Hampir 3 bulan pernikahan aku dengan Haseef , suami tercinta
. Alhamdulillah , ni la bila orang kata bercinta lepas kahwin . Sumpah aku kata
rasa yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata . Bayangkan saja baru kena tinggal
, dah mula rindu . Haish , tak ke sweet tu?
“Sayangg , bangun la. Subuh ni,” Lia ni memang la , dah 3
bulan kahwin , kena kejut je suruh bangun subuh.
“Ye abang , bangun la ni,” mamai je bunyi yang keluar dari
bibir isteri tersayang Haseef ni .
“Ke nak abang angkat awak masuk bilik air?” Aulia yang syok
memejamkan mata , terus terbuka matanya . Hilang mengantuk jika diusik macam tu
.
“Takapalah , boleh jalan lagi ni,” kata aku sambil menapak
ke bilik air .
Satu kucupan di dahi dihadiahkan oleh suami aku . ‘Amboi
ambil kesempatan ye bila aku tengah mamai mamai ni . Eh , suami sendiri ambil
kesempatan tak ape kot aku rasa.’ Aulia tersenyum sendiri.
Usai berwudhuk aku terus menyarung telekung yang aku sangkut
di dalam almari lalu menapak kearah Haseef yang menunggu aku . Ya , dialah imam
aku sekarang . Imam dalam solat , imam dalam rumah , dan inshaallah imam dunia
dan akhirat aku . Bukan setakat imam , dia juga kawan yang sentiasa ada setiap
susah dan senang aku . Juga kekasih yang sangat setia menjaga aku . Paling
penting , dia lah Encik Abang Sayang aku .
Hari ni hari Sabtu . Cuti . Sejak berpindah masuk ke rumah
baru di Shah Alam ni , sungguh la aku tak ada kawan sangat . Memang la peramah
, tapi jiran dekat sini macam 24/7 kerja je macam Haseef . Docter lah katakan ,
memang busy laa . Aku berpindah tempat kerja sejak tinggal di Shah Alam ni .
Mujur saja Encik Nasrin mahu lepaskan aku pada cawangan di Shah Alam , katanya
aku bagus bekerja . Aku staf yang baik . Eleh , tahu laa nak buli aku dekat
tempat kerja . Dah takada kerja lain lah tu . Ezzy , adik ipar aku kini kerja
sambilan dengan Nasrin .Setiap kali hujung minggu , pasti dia akan call aku dan
cerita tentang bosnya yang sering jadikan dia mangsa buli . Encik Nasrin sangat
kejam eyy .
“Sayang , termenung apa tu?” aku yang berdiri di berada
terkejut dengan suara yang menyapa .
“Abang memang nak Lia mati cepat ke? Suka tau buat orang
terkejut,” marah aku dalam nada gurau . Mana boleh nak marah serius . Laki aku
ni tak pro sangat dalam bab pujuk memujuk . Tapi kalau sekali pujuk . Aku cair
terus .
Terdengar tawanya meletus .
“Alala , sorry okay princess . Abang tak sengaja , tengok
awak khusyuk benar tenung bukit bukit macam nak timbus je,” rumah kami terletak
berhampiran dengan bukit yang penuh dengan kehijauan . Dua dua suka suasana
yang mendamaikan . Tu pilih kawasan macam ni.
Aku memandang dia .
“Abang , kita pergi jenjalan nak? Bosan la duduk rumah cuti cuti ni. Abang tu dah la busy semendang,” perli aku .
“Sayang nak pergi mana? Jangan jauh jauh sangat sudah la,”
katanya . Yey !Lampu hijau.
“Hmm , pergi PD nak?” ujar aku teruja .
“PD ? Buat apa? Nak mandi kee? Alaa , lain laa,” bantahnya .
“PD juga PD juga . Orang tak pernah jejak sana pun tau.
bOleh eh , boleh eh?” pujuk ku .
“Yelah . Pergi siap cepat,”arahnya .
“Yeay! Thanks abang,” sebelum kaki melangkah , aku hadiahkan
satu kucupan di pipinya .
Haseef menarik lengan ku .
“Abang cakap boleh baru nak kiss abang ye ?” matanya yang
galak itu memandang aku . Aku hanya tertawa .
“Dah dah , nak pergi siap ni . Abang pun cepat tauuuuuu,”
aku pula mengarahnya .
Dia melepaskan aku untuk aku pergi bersiap . Dia juga
begitu.
***
Perjalanan dari Shah Alam ke PD takadalah lama mana . Sebab
dalam kereta dok sembang tak hengat . Karang kalau aku tidur , kesian dekat
laki aku ni bosan bawak kereta sebab takada teman nak sembang . Itu la Haseef .
Encik docter memang begitu gamaknya .
“Abang , kita duduk mana ni? Hotel eh?” saja Tanya . Padahal
terang tang tang la hotel .
“Awak nak duduk dalam kereta ke? Abang ok je,” ceit! Aku
pulak yang kena .
“Amboi,” kata ku sambil tersengih .
Kami berjalan seiringan memasuki hotel yang sederhana mewah
. Aku pun bukan kesah sangat mewah ke tidak . Yang penting selesa sudah lah .
