Thursday, 12 April 2012

Cerpen : Tika Hati Bertaut


“Aulia , will you be my girl ?”, Aku memandang Ikhwan dengan pandangan yang tajam .
“Berapa kali aku nak cakap yang aku taknak ! Tak faham ke? Nak aku cakap bahasa Jawa baru nak faham ?”, Ikhwan ni memang tak rati putus asa ke ? Huh! Menyakitkan hati .

Ikhwan berlalu pergi ke kantin sekolah lepas kena sembur dengan aku buat kali yang ke-3 . Umur baru masuk 16tahun dah pandai ajak aku couple bagai . Agaknya kena buat cop ‘AKU TAK BERMINAT UNTUK COUPLE’ besar –besar lepas tu cop dekat dahi ni . Biar semua orang Nampak .

Aulia Aleeya Ameela . Oh yeah ! That’s me . Baru je masuk 16tahun bulan lepas . Sekolah dekat SMK Seri Jaya . Aku ni garang ? Ye . Tapi dengan lelaki aje lah . Hah , aku suka PINK .


“Lia , turun cepat”, Umi memanggil aku .
“Kejap Umi. Ontheway ni”, laju kaki aku melangkah menuruni tangga .
“Anak umi ni buat apa yang lama sangat dekat atas ?”, tegur Umi .
“Hee, anak Umi ni nak jugak melawa sikit”, gurau aku . Umi tahu aku bukan suka pakai make-up.

Aku hanya mengenakan jubah berwarna pink , bertudung labuh bidang 60’ yang di pinkan dibahu kiri dan kanan aku . Manis kan? Err , okay puji diri sendiri 5saat! Hari ni sabtu . Ada kenduri kahwin kakak sedara aku . Anak Mak Andak , Kak Ezry . Dekat Cameron Highlands pulak tu kan. Mulanya tak nak pergi . Tapi bila mengenangkan banyak kes pecah rumah segala berlaku . Baik aku ikut sebelum jadi sesuatu yang tak diingini . Aku ni anak tunggal , mesti la Umi dengan Abi risau bila tinggal kan aku sensorang dekat rumah .

Perjalanan dari Ipoh-Cameron Highlands tak adalah sejauh mana . Sepanjang perjalanan , Umi hanya menemani Abi yang sedang memandu . Aku pula hanya melayan lagu yang berputar di I-pod pemberian ayah . Again , ia warna PINK .

Sampai sahaja di sana .
“Ramainya orang Umi”, bisik aku pada Umi .
“Apalah kamu ni , kata kenduri , mestilah ramai”, Umi mengatur langkah kearah apartment yang ramai orang tu . Abi pula ke khemah untuk berjumpa saudara mara yang lain .
“Huish , apa aku nak buat ni . Opah Esah mana”, Opah Esah ialah Opah sedara aku merangkap adik arwah opah aku . Sejak Opah meninggal , Opah Esah la tempat aku bermanja .
“Aulia Aleeya Ameela , cepat masuk”, arah Umi .
Umi ni kalau dah panggil nama penuh aku , memand arahan mendatori la tu .
Aku menanggalkan sandel yang aku pakai . Lalu masuk ke dalam rumah .
Aku melihat Umi sibuk bersembang dengan Mak Uteh . Aku pun dah macam halimunan dekat sini . Aku bergerak kearag dapur . Eh , ada Opah Esah la .
Aku meluru kearah Opah Esah lalu memeluk dia dari belakang .
“Assalamualaikum opah!”, sergah aku .
“Opocot Waalaikumsalam sayang”, latah opah .
Aku tertawa lucu .
“Aulia , kamu ni dah besar panjang pun masih buat terkejutkan opah . Selamat taka da sakit jantung”, marah Opah.
“Lia tahu Opah taka da sakit jantung la Lia berani usik”, jawab aku.
Opah mencubit lengan aku lembut . Aku ketawa geli hati . Suka sangat usik Opah .
Dari pemerhatian aku , dari tadi ada sorang laki ni dok pandang apa yang kami guraukan .
Aku toleh kanan aku , oh , anak Mak Uteh kot .
“Eh , Haseef , ni Aulia . Anak Mak Qila kamu”,  Oh Haseef nama abang ni . Err , abang? Pun boleh.
“Oh , ni la ye Aulia yang Mama selalu cerita tu Opah?”, Tanyanya .
“Ha, yelah”. Kata opah pula .
Aku hanya membatu . Err , apa la yang Mak Uteh cerita pasal aku dekat Abang Haseef ni .
“Aulia , ni Abang Haseef kamu . Anak Mak Uteh yang bawah Kak Ezry kamu tu”, ha kan betul anak Mak Uteh .
“Oh , hee . Hai”, tegur aku ramah .
Dia hanya tersenyum . Senyuman dia , tahu la ada lesung pipit . Jeles aku .
“Dekat sini kamu Aulia , puas Mak Uteh cari tadi. Ingatkan tak datang”, ni mesti khusyuk gila cakap dengan Umi sampai aku lalu tepi pun tadi tak nampak .
Aku menyalami Mak Uteh . “Besar dah Aulia ni , dah ada pakwe?”, usik Mak Uteh .
“Aaa… Pakwe? Mana ada Mak Uteh . Aulia tak suka la couple couple ni”, terang aku.
“Hah , eloklah tu . Bukan senang nak cari remaja macam kamu sekarang ni . Semua sibuk bercinta”, kata Mak Uteh lancar.
“Ha , kamu Seef , macam mana ada dekat sini pula? Orang suruh pergi duduk luar dengan pakcik pakcik kamu , kamu menempek dengan opah pula”, tegur Mak Uteh pada anak teruna yang sorang tu .
“Ala ma , Haseef bukan selalu dapat balik sini . Ingat dekat ke German tu? Sekali sekala nak jugak bermanja dengan opah “, balas dia pula.
Oh , German . Jauh belajar .
“Ke kamu nak kenal dengan anak Mak Qila kamu ni?”, usik Mak Uteh .
Muka aku mula jadi kelat .
Haish ! Apakah?
“Boleh jugak ma”, mata dia memandang aku . Rimas la abang Haseef!
“Mak Uteh , Opah , Lia nak keluar kejap . Nak cari Umi dengan Abi”, kata aku pada mereka . Nak lari sebenarnya.


Udara malam ni aman sangat . Aku duduk dekat dengan tangga yang boleh menampakkan suasana bukit bukit yang Allah cipta . Subhanallah! Lawa sangat .
Earphone aku sumbat ke telinga . Lagu Muhasabah Cinta – EdCoustic berkumandang .


