umi mengatur langkah kearah apartment yang ramai orang tu . Abi pula ke khemah untuk berjumpa saudara mara yang lain .
“Huish , apa aku nak buat ni . Opah Esah mana”, Opah Esah ialah Opah sedara aku merangkap adik arwah opah aku . Sejak Opah meninggal , Opah Esah la tempat aku bermanja .
“Aulia Aleeya Ameela , cepat masuk”, arah Umi .
Umi ni kalau dah panggil nama penuh aku , memand arahan mendatori la tu .
Aku menanggalkan sandel yang aku pakai . Lalu masuk ke dalam rumah .
Aku melihat Umi sibuk bersembang dengan Mak Uteh . Aku pun dah macam halimunan dekat sini . Aku bergerak kearag dapur . Eh , ada Opah Esah la .
Aku meluru kearah Opah Esah lalu memeluk dia dari belakang .
“Assalamualaikum opah!”, sergah aku .
“Opocot Waalaikumsalam sayang”, latah opah .
Aku tertawa lucu .
“Aulia , kamu ni dah besar panjang pun masih buat terkejutkan opah . Selamat taka da sakit jantung”, marah Opah.
“Lia tahu Opah taka da sakit jantung la Lia berani usik”, jawab aku.
Opah mencubit lengan aku lembut . Aku ketawa geli hati . Suka sangat usik Opah .
Dari pemerhatian aku , dari tadi ada sorang laki ni dok pandang apa yang kami guraukan .
Aku toleh kanan aku , oh , anak Mak Uteh kot .
“Eh , Haseef , ni Aulia . Anak Mak Qila kamu”,  Oh Haseef nama abang ni . Err , abang? Pun boleh.
“Oh , ni la ye Aulia yang Mama selalu cerita tu Opah?”, Tanyanya .
“Ha, yelah”. Kata opah pula .
Aku hanya membatu . Err , apa la yang Mak Uteh cerita pasal aku dekat Abang Haseef ni .
“Aulia , ni Abang Haseef kamu . Anak Mak Uteh yang bawah Kak Ezry kamu tu”, ha kan betul anak Mak Uteh .
“Oh , hee . Hai”, tegur aku ramah .
Dia hanya tersenyum . Senyuman dia , tahu la ada lesung pipit . Jeles aku .
“Dekat sini kamu Aulia , puas Mak Uteh cari tadi. Ingatkan tak datang”, ni mesti khusyuk gila cakap dengan Umi sampai aku lalu tepi pun tadi tak nampak .
Aku menyalami Mak Uteh . “Besar dah Aulia ni , dah ada pakwe?”, usik Mak Uteh .
“Aaa… Pakwe? Mana ada Mak Uteh . Aulia tak suka la couple couple ni”, terang aku.
“Hah , eloklah tu . Bukan senang nak cari remaja macam kamu sekarang ni . Semua sibuk bercinta”, kata Mak Uteh lancar.
“Ha , kamu Seef , macam mana ada dekat sini pula? Orang suruh pergi duduk luar dengan pakcik pakcik kamu , kamu menempek dengan opah pula”, tegur Mak Uteh pada anak teruna yang sorang tu .
“Ala ma , Haseef bukan selalu dapat balik sini . Ingat dekat ke German tu? Sekali sekala nak jugak bermanja dengan opah “, balas dia pula.
Oh , German . Jauh belajar .
“Ke kamu nak kenal dengan anak Mak Qila kamu ni?”, usik Mak Uteh .
Muka aku mula jadi kelat .
Haish ! Apakah?
“Boleh jugak ma”, mata dia memandang aku . Rimas la abang Haseef!
“Mak Uteh , Opah , Lia nak keluar kejap . Nak cari Umi dengan Abi”, kata aku pada mereka . Nak lari sebenarnya.


Udara malam ni aman sangat . Aku duduk dekat dengan tangga yang boleh menampakkan suasana bukit bukit yang Allah cipta . Subhanallah! Lawa sangat .
Earphone aku sumbat ke telinga . Lagu Muhasabah Cinta – EdCoustic berkumandang .


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Bait-bait lirik lagu yang dinyanyikan membawa banyak maksud . Ini la satu sebab kenapa aku suka sangat dengan lagu ni .
“Jauh termenung”. Suara siapa tu?
Aku toleh kiri . Oh , Abang Haseef .
“Heh , tak la”, jawab aku perlahan . Mujur dia duduk jauh sikit dari tempat aku duduk ni .
“Yelah tu , abang berdiri dekat sini nak dekat 5minit pun tak perasan”, bunyi macam jauh hati .
Aku ketawa .
“Eh , yeke?Tak perasan . Sorry”, jawab aku dalam tawa .
“Tak apa”, pendek je jawapan dia .
OK .
“Abang , nak Tanya sikit”, setelah sepi 3 minit , baru aku buka satu soalan untuk dia.
“Kenapa Lia?”, Tanyanya.
“Abang belajar dekat German? Belajar apa?”, Tanya aku .
Dia tersenyum .
“Ingatkan tak perasan tadi bila Abang kata macam tu”, sindir ke apa ni . Hish!
“Belajar Medic”, oh . Bakal docter . Mesti Bio dia A+ masa SPM dulu .
“Okay”, taktahu nak cakap apa dah .
“Aulia sekolah aliran apa?”, tanyanya ramah .
“Akaun je”, tambah sains sukan . Tu hanya aku kata dalam hati . Malas nak cakap panjang panjang .
“Oh , okay”, katanya .
Aku bangun lalu melangkah kearah apartmen. Dia mengekori langkah aku dibelakang .
Aku memberi salam lalu masuk ke dalam apartmen yang menempatkan Umi dan Abi , serta saudara mara yang lain . Abang Haseef menyusul dari belakang .
“Kamu dari mana ni Lia?”, Tanya Umi .
“Tadi pergi lepak tapi tangga sana tu , saja”, ujar aku sambil tersengih .
“Dengan Haseef?”, kata Umi sambil tersenyum .
Aihh , kenapa pulak senyum senyum ni .
“Tak la Mak Qila , tadi Haseef saja kacau Aulia tengah mengelamun”, kata dia lancar .
“Mana ada mengelamun la”, bangkang aku .
Seisi rumah tertawa . Aku hanya tersenyum .