Selesai membuat pendaftaran dan pembayaran , kunci pun dah
dapat . Maka , apa lagi , bergerak ke bilik lah kan . Nak kata perjalanan jauh
semendang . Takada lah sangat . Tapi apsal laa penat sangat ni . Badan aku pun
macam lemau semacam . Pening woo .
Haseef berjalan menghampiri aku. Haih , buat senyum pelik tu
pahal pakcik oi?
“Lia , jum turun,” ajaknya .
“Nak kemana bang?” hairan pulak . Nak dekat magrib ni juga
dia ajak aku keluar .
“Pergi tengok matahari terbenam,”senyumnya .
Aku bingkas bangun . Eh , teruja pulak.
“Amboi , ni lebih teruja dari abang ni,” usiknya.
Ngee…Aku mana penah tengok matahari terbenam . Aku yang
terbenam selalu lah.
“Orang tak penah tengok matahari terbenam . Macam nilah
terujanya,”sengih aku lebar.
“Orang? Orang utan ekh?”okay dia dah mula mengusik .
Pantas tangan aku mencubit pipi dia yang tak berapa nak gebu
. Aku punya pipi makin gebu tau sejak kebelakangan ni . Yela , asyik makan
macam macam je .
Dia tertawa. Kami bahagia. Langkah diatur ke pantai . Jam
menunjukkan 6.45petang.
Saat yang dinantikan kini tiba . Subhanaallah . Cantik
sungguh. Hari ni merupakan hari yang tak akan aku lupakan. Lepas tengok
matahari terbenam . Kami beredar pulang ke hotel .
Malam ni kami Cuma duduk di bilik dan berehat . Aku pula tak
sihat . Memang spoil betul lah kan . Muntah muntah lagi . Haseef tengok aku pun
dia tayang muka ‘takpe-tak sihat tu’.
Ish! Dah la aku ye ye ajak dia pergi PD . Then aku pula yang
tak sihat . Nasib badan .
“Sayang , ok tak ni? Risau pulak abang tengok awak ni,”nada
kerisauannya terserlah.
“Lia okay je ni bang . Salah makan je ni kot,” usai je aku
berkata . Terus aku berlaki menuju ke tandas . Bweeekkk . Muntah lagi . Kali ni
masuk kali ke 4 aku muntah . Badan pun dah penat asyik keluarkan isi perut ni .
Naik lemau tahap layu dah ni .
Lepas je selesai memuntahkan segala . Aku baring. Dalam hati
cuba ingat tarikh terakhir aku period.
‘Eish , macam lambat dah ni periodnya…tak kan lah’, aku
tersenyum sendiri . Kalau ya , rezeki sangat dah ni . Makin bahagia la aku .
“Abangg,” panggil aku lembut.
“Ye. Kenapa ni?” dia duduk berhampiran dengan aku . Elelele
, caring nyaaaa awakkkk!
“Urrmm , peningg lah . Esok kita balik boleh?” sorry la
Encik Abang . Saya ada benda lebih penting untuk kita ni.
“Hmm , tak sihat ke ni?” aih , docter pun boleh Tanya soklan
macam ni ekh?
“Laa , abang yang docter pun tak tatau ke isteri sendiri tak
sihat?” haha . Dia tergelak .
“Yelah yelah . Esok pagi kita balik ye. Sampai rumah , awak
rehat je ok?” tengok tu . Baru aku kata aku pening . Belum demam ke darah
tinggi lagi ni . Amboii .
“Kalau Lia rehat , rumah tu macam mana? Macam puting beliung
melanda lah jawabnya bang,” perli aku padanya .
“Eh , mengata abang ek?,” dia pandang aku .
“Tak laa . Mengutuk depan depan jee,” gurau ku .
“Amboiii,” nadanya digarangkan.
“Alalala ,abang abang . Ampun ampun. Orang gurau jelah,”kang
dicop murka . Tak cium syurga aku weh.
Hahaha . Sakan dia gelakkan aku . Aku pun tertawa lucu .
Macam ni baru best berumah tangga. Ada mesranya . Kan?
***
Pagi ni kami akan berangkat pulang . Kesian abang . Sudah la
tengah cuti , aku ajak kesini tapi tak sempat buat apa apa aktiviti .
Dalam perjalanan pulang , aku berpesan pada dia untuk
berhenti di farmasi yang berdekatan dengan rumah kami . Nak beli ubat batuk .
Alasan je sebenarnya tu .
“Sayang , nak abang belikan ke ?” tawarnya .
“Eh , tak pe . Lia beli sendiri ok. Jap tau,” hush kalau dia
belikan . Tak jadi la plan aku .
5 minit aku di farmasi .
Alat untuk ujian kehamilan aku simpan dalam tas tangan .
Ubat batuk yang ku beli aku biarkan di tangan . Baru nampak real kan .
Haseef menunggu aku di dalam kereta . Dia senyum melihat
kelibat ku . Aku pun membalas senyumannya . Eceewah . Buat drama kejap . Suami
aku memang murah dengan senyuman . Tahu la ada lesung pipit kan . Jangan buat
aku jeles ! Aku membuka pintu kereta . Dia memandang aku .
“Apa pandang pandang?”soal aku .