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Bait-bait lirik lagu yang dinyanyikan membawa banyak maksud . Ini la satu sebab kenapa aku suka sangat dengan lagu ni .
“Jauh termenung”. Suara siapa tu?
Aku toleh kiri . Oh , Abang Haseef .
“Heh , tak la”, jawab aku perlahan . Mujur dia duduk jauh sikit dari tempat aku duduk ni .
“Yelah tu , abang berdiri dekat sini nak dekat 5minit pun tak perasan”, bunyi macam jauh hati .
Aku ketawa .
“Eh , yeke?Tak perasan . Sorry”, jawab aku dalam tawa .
“Tak apa”, pendek je jawapan dia .
OK .
“Abang , nak Tanya sikit”, setelah sepi 3 minit , baru aku buka satu soalan untuk dia.
“Kenapa Lia?”, Tanyanya.
“Abang belajar dekat German? Belajar apa?”, Tanya aku .
Dia tersenyum .
“Ingatkan tak perasan tadi bila Abang kata macam tu”, sindir ke apa ni . Hish!
“Belajar Medic”, oh . Bakal docter . Mesti Bio dia A+ masa SPM dulu .
“Okay”, taktahu nak cakap apa dah .
“Aulia sekolah aliran apa?”, tanyanya ramah .
“Akaun je”, tambah sains sukan . Tu hanya aku kata dalam hati . Malas nak cakap panjang panjang .
“Oh , okay”, katanya .
Aku bangun lalu melangkah kearah apartmen. Dia mengekori langkah aku dibelakang .
Aku memberi salam lalu masuk ke dalam apartmen yang menempatkan Umi dan Abi , serta saudara mara yang lain . Abang Haseef menyusul dari belakang .
“Kamu dari mana ni Lia?”, Tanya Umi .
“Tadi pergi lepak tapi tangga sana tu , saja”, ujar aku sambil tersengih .
“Dengan Haseef?”, kata Umi sambil tersenyum .
Aihh , kenapa pulak senyum senyum ni .
“Tak la Mak Qila , tadi Haseef saja kacau Aulia tengah mengelamun”, kata dia lancar .
“Mana ada mengelamun la”, bangkang aku .
Seisi rumah tertawa . Aku hanya tersenyum .

Jam menunjukkan sudah pukul 10 malam . Mata aku sudah berat . Hari ni tidur sini je . Umi kata bukan selalu dapat bermalam dekat sini . Abi pun tak kisah . Aku kisah . Sebab dalam ni aku kena pakai tudung 24/7 la . Hahaha . Abang Haseef tu ada . Ingatkan dia nak balik rumah dia yang dekat apartmen lagi satu  tu , rupa rupanya tidur sini jugak. Memang aku berkurung jelah dalam bilik ni .


Hari ni hari isnin . Perhimpunan . Aku tengok jam … Pukul 7 pagi . Allah , ni la masalahnya bila ‘cuti’ bangun lambat . Sampai sekolah pun lambat . Yang umi pun kenapa tak kejut .  Eh , aduhh . Lupa pulak yang hari ni Umi outstation . Tu la umi , abi suruh duduk rumah je , nak jugak kerja . Hailaa , naseb abi ada boleh hantar . Tu pun belum jamin boleh terlepas dari si Melia tiga suku tu .
Secepat mungkin aku siap . Tak sampai sepulug minit aku dah pun siap . Huahuahua . Memang mandi lembu betul aku hari ni .
“Abiiiiii , jom jom”, cepat cepat aku menyerang Abi yang ada di luar  yang duk bersembang dengan jiran kami .
“Lan , aku hantar anak aku kejap la ye . Dah lambat baru nak bising”, kata abi pada Uncle Lan .
Dia hanya ketawa .
Untung rumah dengan sekolah  15minit je . Hailaaa , tu pun dah lambat dah .
Selepas sahaja salam abi , aku terus berlari kearah pintu pagar sekolah yang hampir ditutup .
“Mampus aku”, kata hati aku .
“Wehhhh ! Kejapppp !”, laung aku kuat pada pengawas perempuan tersebut . Huh . Melia lah tu .
“Oh , Aulia . Pahal lambat ? Kau ni memang tak pandai ikur peraturan sekolah kan?”, tak pasal pasal kena sembur . Padahal , baru pertama kali datang lewat .
“Aper aper jelah”, aku menulis nama di buku datang lewat yang dipegang oleh Adam . Yeah ! Adam ni memang senyap . Bukan macam Melia tu . Macam hantu . Geram je.
“Eh , kurang ajar pula”, aku tahu la kau F5 , mana ada aku kurang ajar . Takada pula aku maki kau . Haih .! Selamat la mulut ni boleh kawan .
“Harap je tudung labuh , perangai macam hapa je”, sambung Melia lagi .
Ni dah melampau kalau mempertikaikan pemakaian aku sekali .
“Kak Melia ni ada masalah dengan saya ke?”, Tanya aku pada dia .
“Tak payah nak berAkak bagai lah dengan aku budak”, eleh , macam aku hadap sangat nak panggil kau akak .
“Ok.Bye”, aku meninggalkannya terkulat kulat di situ . Jangan pandang aku ni lemah , lembut sangat la . Ni Aulia Aleeya Ameela lah!.
Adam yang hanya memerhati mengeleng kepalanya . Kenal sangat dengan jirannya Aulia tu . Tegas amat !


“Lia , jom teman aku pergi koop jap”, Maira menarik aku pergi ke koperasi sekolah .
“Kau nak beli apa ni Maira?”, Tanya aku pada kawan baik aku ni.
“Nak beli choki choki kegemaran ku”, balasnya sambil tangan mencapai choki choki yang berdekatan .
“Kau tak  nak beli apa apa ke?”, Tanya Maira pada aku pula.
“Kejap. Fikir jap”, nak makan apa ye . Hah ! Gula gula jelah .
Tangan aku laju je ambil beberapa jenis gula gula yang ada . Aku memang hantu gula gula . Lagi lagi bila ada masa ke sepuluh . Memang aku akan makan dalam kelas . Dengan kebenaran cikgu lah .
“Gula gula lagi”, Maira buat muka bosan .
“Eleh , kau hari hari choki choki boleh pulak”, aku pun bosan tengok kau asyik makan choki choki je .
Kami bergerak masuk ke kelas  4Elite. Huish. Lepas ni masa Addmath pulak . Nak kata fav subject tu tak laa . Tapi okaylah . Nasib cikgu Melissa ajar best !
Bila dah masuk bulan 8 ni . Mood belajar pun masuk stage 8 lah . Makin laju . Makin susah . Makin mencabar . Aku ni nak kata pandai tu tak laa . Tapi semua orang Allah jadikan pandaikan . SPM pun tahun depan . Allah , cepatnya masa berlalu .
Peperiksaan akhir tahun 2 minggu lagi . Awal pulak buat . Nak bagi cuti awal lah tu . Tapi dah f4 ni , mana ada cuti dah . Masa untuk study je sekarang ni . Sedia untuk SPM . Itu yang penting . Nasib Umi dan Abi dah biasakan aku untuk tiap hari buat latihan topical or latih tubi yang cikgu bagi . Bagi aku SPM ni yang tentukan masa depan jugak . Aku nak masuk university . Teringat pulak dekat Abang Haseef tu . Mesti dia pandai . Kalau tak , tak kan sampai German belajar . Medic pulak!