Jam menunjukkan sudah pukul 10 malam . Mata aku sudah berat . Hari ni tidur sini je . Umi kata bukan selalu dapat bermalam dekat sini . Abi pun tak kisah . Aku kisah . Sebab dalam ni aku kena pakai tudung 24/7 la . Hahaha . Abang Haseef tu ada . Ingatkan dia nak balik rumah dia yang dekat apartmen lagi satu  tu , rupa rupanya tidur sini jugak. Memang aku berkurung jelah dalam bilik ni .


Hari ni hari isnin . Perhimpunan . Aku tengok jam … Pukul 7 pagi . Allah , ni la masalahnya bila ‘cuti’ bangun lambat . Sampai sekolah pun lambat . Yang umi pun kenapa tak kejut .  Eh , aduhh . Lupa pulak yang hari ni Umi outstation . Tu la umi , abi suruh duduk rumah je , nak jugak kerja . Hailaa , naseb abi ada boleh hantar . Tu pun belum jamin boleh terlepas dari si Melia tiga suku tu .
Secepat mungkin aku siap . Tak sampai sepulug minit aku dah pun siap . Huahuahua . Memang mandi lembu betul aku hari ni .
“Abiiiiii , jom jom”, cepat cepat aku menyerang Abi yang ada di luar  yang duk bersembang dengan jiran kami .
“Lan , aku hantar anak aku kejap la ye . Dah lambat baru nak bising”, kata abi pada Uncle Lan .
Dia hanya ketawa .
Untung rumah dengan sekolah  15minit je . Hailaaa , tu pun dah lambat dah .
Selepas sahaja salam abi , aku terus berlari kearah pintu pagar sekolah yang hampir ditutup .
“Mampus aku”, kata hati aku .
“Wehhhh ! Kejapppp !”, laung aku kuat pada pengawas perempuan tersebut . Huh . Melia lah tu .
“Oh , Aulia . Pahal lambat ? Kau ni memang tak pandai ikur peraturan sekolah kan?”, tak pasal pasal kena sembur . Padahal , baru pertama kali datang lewat .
“Aper aper jelah”, aku menulis nama di buku datang lewat yang dipegang oleh Adam . Yeah ! Adam ni memang senyap . Bukan macam Melia tu . Macam hantu . Geram je.
“Eh , kurang ajar pula”, aku tahu la kau F5 , mana ada aku kurang ajar . Takada pula aku maki kau . Haih .! Selamat la mulut ni boleh kawan .
“Harap je tudung labuh , perangai macam hapa je”, sambung Melia lagi .
Ni dah melampau kalau mempertikaikan pemakaian aku sekali .
“Kak Melia ni ada masalah dengan saya ke?”, Tanya aku pada dia .
“Tak payah nak berAkak bagai lah dengan aku budak”, eleh , macam aku hadap sangat nak panggil kau akak .
“Ok.Bye”, aku meninggalkannya terkulat kulat di situ . Jangan pandang aku ni lemah , lembut sangat la . Ni Aulia Aleeya Ameela lah!.
Adam yang hanya memerhati mengeleng kepalanya . Kenal sangat dengan jirannya Aulia tu . Tegas amat !


“Lia , jom teman aku pergi koop jap”, Maira menarik aku pergi ke koperasi sekolah .
“Kau nak beli apa ni Maira?”, Tanya aku pada kawan baik aku ni.
“Nak beli choki choki kegemaran ku”, balasnya sambil tangan mencapai choki choki yang berdekatan .
“Kau tak  nak beli apa apa ke?”, Tanya Maira pada aku pula.
“Kejap. Fikir jap”, nak makan apa ye . Hah ! Gula gula jelah .
Tangan aku laju je ambil beberapa jenis gula gula yang ada . Aku memang hantu gula gula . Lagi lagi bila ada masa ke sepuluh . Memang aku akan makan dalam kelas . Dengan kebenaran cikgu lah .
“Gula gula lagi”, Maira buat muka bosan .
“Eleh , kau hari hari choki choki boleh pulak”, aku pun bosan tengok kau asyik makan choki choki je .
Kami bergerak masuk ke kelas  4Elite. Huish. Lepas ni masa Addmath pulak . Nak kata fav subject tu tak laa . Tapi okaylah . Nasib cikgu Melissa ajar best !
Bila dah masuk bulan 8 ni . Mood belajar pun masuk stage 8 lah . Makin laju . Makin susah . Makin mencabar . Aku ni nak kata pandai tu tak laa . Tapi semua orang Allah jadikan pandaikan . SPM pun tahun depan . Allah , cepatnya masa berlalu .
Peperiksaan akhir tahun 2 minggu lagi . Awal pulak buat . Nak bagi cuti awal lah tu . Tapi dah f4 ni , mana ada cuti dah . Masa untuk study je sekarang ni . Sedia untuk SPM . Itu yang penting . Nasib Umi dan Abi dah biasakan aku untuk tiap hari buat latihan topical or latih tubi yang cikgu bagi . Bagi aku SPM ni yang tentukan masa depan jugak . Aku nak masuk university . Teringat pulak dekat Abang Haseef tu . Mesti dia pandai . Kalau tak , tak kan sampai German belajar . Medic pulak!