“Eleh , pandang isteri sendiri pun salah ke?” dia jawab
dengan pertanyaan juga.
“Tak kata salah pun,” saja gurau dengan dia .
“Elele , pandai dah main usik usik ye? Sejak bila? Mana
ubatnya?” tuan doctor mula bukak bicara . Macam ni lah jadinya .
“Ada dalam ni,” sambil menayang beg plastic farmasi yang
dibeli .
“Oh , ubat batuk je,”katanya perlahan. Dan pregnancy test sambung aku dalam hati .
Kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah . Sungguh penat
badan . Rasanya macam nak tidur terus jee ni .
Sampai rumah tepat jam 2 petang . Aku terus masuk ke rumah .
Tidak tahan lagi muntah yang nak keluar yang aku tahan dari dalam kereta tadi .
Tu la , tunjuk kuat konon .
Buweeeeeeekkk!
Tanpa toleh kiri kanan , aku terus muntah dekat sinki dapur
. Huissshh . Pelat gila rasa tekak aku . Haseef
lekas mengurut belakang leher aku . Dia memang penyayang .
“Sayangg , awak okey tak ni? Risau pulak saya dengan awak
ni,” tahu cuak . Takkan tuan docter tak boleh rasa yang aku ni mengandung ke
tak ekk . Terfikir tetiba .
“I’m okay la abang,” jawab aku sambil senyum .
Aku melangkah masuk dalam toilet . Ini la masanya .
Haseef mengekori aku . “Eh , nak kemana ni bang?” dia nak
masuk jugak ?.
“Nak ikut awak lah,”sengihnya .
“Eish , pergi sana . Ada kee masuk sekali . Shusshh
shussshh,” boleh pulak nak ikut aku . Ketuk karang.
Dia ketawa terkekeh kekeh . Suka sangat mengacau aku .
Selang 5minit . Aku masih dalam tandas lagi . Pregnancy test
ditangan aku tengok dengan mata yang terbuka sebelah. Ye , aku mengharapkan ia
positif la kan . Wanita mana taknak jadi mama kan?
Wohooooo ! Itu first time bila aku benda alah tu . Errrr .
POSITIF! Alhamdulillah .
Emm , aku tengah fikir . Macam mana nak bagitahu berita
gembira ni dekat encik abang sayang . Uhuuuu , ahah! Komplot dengan mama dengan
umi lah .
Aku berjalan keluar dari toilet . Relax . Buat macam takada
apa jadi . Kang Haseef syak apa apa pulak kan . Aku memasuki bilik . Mengambil
telefon . Mendail number Umi .
“Assalamualaikum Umi,”setelah talian disambungkan .
“Waalaikumsalam Lia , Ya Allah rindunya umi pada Lia . Lia
sihat ?”ujar Umi teruja .Husssh , ni baru aku call . Kalau aku kata ‘umi bakal
jadi opah’ agaknya melompat terus umi aku ni .
“Alhamdulillah sihat . Umi , esok kami nak datang rumah .
Boleh ? Ajak Mama sekali . Sebab Haseef cuti , lagipun kami dah lama tak datang
rumah kan,” oh mama tolong cakap OK.
“Ha , bagus la tu . Esok Kak Ezry kamu dengan laki dia pun
nak datang jugak,”cantik sangat dah tu .
“Ezzy ada tak Umi?”lama tak jumpa budak tu . Rindu dah .
“Mesti la ada , kalau dia tahu kamu nak datang , lagi suka
dia,” kata Umi sambil gelak .
Yee , Ezzy sangat rapat dengan aku . Perbualan kami berakhir
setelah Umi minta diri untuk menemani abah aku ke Taman untuk beriadah .
Aku berjalan kearah Haseef .
“Abangg , esok free tak?”jangan aku kena marah sebab banyak
songeh sudah .
Dia menoleh kearah aku .
“Free je , kenapa ? Nak pergi mana mana kee?” katanya .
“Aaaaa, balik Ipoh jum!,” kata ku .
“Ipoh? Esok? Lia larat ke?Tadi pun muntah muntah,”risau je
bunyi dia ni .
“Sihat laaa , larat laa. Lama tak jumpa Mama dengan Umi .
Tadi Lia dah call , Umi kata ok sebab Kak Ezry pun datang . Ezzy pun ada sekali
. Boleh bang,” panjang lebar aku jelaskan.
“Laaa , diorang pun ada . Kalau macam tu. Jom!,” Haseef
menarik lengan aku .
“Eh eh , nak pergi mana?”hairan pulak aku .
“Kata nak balik Ipoh kan , packing barang cepat,” ujarnya .
“Eh , tapikan Abang tu esok last cuti , nak packing
apanya?Kita balik hari jelah,” dia ni mimpi keapa?
“Eh , lupa nak bagitahu . Tapi masa Lia dekat dalam tandas ,
dapat call dari Hospital , dorang bagi cuti . Yeah! Dapat cuti lebih,” amboi
gembiranya . Aku memang ada baki cuti lagi . So….
“Nak stay sana berapa lama ni bang? Dan , abang dapat cuti
berapa hari lagi?”Tanya aku.
“Ada la dalam seminggu,” dia tersenyum . Aku tercenggang.