Hari ni hari terakhir exam . Sepanjang minggu peperiksaan ni , aku tak sentuh langsung handphone dengan laptop . Tapi I-pod memang aku sentuh . Sebab aku tak boleh berpisah dengan lagu . Belajar kena bukak lagi , termenung kena bukak lagu . Semua dah sebati dalam hidup .
“Eh , boleh buat Ekonomi tadi?”,Tanya Faris pada aku .
“Boleh boleh . Alhamdulillah la. Kau”, Tanya aku pula.
“Boleh la jugak . Hurrmm , kau tak takut ke next year dah SPM?”, soalan cepu emas la.
“Gila tak takut ! Takut lah . Aku bukan macam kau yang sentiasa konsisten dalam exam .
“Ish , ada kata macam tu . Kita usaha la sama sama biar dapat result gempak”, kata Faris .
Maira disebelah mengiyakan apa yang dikatakan oleh Faris . Kawan sekelas yang lain sudah beredar pulang ke rumah masing masing memandangkan waktu persekolahan dah habis.
Kami bertiga berjalan bersama sama pulang . Maira dan Faris tinggal berdekatan . Dekat Taman Sejati . Aku pula Taman Setia . Nasib sehala . Kalau tidak , sensorang lah aku .
Umi menunggu aku dihadapan muka pintu . Haih Umi ni main sambut sambut kepulangan kita pulak . Bukan selalu ni . Hehehe .
“Assalamualaikum Umi”, aku salam umi .
“Waalaikumsalam , awal balik?”,selalunya  kalau jam belum pukul 3 , tak adanya aku balik . Tapi hari ni jam baru pukul 2 , aku dah sampai rumah .
“Saja Umi , penat sangat hari ni”, terang ku .
“Macam mana exam tadi ? Okay?”, aku hanya mengangguk tersenyum . Umi faham la tu .
“Umi, nak makan”, pinta aku . Lapar ni .
“Pergi mandi , solat dulu . Baru turun makan”, arah Umi .
“Ai ai Ma’am!”, kata aku sambil angkat tangan ke dahi ala ala komander . Hahahaa .
Selesai mandi dan solat aku segera turun untuk makan .
Lauk kegemaran aku ! Ayam masak merah dah gulai lemak masak sayur . Kecur dah ni .
“Lia , anak Aunty Lila sebelah ni tahun ni SPM kan? Si Adam tu”, Tanya Umi.
“Yeap ! SPM tahun ni . Kenapa Umi?”, jangan la bukak topic SPM dekat meja makan .
“Kamu tak cuak tahun depan kamu pulak SPM?”, Sudah ku jangkakan.
“Mestilah cuak Umi”, boleh lagi Umi Tanya soalan cemtu .
“Cuti ni Umi dengan Abi kena pergi Australia , ada kerja . Kamu kami hantar dekat rumah opah sana ye”, aku berhenti dari menyuap nasi kedalam mulut.
“Kenapa tak bawak Lia sekali?”, Tanya aku .
“Haish , kamu tu SPM tahun depan , duduk sana Haseef boleh tolong kamu sikir sikit”, kata Umi.
Errk! Apa kaitannya pulak.
“Dia kan dekat German umi”, Umi ni lupa ke apa?
“Dia tengah cuti sekarang . Dua bulan . Elok sangat la kamu duduk sana”, Umi ni pergi sana lama ke .
“Umi dekat sana lama ke?”, Tanya aku .
“Ada la dalam 2bulan”, hah! Gila lama .
“Yelah”, jawab aku pendek .

Macam mana aku nak duduk sana sedangkan aku rapat dengan opah je . Kak Ezry dah kahwin . Abang Haseef tu ? Err . Taknak lah! Adik dia Ezzy pula kecik lagi . Hurm , takpelah . Aku duduk jelah sana . Jadi orang Pahang untuk dua bulan . Tak lama mana pun . Kerja sekolah Addmath cikgu dah buat bekal banyak banyak dah . Maka , elok sangat lah tu .


Hari ni hari pertama aku duduk dekat sini . Hailaa . Bosannya . Duduk bilik siapkan kerja Addmaths aje . Opah pergi pasar dengan Atok . Aku jaga rumah . Tiba tiba terdengar loceng berbunyi . Aih, siapa pulak dapat ni . Aku mengambil tudung dan sweater menutup rambut dan baju lengan pendek yang aku pakai . Nasib pakai selaur track je . Kalau kain batik . Huish . Jenuh!
“Ye?”, eh , abang Haseef .
“Hai. Bila sampai?”, tanyanya ramah .
“Semalam sampai”, aku jemput dia masuk . Pintu ku biar terbuka luar . Kang timbul fitnah . Naya je.
“Oh , tak bosan duduk sorang? Opah dengan Atok mana?”, katanya.
“Tak bosan . Ada benda teman . Opah dengan Atok pergi pasar”, terangku .
Dia buat muka pelik . Mesti tang ‘benda’ tu .
Aku menunjukkan helaian helaian kertas Addmaths yang aku buat .
Oh. Itu yang terpancul dari mulutnya .
“Boleh buat?”, prihatin.
“Boleh la jugak. Tapi banyak yang taktahu”, kata aku .
“Nak abang ajar?”, dia menawarkan diri .
“Boleh jugak!”, rezeki jangan di tolak .
“Tapi  Ada syarat . And , bukan hari ni mula kelas dengan abang”, amboi , main syarat pula.
“Apa dia?”, jangan syarat bukan bukan .
“Petang ni teman abang pergi jalan jalan jum! Lia pun mesti bosan kan? Bukan kita dua je , Ezzy pun ikot .
“Okay”, kalau Ezzy ada takapelah . Bagus jugak . Taknak aku jalan dengan abang Haseef berdua je .
Haseef meminta diri untuk balik selepas Opah dan Atok pulang ke rumah .

Jam menunjukkan pukul 5 petang . Aku bersiap siap untuk keluar . Ezzy sudah sampai dirumah . Aku hanya mengenakan baju kemeja labuh berwarna biru cair . Itu pun selepas Ezzy mengarahkan aku pakai baju itu . Ikutkan hati , nak je aku redah pakai baju tshirt biasa dengan jeans. Katanya baru match . Apa yang matchnya pun aku taktahu .