Hari ni hari terakhir exam . Sepanjang minggu peperiksaan ni , aku tak sentuh langsung handphone dengan laptop . Tapi I-pod memang aku sentuh . Sebab aku tak boleh berpisah dengan lagu . Belajar kena bukak lagi , termenung kena bukak lagu . Semua dah sebati dalam hidup .
“Eh , boleh buat Ekonomi tadi?”,Tanya Faris pada aku .
“Boleh boleh . Alhamdulillah la. Kau”, Tanya aku pula.
“Boleh la jugak . Hurrmm , kau tak takut ke next year dah SPM?”, soalan cepu emas la.
“Gila tak takut ! Takut lah . Aku bukan macam kau yang sentiasa konsisten dalam exam .
“Ish , ada kata macam tu . Kita usaha la sama sama biar dapat result gempak”, kata Faris .
Maira disebelah mengiyakan apa yang dikatakan oleh Faris . Kawan sekelas yang lain sudah beredar pulang ke rumah masing masing memandangkan waktu persekolahan dah habis.
Kami bertiga berjalan bersama sama pulang . Maira dan Faris tinggal berdekatan . Dekat Taman Sejati . Aku pula Taman Setia . Nasib sehala . Kalau tidak , sensorang lah aku .
Umi menunggu aku dihadapan muka pintu . Haih Umi ni main sambut sambut kepulangan kita pulak . Bukan selalu ni . Hehehe .
“Assalamualaikum Umi”, aku salam umi .
“Waalaikumsalam , awal balik?”,selalunya  kalau jam belum pukul 3 , tak adanya aku balik . Tapi hari ni jam baru pukul 2 , aku dah sampai rumah .
“Saja Umi , penat sangat hari ni”, terang ku .
“Macam mana exam tadi ? Okay?”, aku hanya mengangguk tersenyum . Umi faham la tu .
“Umi, nak makan”, pinta aku . Lapar ni .
“Pergi mandi , solat dulu . Baru turun makan”, arah Umi .
“Ai ai Ma’am!”, kata aku sambil angkat tangan ke dahi ala ala komander . Hahahaa .
Selesai mandi dan solat aku segera turun untuk makan .
Lauk kegemaran aku ! Ayam masak merah dah gulai lemak masak sayur . Kecur dah ni .
“Lia , anak Aunty Lila sebelah ni tahun ni SPM kan? Si Adam tu”, Tanya Umi.
“Yeap ! SPM tahun ni . Kenapa Umi?”, jangan la bukak topic SPM dekat meja makan .
“Kamu tak cuak tahun depan kamu pulak SPM?”, Sudah ku jangkakan.
“Mestilah cuak Umi”, boleh lagi Umi Tanya soalan cemtu .
“Cuti ni Umi dengan Abi kena pergi Australia , ada kerja . Kamu kami hantar dekat rumah opah sana ye”, aku berhenti dari menyuap nasi kedalam mulut.
“Kenapa tak bawak Lia sekali?”, Tanya aku .
“Haish , kamu tu SPM tahun depan , duduk sana Haseef boleh tolong kamu sikir sikit”, kata Umi.
Errk! Apa kaitannya pulak.
“Dia kan dekat German umi”, Umi ni lupa ke apa?
“Dia tengah cuti sekarang . Dua bulan . Elok sangat la kamu duduk sana”, Umi ni pergi sana lama ke .
“Umi dekat sana lama ke?”, Tanya aku .
“Ada la dalam 2bulan”, hah! Gila lama .
“Yelah”, jawab aku pendek .

Macam mana aku nak duduk sana sedangkan aku rapat dengan opah je . Kak Ezry dah kahwin . Abang Haseef tu ? Err . Taknak lah! Adik dia Ezzy pula kecik lagi . Hurm , takpelah . Aku duduk jelah sana . Jadi orang Pahang untuk dua bulan . Tak lama mana pun . Kerja sekolah Addmath cikgu dah buat bekal banyak banyak dah . Maka , elok sangat lah tu .


Hari ni hari pertama aku duduk dekat sini . Hailaa . Bosannya . Duduk bilik siapkan kerja Addmaths aje . Opah pergi pasar dengan Atok . Aku jaga rumah . Tiba tiba terdengar loceng berbunyi . Aih, siapa pulak dapat ni . Aku mengambil tudung dan sweater menutup rambut dan baju lengan pendek yang aku pakai . Nasib pakai selaur track je . Kalau kain batik . Huish . Jenuh!
“Ye?”, eh , abang Haseef .
“Hai. Bila sampai?”, tanyanya ramah .
“Semalam sampai”, aku jemput dia masuk . Pintu ku biar terbuka luar . Kang timbul fitnah . Naya je.
“Oh , tak bosan duduk sorang? Opah dengan Atok mana?”, katanya.
“Tak bosan . Ada benda teman . Opah dengan Atok pergi pasar”, terangku .
Dia buat muka pelik . Mesti tang ‘benda’ tu .
Aku menunjukkan helaian helaian kertas Addmaths yang aku buat .
Oh. Itu yang terpancul dari mulutnya .
“Boleh buat?”, prihatin.
“Boleh la jugak. Tapi banyak yang taktahu”, kata aku .
“Nak abang ajar?”, dia menawarkan diri .
“Boleh jugak!”, rezeki jangan di tolak .
“Tapi  Ada syarat . And , bukan hari ni mula kelas dengan abang”, amboi , main syarat pula.
“Apa dia?”, jangan syarat bukan bukan .
“Petang ni teman abang pergi jalan jalan jum! Lia pun mesti bosan kan? Bukan kita dua je , Ezzy pun ikot .
“Okay”, kalau Ezzy ada takapelah . Bagus jugak . Taknak aku jalan dengan abang Haseef berdua je .
Haseef meminta diri untuk balik selepas Opah dan Atok pulang ke rumah .

Jam menunjukkan pukul 5 petang . Aku bersiap siap untuk keluar . Ezzy sudah sampai dirumah . Aku hanya mengenakan baju kemeja labuh berwarna biru cair . Itu pun selepas Ezzy mengarahkan aku pakai baju itu . Ikutkan hati , nak je aku redah pakai baju tshirt biasa dengan jeans. Katanya baru match . Apa yang matchnya pun aku taktahu .

Ezzy ni dah masuk 13 tahun dah . Dah remaja dah . Bertudung litup jugak . Comel pula tu . Dia mengangkat handphonenya yang berbunyi nyaring .
“Ye abang , kejap lagi kitaorang keluar”, katanya .
Oh , Abang Haseef lah tu . Dah sampai agaknya.
“Akak , jum. Abang dah bising tu”, aku hanya mengangguk dan berjalan beriringan dengan dia .
Kami menyalami Opah dan Atok lalu terus beredar kearah kereta Abang Haseef .
Aku duduk di bahagian sebelah pemandu . EH ! baru perasan . Baju aku dengan Abang Haseef sama . Ni Ezzy punya idea lah ni . Buat tak tahu dah lah .
“Nak pergi mana ni?”, Tanya Abang Haseef pada aku .
“Eh, entah . Abang yang ajak keluar . Tanya kita pulak”, kata aku .
“Kita pergi tengok strawberi la bang”, sampuk Ezzy .
Okay jugak kan . Lama aku tak makan strawberi .
Lama juga kami berjalan hari ni . Penat pun agak lah jugak . Esok bermula la kelas pertama aku dengan abang Haseef . Hurmmmm . Ada  faedah jugak aku balik sini . Dapat tuition free . Hahaha .
Malamnya aku menelefon Maira .
“Assalamualaikum Maira”, sahut ku setelah penggilan bersambut,
“Waalaikumsalam , how’s orang Cameron?”, guraunya.
“Ok je . Penat berjalan”, balas ku.
“Haih , berjalan dengan siapa?”, tanyanya pula.
“Dengan abang Haseef dengan Ezzy , sedara aku . Anak Mak Uteh”, terang ku .
“Amboiiii , abang yang German tu ek? Yang kau ada cerita tu ek?”, Ye , aku memang suka bercerita . Lagi lagi dengan Maira . Dia memang faham aku .
“Yeap! Esok kena hadap muka dia lagi . Malasnya”, keluh aku .
“Eh , kenapa?”, Maira ni .
“Dia ajar aku Addmath”, tenang aku jawab .
“Untunglah kau , takada lah kerja tu tak siap. Aku jamin , sebelum 2bulan kerja tu dah boleh siap!”,ujarnya.
“Hopefully macam tu . Lepas tu boleh la aku rehat”, aku lihat ada number lain masuk tengah tunggu aku angkat call tu .
“Weh , aku letak dulu . Umi aku call rasanya ni”, lepas beri salam , aku terus menyambung talian pada number lagi satu.