Lama gila .
“Sayang mintak cuti seminggu boleh?” ni nak bodek aku la ni
.
“Alaaa , kang boss bising laaa,” malas nak bertikam lidah
dengan En Fizi tu .
“Meh abang yang mintakkan,”dia mengambil handphone aku
lantas mendail number En.Fizi.
“Assalamualaikum En Fizi , saya suami Aulia . Mmm , boleh
tak kalau isteri saya tak pergi kerja untuk seminggu?”katanya lancar . Eii ,
laki aku ni suka suki dia je .
“Abanggg …,”aku disebelah dah macam kucing hilang anak .
Kang laki aku kena maki kang . Kesian.
“Mmm , thankyou Encik Fizi,”talian dimatikan . Dia tersenyum.
“Yeayy! Seminggu abang Lia teman! Ni syok ni,”aku terpingga
pingga . Eh , lembut pulak hati boss aku tu .
“Lepas ek cuti Lia bang?”lagi mahu Tanya . Sah sah la lepas.
“Ish , mestilah . Tengok la siapa yang cakap kan,”eh bangga
pulak.
Kami tertawa . Tangan aku melipat baju baju yang ada . Malam
ni kami bertolak ke Ipoh . Buat kejutan untuk Umi dan Abah . Dalam hati aku
penuh rasa debarannya . Nak bagitahu dekat satu family ni . But , aku tak check
dekat docter lagi . Tapi takpelah . Suami aku sendiri docterkan . Hihihihihi .
***
Shah Alam – Ipoh makan masa agak lama jugak . Malam pulak
kami bertolak , mesti la kena drive hati hati kan . Disebabkan badan aku agak
keletihan , aku mengambil keputusan untuk tidur sahaja sepanjang perjalanan .
Untung Haseef faham dengan keadaan aku . Dia pun takada banyak tanya . Dia nak
aku rehat . Huu , ni dia belum tahu aku mengandung ni . Kang satu kerja pun dia
tak bagi aku buat . Haru la macam tu . Boleh pengsan sebab kebosanan aku macam
ni .
“Lia , bangun . Sampai dah ni,” Haseef mengejutkan aku .
“Err , sampai dah?” mata aku terpisat pisat . Huaaa ,
akhirnyaa .
“Dah jom keluar . Beg baju tu , esok je abang angkatkan .
Sayang tu pun penat sangat nampaknya,” dia menarik aku keluar dan berjalan
beriringan dengan aku memasuki rumah banglo sederhana milik keluarga aku .
Aku hanya mengatur langkah . Sampai saja depan pintu pagar ,
Haseef menekan loceng . Agaknya , umi dengan Abi dah tidur ke ek?.
Terdengan pintu rumah dibuka . Nasib abi belum tidur .
“Assalamualaikum Abi,” Haseef menyapa Abi , aku menghulurkan
tangan untuk bersalaman dengan abah . Rindunyaaaaaa!
“Waalaikumsalam , umi kata kamu balik pagi esok , ni kenapa
malam malam dah ada dekat sini?”sungguh ketara kepelikan yang abah hadapi .
“Ni abang ni bah , tak sabar nak balik sangat,”aku menjeling
manja kearah Haseef . Dia tersengih lagi .
“Alaaa Abi, Haseef lama tak jumpa umi , abi , mama dengan
papa. Rindu niiii,” dia kalau dengan Abi memang manja amat! Sampai aku ni di
pinggirkan . Eh eh , sensitive pulak.
Abah tertawa melihat gelagat suami ku yang mengalahkan budak
kecil. Aku pun tak macam tu tau.
“Abi , umi dah tidur ke?”mata aku melilau melihat kelibat
umi . Mana umi ni.
“Umi kamu dah tidur dah . Penat sangat dia siang tadi duk
pergi beli macam macam sebab kauorang nak datang esok,”oh patutlah . Ni boleh
buat surprise ni dekat Umi .
“Abi jangan bagitahu umi yek kami dah sampai . Nak buat kejutan
dekat Umi. Tau tau tauu,”pujuk aku pada Abi . Haseef hanya menggelengkan
kepalanya melihat teletah aku .
Abi hanya menggangguk . “Eh , moh ler masuk . Buat ahli
mesyuarat pintu pulak malam malam ni,”bisik
Abi pada kami . Takut Umi terjaga lah tu kan .
Aku dan Haseef bergerak memasuki bilik lama aku . Sederhana
besar , cukup la untuk kami berdua menginap beberapa hari ni . Aku memandang
Haseef .
“Abang…,”panggil aku perlahan .
“Iyeeess?”katanya sambil tangan menutup dahi.
“Penat?Kesian abang . Lia sedap sedap tidur , abang drive
sensorang,”serba salah pulak tengok muka laki aku ni .
“Boleh tahan,” aih , sepatah je jawab.
“Takapelah . Tidur ok . Rehat,” kata aku . Kesian ni .
“Sayang…,”aku memandang dia .
“Iyaaaa?”hairan pulak . Masuk mode romentik versi meremang
bulu roma malam malam ni.
“Jom la tidur . Hehehe , awak kan bantal peluk abang . Awak
takada , mana boleh abang nak tidur,”sengihnya .