Ezzy ni dah masuk 13 tahun dah . Dah remaja dah . Bertudung litup jugak . Comel pula tu . Dia mengangkat handphonenya yang berbunyi nyaring .
“Ye abang , kejap lagi kitaorang keluar”, katanya .
Oh , Abang Haseef lah tu . Dah sampai agaknya.
“Akak , jum. Abang dah bising tu”, aku hanya mengangguk dan berjalan beriringan dengan dia .
Kami menyalami Opah dan Atok lalu terus beredar kearah kereta Abang Haseef .
Aku duduk di bahagian sebelah pemandu . EH ! baru perasan . Baju aku dengan Abang Haseef sama . Ni Ezzy punya idea lah ni . Buat tak tahu dah lah .
“Nak pergi mana ni?”, Tanya Abang Haseef pada aku .
“Eh, entah . Abang yang ajak keluar . Tanya kita pulak”, kata aku .
“Kita pergi tengok strawberi la bang”, sampuk Ezzy .
Okay jugak kan . Lama aku tak makan strawberi .
Lama juga kami berjalan hari ni . Penat pun agak lah jugak . Esok bermula la kelas pertama aku dengan abang Haseef . Hurmmmm . Ada  faedah jugak aku balik sini . Dapat tuition free . Hahaha .
Malamnya aku menelefon Maira .
“Assalamualaikum Maira”, sahut ku setelah penggilan bersambut,
“Waalaikumsalam , how’s orang Cameron?”, guraunya.
“Ok je . Penat berjalan”, balas ku.
“Haih , berjalan dengan siapa?”, tanyanya pula.
“Dengan abang Haseef dengan Ezzy , sedara aku . Anak Mak Uteh”, terang ku .
“Amboiiii , abang yang German tu ek? Yang kau ada cerita tu ek?”, Ye , aku memang suka bercerita . Lagi lagi dengan Maira . Dia memang faham aku .
“Yeap! Esok kena hadap muka dia lagi . Malasnya”, keluh aku .
“Eh , kenapa?”, Maira ni .
“Dia ajar aku Addmath”, tenang aku jawab .
“Untunglah kau , takada lah kerja tu tak siap. Aku jamin , sebelum 2bulan kerja tu dah boleh siap!”,ujarnya.
“Hopefully macam tu . Lepas tu boleh la aku rehat”, aku lihat ada number lain masuk tengah tunggu aku angkat call tu .
“Weh , aku letak dulu . Umi aku call rasanya ni”, lepas beri salam , aku terus menyambung talian pada number lagi satu.

“Assalamualaikum Lia”, kan dah agak! Umi punya .
“Waalaikumsalam Umi !”, jawab ku ceria .
“Sihat ke ?”, mestilah .
“Umi dengan Abi sihat?”, Tanya aku pula .
“Alhamdulillah kami sihat belaka”,
“Lia , kerja sekolah dah siap”, Abi pula bertanya.
“Belum lagi Abi , Abang Haseef nak mula ajar esok”, kata aku.
“Laa , boleh pulak macam tu”, kata Umi.
Aku hanya tertawa dihujung talian .
Umi menjanjikan buah tangan untuk aku . Lepas 10 minit berbual , talian dimatikan . Mata aku pun mula mintak nak direhatkan . Maka , selamat malam .


Kelas dengan abang Haseef berjalan dengan lancar . Dekat sebulan aku duduk sini . Kerja addmaths semua dah siap ! Yeay ! Happy gila lah kan . Cara abang Haseef ajar memang senang . Sebulan ni la aku menghadap muka dia . Untung dapat tutor yang sabra tahap giga punya  kesabaran . Tak pernah marah walaupun aku ni lembab sikit . Haha . Minggu ni last dia dekat sini . Nanti nak balik German dah . Plus dia kata nanti mybe tak balik sini dah sebab bukannya murah nak balik tiap cuti kan .

“Lia , ni Ezzy cari ni”, Opah memanggil aku .
“Eh , kenapa Ezzy?”, tetiba pulak budak ni muncul .
“Jom teman Ezzy dengan abang Haseef pergi beli barang Abang Haseef dekat pekan”, katanya .
“Kejap , bagi akak siap . 5 minit !”. Ezzy ni aku dah anggap macam adik sendiri . Mana pergi , mesti ada dia . Dan , mana aku pergi mesti ada abang dia jugak ! Yelah , aku mana ada kawan dekat sini . Diorang je lah . Walaupun umur Abang Haseef dah nak masuk 21 . Tapi dia relax je lain bebudak macam kitaorang ni .

“Lia , tolong pilihkan kemeja untuk abang”, pintanya .
Errr . Pahal pulak aku yang kena ni.
“Lia tak pandai la”, terang aku .
“Ala kak , pilih je . Asalkan jangan Pink sudah”, kata Ezzy .
Aku lihat kemeja kemeja yang ada. Nak ambilkan yang mana satu ye . Ish , terteleng teleng kepala aku nak cari yang sesuai . Hah ! Yang ni lawa .
Aku ambil kemeja warna biru lembut . Sesuai la kot dengan abang Haseef yang tinggi mengalah . Putih melepak . Hensem lagi tu . Err . Okay okay , cukup dah tu .
“Abang , yang ni okay?”, gaya macam pilih baju untuk suami pulak aih!
Dia memandang , “Okay jugak ni . Thanks pretty”, senyum dia.
Eish! Saja buat iman aku goyah . Cukup la sebulan bersama , jangan nak feeling lebih Aulia . Kau tu budak sekolah . Ingat tahun depan SPM .
Selesai membeli belah , kami pergi makan dekat KFC .
“Lia nak apa? Ezzy ?”,Tanya Abang Haseef .
“Burger je lah , air ice lemon tea”, aku memang suka makan burger.
“Ezzy nak sama je la dengan kak Lia”, katanya .
“OK”, abang Haseef berkata.
Kami berborak sambil makan . Hari ni hari paling best sepanjang aku duduk sini . Shopping lagi . Lama gila tak shopping . Handphone aku bergetar . Ada mesej.
#Kau buat apa ? – Maira
#Aku baru lepas shopping dengan abg Haseef n Ezzy J - Aulia
#Amboi , belum apa apa lagi dah keluar dengan bakal suami dengan adik ipar ye?- Maira
Muka aku sudah merah . Malu .
#Agaklahkan . Sedara tu – Aulia
#Agama tak larang kita untuk kahwin sesame sedara . Plus dia bukan sepupu kau – Maira
K , aku kalah .
#Dah la, nanti sambung mesej . Gila aku layan kau – Aulia .
Aku kembali berborak bersama sama mereka .
Seminggu kini sudah habis .
Kami bergerak menghantar abang Haseef yang akan berangkat pulang ke German .
“Aulia , sini kejap”, panggil Abang Haseef sebelum masuk ke balai berlepas .
“Ye kenapa?”, Tanya aku hairan . Pehal ni?Muka macam nak jeruk je .
“Nah , bukak la bila Aulia dah habis SPM nanti”, dia menghulurkan sebuah kotak kecil.
“Lambatnya, kenapa tak bagi nanti je?”, sebenarnya aku nak Tanya , ‘ni untuk apa’ , tapi lain pulak yang keluar . Haih!
“Ni amanah tau . Kalau tak nak pegang dulu takapa , bagi Mak Qila yang pegang . Ayah Affan ke , kalau Lia habis SPM minta la dekat diorang balik”,terangnya .
“Oh, yelah”, aku berkata perlahan .
“Don’t miss me eyy”,katanya perlahan.
“Ei , perasan”, lawak antara benua betul lah dia ni.
Dia memandang aku . Anak mata aku . Aku alih kan pandangan . Heish ! Dosa tenung anak dara orang oi . Pandang anak teruna pun sama.
Dia melangkah ke balai berlepas . Ini kali terakhir aku dapat tengok dia . .