“Assalamualaikum Lia”, kan dah agak! Umi punya .
“Waalaikumsalam Umi !”, jawab ku ceria .
“Sihat ke ?”, mestilah .
“Umi dengan Abi sihat?”, Tanya aku pula .
“Alhamdulillah kami sihat belaka”,
“Lia , kerja sekolah dah siap”, Abi pula bertanya.
“Belum lagi Abi , Abang Haseef nak mula ajar esok”, kata aku.
“Laa , boleh pulak macam tu”, kata Umi.
Aku hanya tertawa dihujung talian .
Umi menjanjikan buah tangan untuk aku . Lepas 10 minit berbual , talian dimatikan . Mata aku pun mula mintak nak direhatkan . Maka , selamat malam .


Kelas dengan abang Haseef berjalan dengan lancar . Dekat sebulan aku duduk sini . Kerja addmaths semua dah siap ! Yeay ! Happy gila lah kan . Cara abang Haseef ajar memang senang . Sebulan ni la aku menghadap muka dia . Untung dapat tutor yang sabra tahap giga punya  kesabaran . Tak pernah marah walaupun aku ni lembab sikit . Haha . Minggu ni last dia dekat sini . Nanti nak balik German dah . Plus dia kata nanti mybe tak balik sini dah sebab bukannya murah nak balik tiap cuti kan .

“Lia , ni Ezzy cari ni”, Opah memanggil aku .
“Eh , kenapa Ezzy?”, tetiba pulak budak ni muncul .
“Jom teman Ezzy dengan abang Haseef pergi beli barang Abang Haseef dekat pekan”, katanya .
“Kejap , bagi akak siap . 5 minit !”. Ezzy ni aku dah anggap macam adik sendiri . Mana pergi , mesti ada dia . Dan , mana aku pergi mesti ada abang dia jugak ! Yelah , aku mana ada kawan dekat sini . Diorang je lah . Walaupun umur Abang Haseef dah nak masuk 21 . Tapi dia relax je lain bebudak macam kitaorang ni .

“Lia , tolong pilihkan kemeja untuk abang”, pintanya .
Errr . Pahal pulak aku yang kena ni.
“Lia tak pandai la”, terang aku .
“Ala kak , pilih je . Asalkan jangan Pink sudah”, kata Ezzy .
Aku lihat kemeja kemeja yang ada. Nak ambilkan yang mana satu ye . Ish , terteleng teleng kepala aku nak cari yang sesuai . Hah ! Yang ni lawa .
Aku ambil kemeja warna biru lembut . Sesuai la kot dengan abang Haseef yang tinggi mengalah . Putih melepak . Hensem lagi tu . Err . Okay okay , cukup dah tu .
“Abang , yang ni okay?”, gaya macam pilih baju untuk suami pulak aih!
Dia memandang , “Okay jugak ni . Thanks pretty”, senyum dia.
Eish! Saja buat iman aku goyah . Cukup la sebulan bersama , jangan nak feeling lebih Aulia . Kau tu budak sekolah . Ingat tahun depan SPM .
Selesai membeli belah , kami pergi makan dekat KFC .
“Lia nak apa? Ezzy ?”,Tanya Abang Haseef .
“Burger je lah , air ice lemon tea”, aku memang suka makan burger.
“Ezzy nak sama je la dengan kak Lia”, katanya .
“OK”, abang Haseef berkata.
Kami berborak sambil makan . Hari ni hari paling best sepanjang aku duduk sini . Shopping lagi . Lama gila tak shopping . Handphone aku bergetar . Ada mesej.
#Kau buat apa ? – Maira
#Aku baru lepas shopping dengan abg Haseef n Ezzy J - Aulia
#Amboi , belum apa apa lagi dah keluar dengan bakal suami dengan adik ipar ye?- Maira
Muka aku sudah merah . Malu .
#Agaklahkan . Sedara tu – Aulia
#Agama tak larang kita untuk kahwin sesame sedara . Plus dia bukan sepupu kau – Maira
K , aku kalah .
#Dah la, nanti sambung mesej . Gila aku layan kau – Aulia .
Aku kembali berborak bersama sama mereka .
Seminggu kini sudah habis .
Kami bergerak menghantar abang Haseef yang akan berangkat pulang ke German .
“Aulia , sini kejap”, panggil Abang Haseef sebelum masuk ke balai berlepas .
“Ye kenapa?”, Tanya aku hairan . Pehal ni?Muka macam nak jeruk je .
“Nah , bukak la bila Aulia dah habis SPM nanti”, dia menghulurkan sebuah kotak kecil.
“Lambatnya, kenapa tak bagi nanti je?”, sebenarnya aku nak Tanya , ‘ni untuk apa’ , tapi lain pulak yang keluar . Haih!
“Ni amanah tau . Kalau tak nak pegang dulu takapa , bagi Mak Qila yang pegang . Ayah Affan ke , kalau Lia habis SPM minta la dekat diorang balik”,terangnya .
“Oh, yelah”, aku berkata perlahan .
“Don’t miss me eyy”,katanya perlahan.
“Ei , perasan”, lawak antara benua betul lah dia ni.
Dia memandang aku . Anak mata aku . Aku alih kan pandangan . Heish ! Dosa tenung anak dara orang oi . Pandang anak teruna pun sama.
Dia melangkah ke balai berlepas . Ini kali terakhir aku dapat tengok dia . .