Dia ni memang la . Spoil betul . Tahu la sejak aku makin
chubby ni , aku dah jadi anak patung a.k.a bantal peluk dia . Esok , siaplah .
Memang aku buat dia terkujat terang tang tang. Aku tertawa jahat .
***
“Assalamualaikum Umi,” aku menghampiri Umi lalu memeluknya .
Dari reaksi Umi, aku tahu umi terkejut .
“Waalaikumsalam . Ya Allah anak umi . Bila sampai ni? Senyap
senyap je,”nada tidak puas hati disitu .
“Malam tadi sampai,”muka umi , amboii , terkejut sangat tu .
Tangannya mencubit lengan aku . Cubit manja .
“Heyy , ni mesti dah rasuah Abi jangan kasi tau Umi kan,”
umi ni memang terer bab bab meneka ni.
“Hehehe , memang pun . Semalam pun sampai dah lewat malam .
Tak kan nak kejut umi pulak kan . So , surprise!”kedengaran gelak tawa umi .
“Umi umi , kak Ezry dengan yang lain datang bila?”tak sabar
nak tunggu diorang.
“Diorang ontheway . Katanya nak sarapan dekat sini .
Semangat sungguh diorang tu,” amboih . Lagi tak sabar deme tu.
“Atenyaa Haseef man…,”belum sempat Umi menghabiskan katanya
, kedengaran hon kereta diluar rumah .
Dah sampai dah kut mereka mereka tu .
Aku bergegas memakai tudung lalu menapak ke halaman rumah .
Haseef sudah berdiri tegak disitu bersama sama Abi dan Umi .
Aku lihat kelibat Ezzy . Ezzy meluru kearah aku . Sungguh
budak ni dah besar panjang dah .
“Akaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkk!”Ya Allah , dek telinga kakakmu
ini nak pakai lama tau takkk!
“Huish , eh kamu ni Ezzy , dah boleh jadi bini orang pun
perangai macam budak budak,” kak Ezry yang datang menghampiri kami membebel
memarahi Ezzy .
Aku menghampiri Kak Ezry , menyalami tangannya . Di
pangkuannya ada seorang baby lelaki . Comel . Mesti ni Fawwaz kan . Aku
mengambil dia dari pangkuan Ibunya . Comel sungguh . Ini anak kedua kak Ezry .
Anak pertamannya sudah berumur 5tahun .
Yang si kecil ni berumur setahun.
“Abang Azli mana?”tak Nampak pulak suami kak Ezry ni.
“Abang Azli kamu dekat luar kut dengan Haseef , Ayah Affan
dengan Papa,”kata Kak Ezry lancar.
Oh….
“Ezzy , macam mana kerja dengan Encik Nasrin?Okay,”saja
bertanya tentang kerja . Rindu pula office dekat sini.
“Alhamdulillah okay
aje. Encik Nasrin tu ajeeee,”keluhnya.
“Amboiii , kenapanya?”Tanya aku . Macam ada something
je ni.
“Alaaaa. Diaa tuu….,”pantas kak Ezry memotong.
“Bila boss suka pekerja sendiri . Biasalah tu . Kacau kacau
sebab sayang,”usik kak Ezry .
Aku disebelah membuntang mata. Aihh! Encik Nasrin suka Ezzy.
Ehemehem! Ada bau minyak nih.
“Amboi , kejap lagi kan . Ada kenduri lagi la
jawabnyaaaaaaa,”ujar aku riang.
Kami tertawa sama sama. Ezzy disebelah hanya diam termalu.
Dia sendiri tak cakap apa. Kami pandai pandai buat andaian sendiri. Mama
menghampiri kami.
“Lia , Ezzy , Ezry , jom makan cepat . Yang lain dah tunggu
tu,”tulah , rancak sangat berborak sampai lupa tak makan lagi . Kesian baby aku
ni. Aku tergelak sendiri.
“Eh Lia, kenapa gelak sensorang ni?”Haseef menegur . Eh tak
perasan pulak dia ada dekat sini.
“Eh takada apa abang . Jom makan,”its time . Kena bagi tahu
ni .
Kamu berdua menghampiri meja makan. Aku dan Haseef mengambil
tempat bersebelahan.
“Amboii pengantin baru yang tak berapa nak baru ni kerja berkepit
je kan,”usik Ezzy. Budak ni laaa . Suka sangat menyakat aku.
Seisi rumah tertawa . Muka aku dah merah . Malu la wey!
Aku mengambil pinggan . Mengisi bihun goreng yang Umi masak.
Kuantitinya aku ambil lebih. Entah memang suka makan banyak sejak dua menjak
ni. Umi dan mama melihat aku .
“Lia , banyaknya makan,”pelik je bunyi.
“Alaaa ma , menantu mama ni sejak kawin makan tu memang
banyak amat,”Haseef menjawab bagi pihak aku,.
“Eleh, Lia makan untuk dua orang la Ma,” errr. Perasan ke
tak ey dorang ni?
Ehhh… Aku angkat pandangan. Semua mata tertumpu kearah aku.
“Errrrkkk! Semalam baru check. Positif,”ujar aku lancar.
“Betul ke ni?”Umi bertanya.