2012- SPM YEAR .
Pejam celik pejam celik , dah nak SPM dah aku . Sekarang dah bulan 10 . Bulan depan exam besar . Persiapan pun aku rasa baru 75% .
Aku teringatkan Adam dan Melia . Dua dua Berjaya dengan cemerlang . Masing masing dapat fly . Adam ke England , Melia ke German . Walaupun aku tak ngam dengan Melia tu . Tapi aku bangga dengan result yang dia dapat . Agak agak dia kerek lagi tak eh ? . Biarlah .
Minggu depan exam . Ya Allah . Takutnya . Hari ni ada solat hajat dan sesi maaf-maafan dengan kawan kawan dan cikgu cikgu . Maira yang paling dekat dengan aku . Kami berpelukan sambil mengalirkan air mata . Haish , meruntun hati betul .

Terdengar laungan MERDEKA dari beberapa budak lelaki . Faris pun sama . Gembira habis . Budak budak lain dah terjerit . Ada yang lari jumpa cikgu . Gaya dah macam ambil result pula . Jumpa cikgu nak cakap byebye lah tu . Sememangnya ni la yang kami tunggu .
“Lepas ni kau nak buat apa Lia?”, Tanya Faris .
“Aku tak fikir lagi”, jawab aku.
“Korang nak buat apa?”, Tanya aku pada Maira dan Faris .
“Aku kerja parkson pun ok je”, jawab Maira .
Serentak aku dengan Faris ketawa .
“Sebok lah kau . Aku baru ingat nak kerja sana”, Kata Faris .
Ceh , sama je korang dua ni .
“Alang alang tu , tak nak ajak aku sekali ke?”, sakat aku.
“Hah , elok lah tu . Jom jom.”, Ajak Maira .
Serantak tawa kami bergema lagi .


Sudah seminggu exam habis . Baru aku teringat yang hadiah abang  Haseef bagi . Aku minta pada umi hadiah tersebut . Umi mengatakan yang aku tersangatlah teruja nak tahu apa isi hadiah tersebut .
Aku buka kotak tersebut . Ada sepucuk surat yang dilipat . Aku baca . Aku terpampan.
Assalamualaikum  Aulia Aleeya Ameela ,
Mesti pelikkan kenapa abang bagi hadiah bagai ? Haha . Firstly abang nak cakap yang tahniah sebab dapat tahan nafsu dari bukak hadiah ni sebelum masanya . Second , abang tulis surat ni ada tujuan lain . Abang suka Aulia . Ye ! Abang tak main main soal hati . Aulia orang yang kedua bertapak dekat hati abang . Hadiah yang abang bagi ni tak seberapa . Tapi terima la sebagai tanda perkenalan kita beberapa bulan lepas .
Ikhlas.
Wan Aliff Haseef .
Aku melipat kertas yang aku pegang . Huish . Mimpi keapa?  Kertas tu aku simpan dalam laci . Gelang pemberian dia aku pakai . Ye , aku ambil sebagai tanda perkenalan . Untuk lebih? Belum lagi . Tapi , orang kedua? Siapa yang pertama? Hmmm . Aulia , jangan cemburu . Dia bukan siapa siapa lagi buat masa ni untuk kau .


Hari ni hari pertama aku bekerja dekat Parkson . Haih . Hari pertama aku dah kena marah dengan pelanggan. Dia yang salah cakap . Aku pulak yang kena marah . Haish! Selamat la lelaki . Kalau perempuan , mau perang mulut !
“Awak ni buat kerja macam mana , sy cakap lain lain pula yang awak buat!”, garang gila pelanggan ni . Boss aku pun tak garang macam dia .
“Maaf Encik”, segera aku bawa dia ketempat yang dia Tanya tadi .
Kau yang kata lain  , ni kata lain . Bengong sungguh ! .
“Boss , ni ada orang nak jumpa”, kata aku pada Encik Rafi .
“Eh , ni anak saya , kenapa pulak awak yang bawak dia ke sini?”, laa anak boss rupanya . Tak serupa langsung !
“Nasrin , kamu ni tak reti cari office ayah ke? Ke kamu buli Aulia ni?”, sindir Encik Rafi .
“Eh ayah ni . Sindir sindir pula . Nas saja je nak kenal dengan Aulia ni”, matanya memandang aku . Eii , seram !
“Boss , saya keluar dulu ye”. Aku minta diri.
“Byebye awek comel”, err . Mamat gila .
Aku mengatur langkah kearah Maira yang sedang tunggu aku . Sekarang  waktu rehat . Padanlah . Kami bergerak ke Mcd . Pekena burger . Tengah tengah borak sakan tetiba ada mamat gila ni tegur .
“Hai Aulia”, sapanya.
“Er , hi”. Jawab ku tak rela .
“Boleh join”, Eh sila lah . Kata Maira .
Sejak dari kejadian tu , dia asyik kacau aku je . Tak tenang hidup aku . Grrrr ! Nasib la aku dah berhenti kerja . Sempat 2bulan aku cari makan . Then result keluar . Alhamdulillah , dapat 10A campur campur . Hahaaha . Tapi aku tak mintak la sampai luar Negara sana . Takat UIA je . Alhamdulillah , dapat pulak tu . Faris dengan Maira UiTM ! ceh , diorang ni ada jodoh gamaknya .Doa doakan mulut aku ni masin . Hahaaa.

Hari ni pergi beli barang untuk persiapan masuk UIA . Hurr , banyak jugak aku beli . Macam membazir pun ada . Umi dengan Abi kata takapa , stok siap siap . Bidang yang aku ambil adalah…….. Bisnesss! Oh yeah! Kenapa bisnes?  Sebab aku minat! .