2012- SPM YEAR .
Pejam celik pejam celik , dah nak SPM dah aku . Sekarang dah bulan 10 . Bulan depan exam besar . Persiapan pun aku rasa baru 75% .
Aku teringatkan Adam dan Melia . Dua dua Berjaya dengan cemerlang . Masing masing dapat fly . Adam ke England , Melia ke German . Walaupun aku tak ngam dengan Melia tu . Tapi aku bangga dengan result yang dia dapat . Agak agak dia kerek lagi tak eh ? . Biarlah .
Minggu depan exam . Ya Allah . Takutnya . Hari ni ada solat hajat dan sesi maaf-maafan dengan kawan kawan dan cikgu cikgu . Maira yang paling dekat dengan aku . Kami berpelukan sambil mengalirkan air mata . Haish , meruntun hati betul .

Terdengar laungan MERDEKA dari beberapa budak lelaki . Faris pun sama . Gembira habis . Budak budak lain dah terjerit . Ada yang lari jumpa cikgu . Gaya dah macam ambil result pula . Jumpa cikgu nak cakap byebye lah tu . Sememangnya ni la yang kami tunggu .
“Lepas ni kau nak buat apa Lia?”, Tanya Faris .
“Aku tak fikir lagi”, jawab aku.
“Korang nak buat apa?”, Tanya aku pada Maira dan Faris .
“Aku kerja parkson pun ok je”, jawab Maira .
Serentak aku dengan Faris ketawa .
“Sebok lah kau . Aku baru ingat nak kerja sana”, Kata Faris .
Ceh , sama je korang dua ni .
“Alang alang tu , tak nak ajak aku sekali ke?”, sakat aku.
“Hah , elok lah tu . Jom jom.”, Ajak Maira .
Serantak tawa kami bergema lagi .


Sudah seminggu exam habis . Baru aku teringat yang hadiah abang  Haseef bagi . Aku minta pada umi hadiah tersebut . Umi mengatakan yang aku tersangatlah teruja nak tahu apa isi hadiah tersebut .
Aku buka kotak tersebut . Ada sepucuk surat yang dilipat . Aku baca . Aku terpampan.
Assalamualaikum  Aulia Aleeya Ameela ,
Mesti pelikkan kenapa abang bagi hadiah bagai ? Haha . Firstly abang nak cakap yang tahniah sebab dapat tahan nafsu dari bukak hadiah ni sebelum masanya . Second , abang tulis surat ni ada tujuan lain . Abang suka Aulia . Ye ! Abang tak main main soal hati . Aulia orang yang kedua bertapak dekat hati abang . Hadiah yang abang bagi ni tak seberapa . Tapi terima la sebagai tanda perkenalan kita beberapa bulan lepas .
Ikhlas.
Wan Aliff Haseef .
Aku melipat kertas yang aku pegang . Huish . Mimpi keapa?  Kertas tu aku simpan dalam laci . Gelang pemberian dia aku pakai . Ye , aku ambil sebagai tanda perkenalan . Untuk lebih? Belum lagi . Tapi , orang kedua? Siapa yang pertama? Hmmm . Aulia , jangan cemburu . Dia bukan siapa siapa lagi buat masa ni untuk kau .


Hari ni hari pertama aku bekerja dekat Parkson . Haih . Hari pertama aku dah kena marah dengan pelanggan. Dia yang salah cakap . Aku pulak yang kena marah . Haish! Selamat la lelaki . Kalau perempuan , mau perang mulut !
“Awak ni buat kerja macam mana , sy cakap lain lain pula yang awak buat!”, garang gila pelanggan ni . Boss aku pun tak garang macam dia .
“Maaf Encik”, segera aku bawa dia ketempat yang dia Tanya tadi .
Kau yang kata lain  , ni kata lain . Bengong sungguh ! .
“Boss , ni ada orang nak jumpa”, kata aku pada Encik Rafi .
“Eh , ni anak saya , kenapa pulak awak yang bawak dia ke sini?”, laa anak boss rupanya . Tak serupa langsung !
“Nasrin , kamu ni tak reti cari office ayah ke? Ke kamu buli Aulia ni?”, sindir Encik Rafi .
“Eh ayah ni . Sindir sindir pula . Nas saja je nak kenal dengan Aulia ni”, matanya memandang aku . Eii , seram !
“Boss , saya keluar dulu ye”. Aku minta diri.
“Byebye awek comel”, err . Mamat gila .
Aku mengatur langkah kearah Maira yang sedang tunggu aku . Sekarang  waktu rehat . Padanlah . Kami bergerak ke Mcd . Pekena burger . Tengah tengah borak sakan tetiba ada mamat gila ni tegur .
“Hai Aulia”, sapanya.
“Er , hi”. Jawab ku tak rela .
“Boleh join”, Eh sila lah . Kata Maira .
Sejak dari kejadian tu , dia asyik kacau aku je . Tak tenang hidup aku . Grrrr ! Nasib la aku dah berhenti kerja . Sempat 2bulan aku cari makan . Then result keluar . Alhamdulillah , dapat 10A campur campur . Hahaaha . Tapi aku tak mintak la sampai luar Negara sana . Takat UIA je . Alhamdulillah , dapat pulak tu . Faris dengan Maira UiTM ! ceh , diorang ni ada jodoh gamaknya .Doa doakan mulut aku ni masin . Hahaaa.

Hari ni pergi beli barang untuk persiapan masuk UIA . Hurr , banyak jugak aku beli . Macam membazir pun ada . Umi dengan Abi kata takapa , stok siap siap . Bidang yang aku ambil adalah…….. Bisnesss! Oh yeah! Kenapa bisnes?  Sebab aku minat! .