“Sayang,kenapa tak bagitahu?”nada tak puas hati disitu.
“Heheheheheh, saja nak bagitahu serentak . Tu yang orang
tetiba nak balik tu,”jangan le marah.
Serentak semua mata yang ada dimeja tergelak dan mengucapkan
tahniah . Haseef disebelah hanya mendiamkan diri . Marahkah dia? Uhhh , lepas
habis makan kena mintak maaflah ni.
Usai bersarapan . Kak
Ezry dan Ezzy bergerak bersama umi dan mama ke ruang tamu . Manakala aku masih
ada hutang dengan suamiku yang terchenta ini . Hoilaa , takmau la tarik muka
masam awak tu encik hubby.
Leka je aku tengok Abang Azli berborak dengan Haseef . Eh!
Haseef ni tak Nampak ke aku tengah tunggu dia ni? Hurrr. Marah lah tu .
Aku mengatur langkah keatas . Masuk bilik. Rehat. Tiba tiba
rasa pening pula. Jangan muntah lagi dah la .
Terdengar pintu bilik dibuka. Haseef . Siapa lagi kan nak
masuk bilik time time macam ni.
Dia duduk di birai katil. ‘Nak tegur dulu ke tak’,aku berkata
pada diri sendiri .
“Err, Abang. Sorry,”sungguh la aku rasa bersalah . Bukannya
sengaja . Nak buat kejutan.
“Hurmmm ! Lain kali bagitahu abang dulu . I’m your hubby
kan?”lagi la berbakul bakul rasa
bersalah tu datang.
“Lia nak buat kejutan dekat korang . Sorry la buat abang
rasa tersinggung pula,”sumpah nak nanges . Kang dia kecik hati . Bau syurga pun
aku tak hidu.
Haseef tertawa . Aku mula la pelik .
“Orang minta maaf , dia ketawa pula,”sensetif sebab hormon
bawak budak punya pasal lah ni.
“Alalala , sayanggg abang ni. Abang mana ada marah lah. Saja
buat drama. Kalau sayang boleh buat . Takkan abang tak boleh pulak kan,”laju
tangan aku mencubit pehanya . Eiii saja jee dia ni.
“Eh, jangan gurau sangat. Orang mengandung ni sensetif tahu?
Knang nanti ada yang jenuh nak pujuk orang,”perli aku pula.
“Okay okay,abang tak gurau dah okay.Jangan merajuk.”tahu
takut.
Kami bersiap untuk ke klinik. Tak menyempat yempat betul.
Di Klinik..
“Tahniah Puan.Cahaya mata pertama ye?”Tanya Dr.Sherry.
“Yep!”Jawap kami serentak.
“By the way,kandungan Puan baru mencecah 6minggu. Jadi saya
nasihatkan untuk Puan berhati hatilah ye. Kandungan masih awal.”Aku yang
mendengar hanya menganguk.
“Takpe Dokter,suami saya ni pun dokter jugak. Pepandailah
dia jaga saya.”Haseef tertawa.
“Eh, Encik Haseef dokter ke?Hospital mana ye?”,Macam pernah
jumpa je.
“Yes. Dekat HKL,”Jawab Haseef. Aku hanya diam.
“Lah.Kenal saya lagi tak? Junior awak?”Err.
‘Terus tukar panggilan?’Aku berkata sendiri dalam diri.
“Eh,yeke?Sherry?Sherry Izmin?”Haseef berkata seperti tidak
percaya. Tidak menduga yang dia boleh bertemu dengan juniornya barangkali.
“Yes!Awak ingat saya lagi,”Aku ni dah macam patung cendana
dah dekat sini.
“Mestilah.Antara junior yang rapat dengan saya kan,”Gulp!
Rapat? Rapat sangatkah?
“Eh,sampai hati tak bagitahu saya yang awak dah
kahwinkan?Tahu tahu dah nak ada baby dah pun,”Sherry berkata.
“Sorrylah. Lepas balik haritu tak contact junior memana pun.
Yang tahu saya kahwin pun kawan kawan rapat aje,”Haseef ni buta ke aku dekat
sini? Tengok emo dah.
“Ehem,”aku memandang sekeliling.
“Eh,sorry puan. Seronok sangat jumpa dengan Haseef balik. By
the way, puan kena selalu buat check-up.”Aku hanya mengangguk. Nak balik!
Kami berdiri. Aku bersalam dan meminta diri untuk keluar.
Haseef berborak sebentar bersama Sherry di luar. Selesai sahaja mengambil
ubat,aku memandang kearah mereka. Aku lihat Sherry memandang wajah Haseef tanpa
berkelip. Haih! Lain macam dah ni.
“Abang,jom,”Aku perasan riak wajah Sherry berubah. Kesah
pulak aku? Laki aku suka hati akulah!
“Okaylah Sherry saya pergi dulu. Ada masa jumpa lagi,”Haseef
meminta diri.
“Awak,nak number fon boleh?Senang sikit nak contact,”Haseef
memandang aku. Aku buat taktahu.
Haseef menyebut numbernya. Aku hanya meneliti apa yang dia
beri.Sherry tersenyum gembira.Aku mula melangkah ke kereta. Panas hati aku.