5tahun belajar . Akhirnya , dapat jugak aku pegang segulung ijazah ! Allah permudahkan segala urusan aku . Tunggu tawaran kerja pula sekarang ni .
Today we are going to Cameron ! Yey ! Lama sangat tak naik sana sejak aku mula studi dulu . Hurr m dekat sana , aku teringatkan abang Haseef . Huish , dia ingat aku lagi tak ye? Ish , ape la kau fikir ni Aulia .
Sampai sahaja disana , seperti biasa aku mencari opah dulu !
“Opah , oh opah , assalamualaikum”, laung aku tanpa lihat kiri kanan . Aci redah je .
“Awak tu perempuan , tak baik jerit jerit”, macam kenal je suara tu . Siapa ek.
Dia tersenyum melihat aku . Aku terkaku . Umi pun satu , tak kata pulak yang dia balik sini jugak . Umi nii . Malu anak mu ini setahun !
“Err , ehe”, itu je yang mampu aku balas .
“6tahun tak jumpa dah jadi pendiam ke?”, aiseh , saja je kenakan aku ni .
Sebenarnya , Umi kata ada tujuan lain balik ni . Bila Tanya umi , umi buat taktahu . Bila Tanya Abi , abi pun sama . Buat derk je . Tanya opah ? Lagi la buat derk kuasa 2 . Haish ! Mak Uteh and the geng pun ada ni .
“Akak!”,laung Ezzy .
“Ezzy .Lama nya tak jumpa budak ni. Dah besar dah sekarang”. Ezzy dah berumur 19 tahun dah .
Makin lawa . Makin petah bercakap.
“Akak la tak datang jumpa Ezzy”, Kami hanya tertawa .
“Busy la sayang”, kata ku .
“Busy pun busy laa , janji dah dapat jumpa hari ni . Akak tau tak , ada orang tu sibuk Tanya pasal akak.”,dijelingnya abang dia yang tersenyum .
Aku hanya dia . Makin dilayan makin menjadi jadi .
Siang tadi aku dapat mesej yang Maira dan Faris akan bernikah ! Ahah ! Kan masin mulut aku . Hahahaha .
Maira kahwin dulu dari aku . Aku bila lagi? Umi ada juga Tanya yang aku ni ada pakwe ke tak . Memang aku jawab tak lah kan .
Yang tak boleh blahnya , nikahnya esok pulak . Kursus kahwin rupanya dia dah pergi masa study dekat UiTM dulu . Hantu punya kawan . Tahu tahu nak nikah dah .
“Umi , esok nak gerak Ipoh boleh? Maira nikah”, kata aku pada umi .
“Hah , Maira nikah? Dengan siapa?”. Tanya Umi .
“Dengan Faris . Boleh ye Umi esok nak pergi”, pujuk ku .
“Boleh , tapi dengan Abang Haseef kamu tu”, sampuk Abi .
Atoo , kenapa dia pulak .
“Hurm , okay lah . Nanti Lia Tanya dia”, aku bangun lalu pergi kearah Haseef dan Ezzy .
“Err , Abb…Awak! Esok hantar saya balik Ipoh boleh? Ezzy ikot akak sekali boleh?”, Tanya aku .
“Buat apa balik Ipoh? Kan baru sampai sini?”, Tanya Haseef .
“Ha-ah kak . Lagipun Ezzy tak dapat ikotlah . Ada kerja nak buat dengan kawan kawan . Sorry”. Kata Ezzy .
“Um , takpelah . Awak , boleh hantarkan saya?”,mata aku berharap . Aku memandang dia . Dia menganggukkan kepala.
Yes! Maira . Kau tunggu aku !


Pagi tu awal aku bersiap . Mengenakan baju kurung biru cair bersama tudung . Simple je . Haseef datang tepat jam 9pagi . Seperti yang dijanjikan. Eh , dia pakai baju kemeja biru jugak . Yang aku belikan . Eh , muat lagi pulak? Konfirm dia tak membesar . Haha . Aku tersenyum sendiri .
“Apa senyum sensorang? Tak nak kongsi dengan saya?”, alamak , kantoi pula . Mana taknya , berdua dalam kereta . Maunya tak perasan .
“Muat lagi baju tu?”, Tanya aku .
“Muat la , awak beli saiz L hari tu . Badan sy saiz S je tau”. Err! Yeke? Tak perasan pulak .
Aku tertawa lucu . Padan la muat lagi .
“Awak..”,panggilnya lembut .
“Apa”, automatic nada aku berubah . Jangan la melembutkan suara dengan aku .
“Er , kahwin jom?”, Melamar ke ni?
“Oh , kahwin”…
“Hah! Awak ni gila ke?”, baru aku tersedar .
Hailaa , biar betul dia ni .
“I’m serius . No joke”, kata nya tulus .
“Tanya Umi dengan Abi saya . Bukan saya”, tegas .
“Awak , saya nak Tanya , kenapa awak tak cari cinta ?”, pelik je bunyi .
“Malas nak bercinta . Biar cinta tu datang sendiri . Biar lah walaupun saya tak kejar cinta tu . Biar cinta tu yang kejar saya”. Ya , dan sekarang cinta tu datang kejar aku . Dushhh!
Dia tersenyum .
“Sebenarnya saya dah Tanya Umi dengan Abi awak , diorang suruh Tanya tuan punya badan jugak, kalau okay , saya hantar rombongan”, katanya gembira .
“Gimme 3days.. Boleh?”, pinta aku .
Bukan nak menolak , mahupun menerima . Kena juga minta petunjukNya .
“Okay , saya tunggu awak”. Katanya tulus .
Hampir 3 jam juga perjalanan kami . Akhirnya sampai . Selepas sahaja turun dari kereta Swift milik Haseef , aku segera meluru masuk rumah Mama Hilda , ibu kepada Maira . Dia juga merupakan ibu angkat aku .
“Maira , sampai hati tak bagitahu”, aku merempuh masuk bilik pengantin yang dihias cantik .
“Sorry laa , bukan saja taknak bagitahu . Tapi taknak kecoh laa sebab takut bila kecoh tak jadi pula nanti”, terangnya .
“Yelah yelah. Aku maafkan”, kata aku dalam nada gurau .
Maira hari ni kelihatan cantik . Sesuai dengan namanya  Ana Nur Humairah . Dapat pula jejaka SEGAK Muhammad Faris Faridzal .
“Tahniah weh . I’m proud of you la . Kira muda la kau kahwin kan . Hahahaha”, luah aku .
“Eleh , kot kot 2,3 minggu dapat kad dari kau pula kan”, usiknya pula .
“Kau ni . Aper aper jelah”,malas nak layan pengantin baru ni .
“Eh , kau ni datang dengan siapa?”, pelik pula . Tak kan la Aulia ni nak bawa kereta dari Cameron tu sendirian pula . Dia ni dah la penakut .
“Err . Dengan …. Aaa . Dengan Haseef”.kata aku perlahan . Mesti kena bahan punya ni.
Tiba tiba Maira ketawa .
“Amboi , memang akan sampai la kad dalam masa 2-3 minggi ni”, hah , kan dah kata.
“Eh , kau ni kenapa banyak cakap hari ni, duduk diam diam lah . Nak bersanding kejap lagi”, marah aku .
Aku mengiringi Maira keluar dari bilik menuju ke pelamin yang tersengam indah . Bila la aku nak kahwin . Hmm . Cinta tu dah datang . Tapi jawapan tu tarak lagi .
“Awak , nak balik pukul berapa?”, tegur Haseef ketik aku leka berbual dengan Faris dan Maira.
“Ni la dia ye Haseef yang kau cerita tu?”, Faris bersalaman dengan Haseef .
Aku hanya tersenyum .
“Awak cerita apa pasal saya?”, Tanya dia pada aku .
“Dia cerita pasal…..”,belum sempat Maira berkata , aku memotong.
“Mana ada cakap apa . Tipu je pengantin dua orang ni”, sanggah aku . Ish , keji la diorang ni .
“Abang , kita kena doakan Aulia ni cepat kahwin”, amboi , dah tukar panggilan dah . Hahahaahaah .
“Ye la Maira , minta minta tak lama lagi dapat la kad kan”, usik Faris pula.
“Minta minta macam tu la”,Haseef menyampuk .
Dia ni memang la!