5tahun belajar . Akhirnya , dapat jugak aku pegang segulung ijazah ! Allah permudahkan segala urusan aku . Tunggu tawaran kerja pula sekarang ni .
Today we are going to Cameron ! Yey ! Lama sangat tak naik sana sejak aku mula studi dulu . Hurr m dekat sana , aku teringatkan abang Haseef . Huish , dia ingat aku lagi tak ye? Ish , ape la kau fikir ni Aulia .
Sampai sahaja disana , seperti biasa aku mencari opah dulu !
“Opah , oh opah , assalamualaikum”, laung aku tanpa lihat kiri kanan . Aci redah je .
“Awak tu perempuan , tak baik jerit jerit”, macam kenal je suara tu . Siapa ek.
Dia tersenyum melihat aku . Aku terkaku . Umi pun satu , tak kata pulak yang dia balik sini jugak . Umi nii . Malu anak mu ini setahun !
“Err , ehe”, itu je yang mampu aku balas .
“6tahun tak jumpa dah jadi pendiam ke?”, aiseh , saja je kenakan aku ni .
Sebenarnya , Umi kata ada tujuan lain balik ni . Bila Tanya umi , umi buat taktahu . Bila Tanya Abi , abi pun sama . Buat derk je . Tanya opah ? Lagi la buat derk kuasa 2 . Haish ! Mak Uteh and the geng pun ada ni .
“Akak!”,laung Ezzy .
“Ezzy .Lama nya tak jumpa budak ni. Dah besar dah sekarang”. Ezzy dah berumur 19 tahun dah .
Makin lawa . Makin petah bercakap.
“Akak la tak datang jumpa Ezzy”, Kami hanya tertawa .
“Busy la sayang”, kata ku .
“Busy pun busy laa , janji dah dapat jumpa hari ni . Akak tau tak , ada orang tu sibuk Tanya pasal akak.”,dijelingnya abang dia yang tersenyum .
Aku hanya dia . Makin dilayan makin menjadi jadi .
Siang tadi aku dapat mesej yang Maira dan Faris akan bernikah ! Ahah ! Kan masin mulut aku . Hahahaha .
Maira kahwin dulu dari aku . Aku bila lagi? Umi ada juga Tanya yang aku ni ada pakwe ke tak . Memang aku jawab tak lah kan .
Yang tak boleh blahnya , nikahnya esok pulak . Kursus kahwin rupanya dia dah pergi masa study dekat UiTM dulu . Hantu punya kawan . Tahu tahu nak nikah dah .
“Umi , esok nak gerak Ipoh boleh? Maira nikah”, kata aku pada umi .
“Hah , Maira nikah? Dengan siapa?”. Tanya Umi .
“Dengan Faris . Boleh ye Umi esok nak pergi”, pujuk ku .
“Boleh , tapi dengan Abang Haseef kamu tu”, sampuk Abi .
Atoo , kenapa dia pulak .
“Hurm , okay lah . Nanti Lia Tanya dia”, aku bangun lalu pergi kearah Haseef dan Ezzy .
“Err , Abb…Awak! Esok hantar saya balik Ipoh boleh? Ezzy ikot akak sekali boleh?”, Tanya aku .
“Buat apa balik Ipoh? Kan baru sampai sini?”, Tanya Haseef .
“Ha-ah kak . Lagipun Ezzy tak dapat ikotlah . Ada kerja nak buat dengan kawan kawan . Sorry”. Kata Ezzy .
“Um , takpelah . Awak , boleh hantarkan saya?”,mata aku berharap . Aku memandang dia . Dia menganggukkan kepala.
Yes! Maira . Kau tunggu aku !


Pagi tu awal aku bersiap . Mengenakan baju kurung biru cair bersama tudung . Simple je . Haseef datang tepat jam 9pagi . Seperti yang dijanjikan. Eh , dia pakai baju kemeja biru jugak . Yang aku belikan . Eh , muat lagi pulak? Konfirm dia tak membesar . Haha . Aku tersenyum sendiri .
“Apa senyum sensorang? Tak nak kongsi dengan saya?”, alamak , kantoi pula . Mana taknya , berdua dalam kereta . Maunya tak perasan .
“Muat lagi baju tu?”, Tanya aku .
“Muat la , awak beli saiz L hari tu . Badan sy saiz S je tau”. Err! Yeke? Tak perasan pulak .
Aku tertawa lucu . Padan la muat lagi .
“Awak..”,panggilnya lembut .
“Apa”, automatic nada aku berubah . Jangan la melembutkan suara dengan aku .
“Er , kahwin jom?”, Melamar ke ni?
“Oh , kahwin”…
“Hah! Awak ni gila ke?”, baru aku tersedar .
Hailaa , biar betul dia ni .
“I’m serius . No joke”, kata nya tulus .
“Tanya Umi dengan Abi saya . Bukan saya”, tegas .
“Awak , saya nak Tanya , kenapa awak tak cari cinta ?”, pelik je bunyi .
“Malas nak bercinta . Biar cinta tu datang sendiri . Biar lah walaupun saya tak kejar cinta tu . Biar cinta tu yang kejar saya”. Ya , dan sekarang cinta tu datang kejar aku . Dushhh!
Dia tersenyum .
“Sebenarnya saya dah Tanya Umi dengan Abi awak , diorang suruh Tanya tuan punya badan jugak, kalau okay , saya hantar rombongan”, katanya gembira .
“Gimme 3days.. Boleh?”, pinta aku .
Bukan nak menolak , mahupun menerima . Kena juga minta petunjukNya .
“Okay , saya tunggu awak”. Katanya tulus .
Hampir 3 jam juga perjalanan kami . Akhirnya sampai . Selepas sahaja turun dari kereta Swift milik Haseef , aku segera meluru masuk rumah Mama Hilda , ibu kepada Maira . Dia juga merupakan ibu angkat aku .
“Maira , sampai hati tak bagitahu”, aku merempuh masuk bilik pengantin yang dihias cantik .
“Sorry laa , bukan saja taknak bagitahu . Tapi taknak kecoh laa sebab takut bila kecoh tak jadi pula nanti”, terangnya .
“Yelah yelah. Aku maafkan”, kata aku dalam nada gurau .
Maira hari ni kelihatan cantik . Sesuai dengan namanya  Ana Nur Humairah . Dapat pula jejaka SEGAK Muhammad Faris Faridzal .
“Tahniah weh . I’m proud of you la . Kira muda la kau kahwin kan . Hahahaha”, luah aku .
“Eleh , kot kot 2,3 minggu dapat kad dari kau pula kan”, usiknya pula .
“Kau ni . Aper aper jelah”,malas nak layan pengantin baru ni .
“Eh , kau ni datang dengan siapa?”, pelik pula . Tak kan la Aulia ni nak bawa kereta dari Cameron tu sendirian pula . Dia ni dah la penakut .
“Err . Dengan …. Aaa . Dengan Haseef”.kata aku perlahan . Mesti kena bahan punya ni.
Tiba tiba Maira ketawa .
“Amboi , memang akan sampai la kad dalam masa 2-3 minggi ni”, hah , kan dah kata.
“Eh , kau ni kenapa banyak cakap hari ni, duduk diam diam lah . Nak bersanding kejap lagi”, marah aku .
Aku mengiringi Maira keluar dari bilik menuju ke pelamin yang tersengam indah . Bila la aku nak kahwin . Hmm . Cinta tu dah datang . Tapi jawapan tu tarak lagi .
“Awak , nak balik pukul berapa?”, tegur Haseef ketik aku leka berbual dengan Faris dan Maira.
“Ni la dia ye Haseef yang kau cerita tu?”, Faris bersalaman dengan Haseef .
Aku hanya tersenyum .
“Awak cerita apa pasal saya?”, Tanya dia pada aku .
“Dia cerita pasal…..”,belum sempat Maira berkata , aku memotong.
“Mana ada cakap apa . Tipu je pengantin dua orang ni”, sanggah aku . Ish , keji la diorang ni .
“Abang , kita kena doakan Aulia ni cepat kahwin”, amboi , dah tukar panggilan dah . Hahahaahaah .
“Ye la Maira , minta minta tak lama lagi dapat la kad kan”, usik Faris pula.
“Minta minta macam tu la”,Haseef menyampuk .
Dia ni memang la!