“Sayang, kenapa laju sangat ni?”Aku menoleh kearah Haseef
yang berlari anak mengikuti jejak langkah aku yang pantas dari biasa.
“Takada apa. Jom balik. Tak sabar nak bagitahu diorang
semua,”Kata aku sambil membuka pintu kereta. Haseef melihat aku pelik.
‘Marah ke dia? Cemburu?’Haseef berkata sendiri.
“Assalamualaikum,”aku melangkah laju memasuki pintu rumah.
“Waalaikumsalam,Lia.Macam mana?”Laju je mama Tanya.
“Alhamdulillah.Positif.”Ujar aku gembira. Walaupun hati ni
macam apetah. Bukannya tak suka mengandung. Tapi sebab Sherry tu. Urgh! Aulia
sila jaga cemburu kau jangan sampai jadi cemburu buta.
“Mama,tahu siapa yang Haseef jumpa tadi?”Eh jangan kata Mama
pun kenal Sherry.
“Siapanya?”Haseef tersenyum.
“Sherry Izmin.”Mama kelihatan terkejut.
“Sherry junior kamu yang dekat German tu?”okay memang mama
kenal.
“Yes!”Mama bersenyum.
“Tak sangka kamu bertembung lagi dengan orang yang pernah
kamu suka kan?”Haseef berubah riak. Aku? Aku rasa kalau toreh muka aku masa ni
dah tak da darah dah ni.
Aku melangkah ke ruang dapur. Minum air. Perit rasanya.
“Ma,kenapa mama cakap macam tu?”Haseef menegur mamanya.
“Lah, dah kenapa?Memang betul kan?”Mama ni memang tak faham
betul lah.
Aulia menatang dulang yang berisi dua cawan. Untuk mama dan
Haseef.
“Ma,Abang,Lia naik bilik dulu eh,”tak tahan aku nak dengar
apa yang keluar dari mulut dua beranak ni.
Haseef menahan aku dari pergi. Aku menarik tangan aku tanpa
menoleh kearahnya.
“Please. Lia nak naik. Penat,”Mama pelik melihat kelakuan
aku.
“Ok lah,”Haseef melepaskan pergelangan tangan aku.
“Lia kenapa Seef?”Mama bertanya.
“Dia,tak da apa. Penat rasanya.”Haseef serba salah.
Mereka sambung bercerita. Tentang Sherry. Sampai keatas
dengar. Syok betul.
“Akak!”Ezzy menegur.
“Eh,yess?”nak korek rahsia lah.
“Akak okay ke ni?Macam pucat je muka ni?”Ezzy ni memang prihatin betul.
“Sherry tu siapa dik?”Ezzy terkedu.
‘Macam mana kak Lia boleh tahu ni?’Ezzy berkata dalam
hatinya.
“Er, mana akak kenal?”Nampaknya Ezzy pun kenal Sherry Izmin
tu.
“Dia yang rawat akak dekat klinik tadi. So, tertahu la kat
situ. Dia ada apa apa dengan Abang Haseef awak tu?”tolong la cakap.
“Erm.Diorang pernah couple.Masa dulu lah. Sebelum abang
jumpa akak. Ala,cerita lama,”Uh?Pernah couple. Gi-la. Ingatkan junior-senior
je. Patutlah.
“Ok then,”Aku tersenyum.
“Ezzy bila masuk Uni balik?Cuti dah nak habis dah
kan?”Sambung aku.
“Oh, minggu depan masuk lah. This week duduk sini je kut.
Boleh teman akak,”Ujarnya gembira. Mujurlah ada dia. Niat aku nak korek rahsia.
Sampai situ jelah. Malas nak Tanya panjang panjang. Kata benda lampau kan. Dah
tak da apa la tu.
Kami berborak sampai tak perasan yang waktu nak masuk magrib
dah.
Aku memasuki bilik. Haseef sudah pun ada di birai katil.
“Sakannya borak dengan Ezzy.”Aku memandangnya.
“Abang pun sakan borak dengan Mama kan,”bukan nak perli.Tapi
memang betul pun.
“Lia ni kenapa?Dari balik klinik lagi macam tak elok je mood
tuh?”boleh pulak dia ni Tanya.
“Pembawakan budak,”boleh di terima kan?
“Takkan lah sampai dengan abang pun kena sekali?”ujarnya
dengan nada tidak puas hati. Magrib magrib nak gaduh pulak!
“Pembawakan budak tak kenal siapa bang. Dengan ayah sendiri
pun boleh jeh,”kata aku sambil melangkah ke bilik air.
Haseef memusingkan badan aku menghadapnya.
“If Lia marah pasal Sherry. I’m sorry okay? Bukan taknak
bagitahu. Tapi belum masanya lagi,”Katanya lembut.
“Laaaa.Ingatkan abang tak perasan yang Lia tengah bengang.
Heh! Takada masa? 3 bulan kahwin tak kan benda kecik ni tak boleh ank
bagitahu?Lepas balik klinik tadi pun boleh je kalau nak terangkan kan?”Naaahh!
Aulia dah marah.
Haseef terdiam. Dia sedar akan salagh dia.