Tepat jam 4petang kami bertolak pulang . Keadaan dalam kereta senyap sahaja . Masing masing kepenatan dan tak tahu nak kata apa .
“Saya harap awak terima”, harapan dia .
“Kalau ada jodoh , tak kemana”, jawab aku perlahan .
Suasana kembali sepi .


3hari aku buat solat istikarah . 3hari berturut turut juga aku dapat jawapan yang sama.Aku mimpikan dia . Ya , Wan Aliff Haseef . Mula mula aku ingat bukan . Tapi bila dah 3kali mimpi . Mungkin ni jodoh aku .
Aku melangkah menuruni tangga menuju ke dapur . Tekak haus . Hiah , asyik fikir je pasal ni . Umi pun naik pelik .
Ehemmm . Aku berdehem sedikit . Umi memandang aku .
“Umi , nak Tanya sikit boleh?”, ya Allah , takapa , tebalkan la muka .
“Apa dia Lia , macam penting je”, aku hanya tersenyum .
“Agak penting lah”, huuu , relax relax .
“Kamu kenapa ni Lia?”, Hah , elok la Abi pun ada sekali . Senang .
“Lia nak Tanya , Abang Haseef ada Tanya pasal Lia ke hari tu?”, aku lihat Umi dan Abi tersenyum .
“Lia dah ada jawapan?”, memang ada la ni kan.
“Err, ada”, kata aku tenang .
“Jadi? Macam mana?”,Tanya Abi teruja .
“Aaaa. Lia terima.”, huu , lepas pun.
“Alhamdulillah , umi dengan abi memang berkenan dengan Haseef tu , kerja bagus . Baik orangnya”, amboi Umi , lebih lebih puji ni .
“Amboi Umi , puji Haseef je . Abi jeles kang”, aku usik Abi bagi lindungi perasaan aku . Malu ni malu ni.
“Abi , ambil kan handphone umi .. Nak call Mak Utehnya nak bagitahu pasal ni. Mesti dia gembira sangat”, Abi menghulurkan handphone yang di ambilnya pada Umi .
Umi mendail number Mak Uteh .
Talian bersambung . Dengar gelak tawa Umi . Suka sangat la tu .
Ya Allah , jika dia benar untuk ku , dekatkan dia dengan aku .
Sejak 3 hari lepas , Hasef langsung tidak menelefon aku . Mungkin busy bertugas dekat hospital . Aku pula dah mula kerja dekat Syarikat Maju Berhad . Paling aku tak sangka , mamat yang kacau aku masa aku part time dekat Parkson tu jadi bos aku. Haru hidup weh.
“Aulia , masuk bilik saya”, arah bos aku , Nasrin .
Bunyi yang keluar dari intercom segera aku bergerak kearah biliknya .
Pintu diketuk .
“Ye bos , ada apa yang boleh saya bantu?”, aku kerja sebagai pengurus akaun syarikat .
“Saya nak awak check akaun syarikat . Yang paling latest ni.”,Katanya.
“Oh , baiklah bos”,kata aku segera .
“Hari ni makan dengan saya yeh”, ujarnya sambil tersenyum.
Ceh , ada niat lain rupanya . Err .
“Maaflah bos , saya dah janji dengan kawan saya”, kata aku berhati-hati . Sebenarnya taka da siapa pun . Dengan Ezzy aje .
“Ala , saya ikot sekali boleh , bosan la asyik makan sorang”, katanya pelahan .
“Ikut saya?Maaflah , kawan saya perempuan . Takutnya tak selesa pula”,saja nak sedapkan hati dia .
“Takapalah”, fuhh , minta dia tak muncul jelah .


Di Café Al-Amin.
“Akak , assalamualaikum.”, sapa Ezzy.
“Eh , sampai dah budak ni”, ujar aku .
“Akak , Abang ikut sekali . Kejap lagi dia sampai. Dia singgah kedai jap”, muka aku dah tak keruan dah.
“Kenapa tak bagitahu awal awal?”, aduh . Macam mana aku nak pandang muka dia . Segan aku tak habes lagi .
“Assalamualaikum”, errk ! Suara tu . Haseef sudah tiba.
“Waalaikumsalam”,jawab kami berdua serentak .
Dia duduk bersebelahan dengan Ezzy . Memandang aku .
“Sihat Lia?”, tegurnya.
“Alhamdulillah , sihat. Awak ?”, Ezzy dekat sebelah dah blah kemana tah . Saja je tinggalkan aku berduaan dengan Haseef . Pandai betul budak ni.
“Alhamdulillah sihat jugak”, hampir sebulan jugak tak jumpa dia . Makin …. Segak . Amboi . Pandai dah .
Rancak kami berbual . Tiba-tiba ada seorang yang menyapa .
“Hai Lia , ni kawan awak tu?”, amboi , sindir?
“Hai , saya bakal suami Aulia , awak siapa ye?”,Tanya Haseef tenang sambil berjabat tangan dengan Nasrin yang kelihatan terkejut.
“Laa , bakal suami ke? Saya bos Aulia. So , bila langsung?”, katanya ramah.
“Inshaallah , 2-3 minggu lagi”, kali ni bukan si Nasrin terkejut , dengan aku aku sekali terkejut.
Tula , bila Umi dengan Mak Uteh Tanya bila nak langsung , aku cakap tak kisah bila bila . Semua serah dekat Umi dengan Mak Uteh .
“Lia lupa ke Umi dengan Mama kana da cakap”,Tanya dia.
“Eh , ye ye . Lupa pula. Biasalah . Busy sangatkan”, kata aku sambil tersenyum .
Ezzy disebelah abangnya hanya tertawa. Yang si Nasrin ni terdiam plusplus dah ni.
Hampir setengah jam kami bersama , akhirnya masing masing kembali ke pejabat.
Nasrin sempat menegur aku.
“Saya terlambat”,katanya perlahan.
“Lambat apa bos?”, aih , pelik pula . Apa yang lambatnya pun aku tatau.
“Lambat nak curi hati awak . Tahu tahu dah nak kahwin . Ceh , melepas sudah”, ujarnya sambil tersenyum .
“Err , takada jodoh . Nak buat macam mana kan”, aku tersenyum kelat . Dia ni buat aku tak selesa je bila dengan dia.
“Saya doakan awak bahagia dengan dia. Doakan saya kahwin pula lepas awak ye”, ujarnya  dan ketawa.
“Ye bos. Saya doakan bos”, sungguh sungguh aku berkata.
Dia pun ketawa . Hahaha .
Semoga Allah temukan jodoh buat awak Encik Bos.