Tepat jam 4petang kami bertolak pulang . Keadaan dalam kereta senyap sahaja . Masing masing kepenatan dan tak tahu nak kata apa .
“Saya harap awak terima”, harapan dia .
“Kalau ada jodoh , tak kemana”, jawab aku perlahan .
Suasana kembali sepi .


3hari aku buat solat istikarah . 3hari berturut turut juga aku dapat jawapan yang sama.Aku mimpikan dia . Ya , Wan Aliff Haseef . Mula mula aku ingat bukan . Tapi bila dah 3kali mimpi . Mungkin ni jodoh aku .
Aku melangkah menuruni tangga menuju ke dapur . Tekak haus . Hiah , asyik fikir je pasal ni . Umi pun naik pelik .
Ehemmm . Aku berdehem sedikit . Umi memandang aku .
“Umi , nak Tanya sikit boleh?”, ya Allah , takapa , tebalkan la muka .
“Apa dia Lia , macam penting je”, aku hanya tersenyum .
“Agak penting lah”, huuu , relax relax .
“Kamu kenapa ni Lia?”, Hah , elok la Abi pun ada sekali . Senang .
“Lia nak Tanya , Abang Haseef ada Tanya pasal Lia ke hari tu?”, aku lihat Umi dan Abi tersenyum .
“Lia dah ada jawapan?”, memang ada la ni kan.
“Err, ada”, kata aku tenang .
“Jadi? Macam mana?”,Tanya Abi teruja .
“Aaaa. Lia terima.”, huu , lepas pun.
“Alhamdulillah , umi dengan abi memang berkenan dengan Haseef tu , kerja bagus . Baik orangnya”, amboi Umi , lebih lebih puji ni .
“Amboi Umi , puji Haseef je . Abi jeles kang”, aku usik Abi bagi lindungi perasaan aku . Malu ni malu ni.
“Abi , ambil kan handphone umi .. Nak call Mak Utehnya nak bagitahu pasal ni. Mesti dia gembira sangat”, Abi menghulurkan handphone yang di ambilnya pada Umi .
Umi mendail number Mak Uteh .
Talian bersambung . Dengar gelak tawa Umi . Suka sangat la tu .
Ya Allah , jika dia benar untuk ku , dekatkan dia dengan aku .
Sejak 3 hari lepas , Hasef langsung tidak menelefon aku . Mungkin busy bertugas dekat hospital . Aku pula dah mula kerja dekat Syarikat Maju Berhad . Paling aku tak sangka , mamat yang kacau aku masa aku part time dekat Parkson tu jadi bos aku. Haru hidup weh.
“Aulia , masuk bilik saya”, arah bos aku , Nasrin .
Bunyi yang keluar dari intercom segera aku bergerak kearah biliknya .
Pintu diketuk .
“Ye bos , ada apa yang boleh saya bantu?”, aku kerja sebagai pengurus akaun syarikat .
“Saya nak awak check akaun syarikat . Yang paling latest ni.”,Katanya.
“Oh , baiklah bos”,kata aku segera .
“Hari ni makan dengan saya yeh”, ujarnya sambil tersenyum.
Ceh , ada niat lain rupanya . Err .
“Maaflah bos , saya dah janji dengan kawan saya”, kata aku berhati-hati . Sebenarnya taka da siapa pun . Dengan Ezzy aje .
“Ala , saya ikot sekali boleh , bosan la asyik makan sorang”, katanya pelahan .
“Ikut saya?Maaflah , kawan saya perempuan . Takutnya tak selesa pula”,saja nak sedapkan hati dia .
“Takapalah”, fuhh , minta dia tak muncul jelah .


Di Café Al-Amin.
“Akak , assalamualaikum.”, sapa Ezzy.
“Eh , sampai dah budak ni”, ujar aku .
“Akak , Abang ikut sekali . Kejap lagi dia sampai. Dia singgah kedai jap”, muka aku dah tak keruan dah.
“Kenapa tak bagitahu awal awal?”, aduh . Macam mana aku nak pandang muka dia . Segan aku tak habes lagi .
“Assalamualaikum”, errk ! Suara tu . Haseef sudah tiba.
“Waalaikumsalam”,jawab kami berdua serentak .
Dia duduk bersebelahan dengan Ezzy . Memandang aku .
“Sihat Lia?”, tegurnya.
“Alhamdulillah , sihat. Awak ?”, Ezzy dekat sebelah dah blah kemana tah . Saja je tinggalkan aku berduaan dengan Haseef . Pandai betul budak ni.
“Alhamdulillah sihat jugak”, hampir sebulan jugak tak jumpa dia . Makin …. Segak . Amboi . Pandai dah .
Rancak kami berbual . Tiba-tiba ada seorang yang menyapa .
“Hai Lia , ni kawan awak tu?”, amboi , sindir?
“Hai , saya bakal suami Aulia , awak siapa ye?”,Tanya Haseef tenang sambil berjabat tangan dengan Nasrin yang kelihatan terkejut.
“Laa , bakal suami ke? Saya bos Aulia. So , bila langsung?”, katanya ramah.
“Inshaallah , 2-3 minggu lagi”, kali ni bukan si Nasrin terkejut , dengan aku aku sekali terkejut.
Tula , bila Umi dengan Mak Uteh Tanya bila nak langsung , aku cakap tak kisah bila bila . Semua serah dekat Umi dengan Mak Uteh .
“Lia lupa ke Umi dengan Mama kana da cakap”,Tanya dia.
“Eh , ye ye . Lupa pula. Biasalah . Busy sangatkan”, kata aku sambil tersenyum .
Ezzy disebelah abangnya hanya tertawa. Yang si Nasrin ni terdiam plusplus dah ni.
Hampir setengah jam kami bersama , akhirnya masing masing kembali ke pejabat.
Nasrin sempat menegur aku.
“Saya terlambat”,katanya perlahan.
“Lambat apa bos?”, aih , pelik pula . Apa yang lambatnya pun aku tatau.
“Lambat nak curi hati awak . Tahu tahu dah nak kahwin . Ceh , melepas sudah”, ujarnya sambil tersenyum .
“Err , takada jodoh . Nak buat macam mana kan”, aku tersenyum kelat . Dia ni buat aku tak selesa je bila dengan dia.
“Saya doakan awak bahagia dengan dia. Doakan saya kahwin pula lepas awak ye”, ujarnya  dan ketawa.
“Ye bos. Saya doakan bos”, sungguh sungguh aku berkata.
Dia pun ketawa . Hahaha .
Semoga Allah temukan jodoh buat awak Encik Bos.