Hari yang dinantikan kini tiba . Hati aku berdebar debar . Dalam masa 2jam lagi aku bakal jadi isteri yang sah buat Haseef . Abang saudara aku sendiri . Huishh . Ni la namanya jodoh . Kalau dah serumpun , serumpun jugak . Hari ni jugak tanggungjawab Abi akan jatuh ketangan Haseef .
Pintu bilik pengantin yang dihias cantik terkuak .
Muncul kepala Maira yang sudah mengandung. Makin comel kawan aku ni .
“Hoi pengantin baru . Apa termenung?”,sergahnya.
“Hoi mak budak , perangai tak reti nak baik siket ke? Dah nak jadi mak budak pun perangai macam 5-6 tahun lepas.”,Ujar aku laju.
Kami dua dua tertawa.
“Weh , macam tak percaya pula . Dah nak kahwin dah kau”,kata Maira.
“Ceh , ingat kau sorang je kahwin awal? Aku pun boleh la”, saja nak hilangkan gerun , aku cakap la macam ni .
Umi masuk kedalam bilik .
“Eh mak dara dengan anak dara , jom pergi masjid cepat . Pihak laki dah ada dekat sana dah”, mujur rumah tak berapa nak jauh dengan masjid . 10 minit pun dah sampai .
“Ai ai ma-am”, seru kami berdua.


Aku lihat Haseef segak berbaju melayu putih sedondon dengan aku yang mengenakan jubah putih berserta selendang bidang 60’. Sebelah kanan Abi , kiri pula Pak Uteh . Merangkap papa aku .Dengan berwalikan abi sendiri.
“Aku terima nikahnya Aulia Aleeya Ameela binti Muhammad Affan dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai”, lancar suara Haseef melafaskan akad .
Selesai doa diaminkan.
“Lia , suami datang tu . Hulur tangan , sarung cincin”, tutur  Mama perlahan .
Aku menghulur jari aku , Haseef menyarungkan cincin mas putih yang kami pilih seminggu yang lepas. Aku menyalami tangannya lalu menyarungkan cincin ke jarinya pula . Haseef mengucup dahi aku lembut . Lama pulak tu . Atas arahan jurukamera siapa lagi kalau bukan Ezzy .
“Thanks sebab tunggu saya”, ujarnya.
Menitis air mata aku . Terharu beb! . Selesai sahaja majlis akad nikah , berlangsung pula majlis persandingan . Kami hanya buat kecil kecilan . Aku dan Haseef sendiri yang mahu begitu .

Alhamdulillah , semuanya berjalan dengan lancar . Maira dan Faris sudah pulang . Adam dan Melia juga ada tadi. Kecil sungguh dunia bila dapat tahu Melia tu junior suami aku . Huish , tadi pandang pun macam tak puas hati je. Adam tak lekang dengan senyuman dia . Dia memang cool dari zaman sekolah lagi .
Aku melabuhkan punggung keatas katil yang tersedia . Badan penat . Lekas aku masuk ke dalam tandas untuk membersihkan badan dan untuk solat isya’.
Hampir 15minit aku bersiap . Selepas solat isya Haseef sudah masuk kedalam bilik kami. Lain macam je bunyi bila sebut macam tu . Rasa janggal tiba tiba bila tidak bertudung di hadapan dia . Dia memandang aku . Main tenung tenung pula . Aku menegurnya.
“Awak pergilah mandi dan solat dulu”, dia hanya menganguk dan beredar membersihkan badan.
Aku setia menunggunya . Selepas setengah jam baru selesai segala apa yang dia buat. Dia duduk dibirai katil .
“Awak , ehem!. Nak Tanya sikit boleh?”, dia ni dari tadi diam . Aku pulak yang mula kan perbualan ni.
“Ye sayang . Kenapa?”, tanyanya lembut. Saja nak luruhkan jantung aku la tu.
“Naa , surat yang awak bagi dulu . Hmm , apa maksud awak ye yang saya orang yang kedua bertapak dekat hati awak?”, aku mesti tahu benda ni . Kang jeles lama lama susah.
Dia ketawa.
“Sayang cemburu ye”, serkap jarang betul dia ni.
“Cepat la . Nak tahu”, sanggah aku .
“Sayang dengar ni”, dia menghampiri aku yang duduk di birai katil lalu memeluk pinggang aku .
Aku sudah tak keruan. Dia bersuara .
“Walaupun awak bukan cinta pertama saya , tapi awaklah cinta terakhir saya. Dan kalau saya berjaya didik awak menjadi isteri yang solehah , awaklah ketua bidadari di Syurga kelak”,Katanya penuh romantic.
Aku memandangnya . Aku mengengam tangan dia .
“Boleh saya panggil awak abang?”,malu pula nak cakap.
Dia tersenyum .
“Kalau sayang tak minta izin pun , abang memang akan suruh pun. Rindu nak dengar panggilan tu”, ujar dia gembira .
Ya Allah semoga cinta ini milik kami buat selamanya.
Malam pertama yang bawa banyak sejarah . Alhamdulillah .



p/s: Hoyah . Ini cerpen kedua . Huaa , cano? Best ke? Ingat nak panjangkan lagi . Tapi tak larat pula nak taip . Moga terhibur . Sila tinggal jejak okay? Muah muah :*

6 comments:

  1. sambung yaa!!!!!! grrr~~~suwit, tp cept sangt... x puas baca!!!!


    p/s: saje je tgl jejak, padahal boleh je cakap direct kat kau... hahahahah

    double thumbs up che ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aww aww. takpa takapa . nanti aku sambunggg . huahuahua . cepat sgt kan? nnti lepas kahwin aku buat lagi suwittt

      Delete
    2. haruslah ambung yg lepas kawen tu.. yg lain2 aku tamau... hahahahahah dtg gilo aku dah ha.....

      Delete
    3. Ahaksss. Memang part tu kau tunggu kn

      Delete
  2. sambung sambung sambung!! hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. chill doluuu . Hahaha . busyyy gila sekarang ni

      Delete