Hari yang dinantikan kini tiba . Hati aku berdebar debar . Dalam masa 2jam lagi aku bakal jadi isteri yang sah buat Haseef . Abang saudara aku sendiri . Huishh . Ni la namanya jodoh . Kalau dah serumpun , serumpun jugak . Hari ni jugak tanggungjawab Abi akan jatuh ketangan Haseef .
Pintu bilik pengantin yang dihias cantik terkuak .
Muncul kepala Maira yang sudah mengandung. Makin comel kawan aku ni .
“Hoi pengantin baru . Apa termenung?”,sergahnya.
“Hoi mak budak , perangai tak reti nak baik siket ke? Dah nak jadi mak budak pun perangai macam 5-6 tahun lepas.”,Ujar aku laju.
Kami dua dua tertawa.
“Weh , macam tak percaya pula . Dah nak kahwin dah kau”,kata Maira.
“Ceh , ingat kau sorang je kahwin awal? Aku pun boleh la”, saja nak hilangkan gerun , aku cakap la macam ni .
Umi masuk kedalam bilik .
“Eh mak dara dengan anak dara , jom pergi masjid cepat . Pihak laki dah ada dekat sana dah”, mujur rumah tak berapa nak jauh dengan masjid . 10 minit pun dah sampai .
“Ai ai ma-am”, seru kami berdua.


Aku lihat Haseef segak berbaju melayu putih sedondon dengan aku yang mengenakan jubah putih berserta selendang bidang 60’. Sebelah kanan Abi , kiri pula Pak Uteh . Merangkap papa aku .Dengan berwalikan abi sendiri.
“Aku terima nikahnya Aulia Aleeya Ameela binti Muhammad Affan dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai”, lancar suara Haseef melafaskan akad .
Selesai doa diaminkan.
“Lia , suami datang tu . Hulur tangan , sarung cincin”, tutur  Mama perlahan .
Aku menghulur jari aku , Haseef menyarungkan cincin mas putih yang kami pilih seminggu yang lepas. Aku menyalami tangannya lalu menyarungkan cincin ke jarinya pula . Haseef mengucup dahi aku lembut . Lama pulak tu . Atas arahan jurukamera siapa lagi kalau bukan Ezzy .
“Thanks sebab tunggu saya”, ujarnya.
Menitis air mata aku . Terharu beb! . Selesai sahaja majlis akad nikah , berlangsung pula majlis persandingan . Kami hanya buat kecil kecilan . Aku dan Haseef sendiri yang mahu begitu .

Alhamdulillah , semuanya berjalan dengan lancar . Maira dan Faris sudah pulang . Adam dan Melia juga ada tadi. Kecil sungguh dunia bila dapat tahu Melia tu junior suami aku . Huish , tadi pandang pun macam tak puas hati je. Adam tak lekang dengan senyuman dia . Dia memang cool dari zaman sekolah lagi .
Aku melabuhkan punggung keatas katil yang tersedia . Badan penat . Lekas aku masuk ke dalam tandas untuk membersihkan badan dan untuk solat isya’.
Hampir 15minit aku bersiap . Selepas solat isya Haseef sudah masuk kedalam bilik kami. Lain macam je bunyi bila sebut macam tu . Rasa janggal tiba tiba bila tidak bertudung di hadapan dia . Dia memandang aku . Main tenung tenung pula . Aku menegurnya.
“Awak pergilah mandi dan solat dulu”, dia hanya menganguk dan beredar membersihkan badan.
Aku setia menunggunya . Selepas setengah jam baru selesai segala apa yang dia buat. Dia duduk dibirai katil .
“Awak , ehem!. Nak Tanya sikit boleh?”, dia ni dari tadi diam . Aku pulak yang mula kan perbualan ni.
“Ye sayang . Kenapa?”, tanyanya lembut. Saja nak luruhkan jantung aku la tu.
“Naa , surat yang awak bagi dulu . Hmm , apa maksud awak ye yang saya orang yang kedua bertapak dekat hati awak?”, aku mesti tahu benda ni . Kang jeles lama lama susah.
Dia ketawa.
“Sayang cemburu ye”, serkap jarang betul dia ni.
“Cepat la . Nak tahu”, sanggah aku .
“Sayang dengar ni”, dia menghampiri aku yang duduk di birai katil lalu memeluk pinggang aku .
Aku sudah tak keruan. Dia bersuara .
“Walaupun awak bukan cinta pertama saya , tapi awaklah cinta terakhir saya. Dan kalau saya berjaya didik awak menjadi isteri yang solehah , awaklah ketua bidadari di Syurga kelak”,Katanya penuh romantic.
Aku memandangnya . Aku mengengam tangan dia .
“Boleh saya panggil awak abang?”,malu pula nak cakap.
Dia tersenyum .
“Kalau sayang tak minta izin pun , abang memang akan suruh pun. Rindu nak dengar panggilan tu”, ujar dia gembira .
Ya Allah semoga cinta ini milik kami buat selamanya.
Malam pertama yang bawa banyak sejarah . Alhamdulillah .



p/s: Hoyah . Ini cerpen kedua . Huaa , cano? Best ke? Ingat nak panjangkan lagi . Tapi tak larat pula nak taip . Moga terhibur . Sila tinggal jejak okay? Muah muah :*