“Dahlah. Lepas Isya kita sambung.”aku melangkah masuk ke
bilik air.
Saat air membasahi batang tubuh aku. Air mata turut
mengalir. Derhakakah aku? Ni lah padahnya kalau ikut persaan sangat.
Usai mandi, lekas aku bersiap untuk bersolat. Seperti
biasa,Haseef menjadi imam dan aku makmumnya.
Usai solat aku membaca surah Al-Mulk dan Al-Khafi.Sudah jadi
rutin harian aku membaca surah surah tersebut. Haseef disebelah hanya
memerhati. Saja aku melambatkan bacaan. Biarlah selesai membaca quran,terus
solat isya. Lepas isya baru bincang.
Azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu isya. Aku dan
dia segera mengerjakan solat. Tak elok lengah lengahkan solat.
Takbir diangkat. Allahuakbar!
Aminn! Doa yang dibaca oleh Haseef aku aminkan. Dia
berhadapan dengan aku. Aku menyambut huluran tangannya. Sebak didada.”
“Abang, Lia mintak maaf pasal siang tadi. Lia tak sengaja
nak marahkan abang. Sorry,”aku mencium
tangannya lama.
Dia menarik aku ke pangkuannya.
“Shusshh..Abang faham.Isteri mana tak cemburu bila suami
sendiri duk bercerita sakan dengan mama pasal someone yang pernah hadir dalam
diri dia kan?”Aku mengangguk.
“Cemburu tandanya sayang,”sambungnya lagi.
“Memanglah! Isteri mana tak sayang suami sendiri bang,”Kata
aku laju.
Haha. Haseef tertawa.
“Sayang, past is past. For me, dia dah takada apa. Sayang
yang utama untuk abang. Baby kita.Rumah tangga kita.Abang takada perasaan langsung
dengan dia. Abang awak punya. Selama-lamanya.Inshaallah,”kata katanya suka buat
aku sebak.
Aku tersenyum senang. Malam ni sangat damai dengan kehadiran
satu lagi insan yang bakal melengkapi hidup kami suami isteri.
*****
Selepas habis cuti seminggu. Kami masuk kerja seperti biasa.
Cuma Haseef sering memberi taklimat tentang keselamatan. Yelah sejak berbadan
dua ni, ada je pantang larangnya. Sabar jelah.
“Hai Aulia, seronok honeymoon? Berseri seri awak sekarang
ye?”Usik En.Fizi.
“Ala boss,orang berbadan dua mestilah berseri seri kan”,Aku
rasa nak gam je mulut si Zyka ni. Tak reti simpan rahsia betul.
“Laaaa!Kenapa tak bagitahu?”Lah buat apa nak bagitahu?
“Ish,buat apa nak bagitahu?Orang kata kan boss,benda benda
awal macam ni jangan nak heboh sangat. Karang tak ada rezeki malu pula,”bukan
tak nak bagitahu. Cuma taknak la terlampau teruja. Awal lagi ni.
“Oh okay okay saya faham. Dah berapa bulan?”Ujarnya.
“Baru nak masuk tiga bulan.”kata aku sambil tersenyum.
“Oh okay. Dah dah. Mula kerja,”Arahnya.
Jam menunjukkan tepat pukul 1 petang. Lunch time!
Aku dan Zyka bergerak ke restoran di sekitar pejabat kami.
Sedang sibuk berbual sambil berjalan. Mata aku ternampakkan sesuatu yang
menarik.
Ezzy?Nasrin? Amboi.
“Weh, kejap! Aku nak pergi sapa adik ipar aku dengan bakal
suami dia,”Zyka terpingga pingga hanya mengangguk.
“Assalamualaikum bakal pengantin,”Usik aku.
“Waalaikumsalam.Eh awak Aulia.Siap bakal pengantin?,”Nampak
sangat blur bekas boss aku ni.
“Akak,jangan pandai pandai okay?Mengarut je kerja,”Blushing
dah adik aku ni.
“Atotot, ye mengarut?Dah tu korang date ni mengarut jugak
ke?”Dua dua terdiam.
“Nasrin,cepat cepat datang pinang dia okay? Even baru 19.
Tapi dia memang dah layak kahwin dah.”Kata aku sambil tergelak.
“Akak ni sejak mengandung makin nakal kenapa?Report dekat
abang nanti”Ugutnya.
“Eleh, report lah. Akak tak takut pun,”usik aku.
“Lia mengandung?Wah! Tahniah!. Ezzy , nanti saya datang
pinang awak, jangan tolak okay?”aku yang mendengar ni pula terkejut. Ezzy? Tak
payah cakap,terdiam terus.
“Saya tak sabar nak tengok korang dua ni nikah. Eh kena
pergi dulu, kesian tinggal kawan dekat sana,”Aku meminta diri.
“Next month saya datang rumah eh. Dengan parent sekali,”Ujar
Nasrin pada Ezzy.
“Erk. Next month? Jappp,”Ezzy berfikir seketika.
“Hei! Esok dah masuk next month lah! Awak jangan buat
main,”Ezzy berkata.
“Dear,saya tak main main okay. Serius lah ni. Pergi call
Mama dengan papa awak cepat.”Nasrin ni terburu buru betul lah!.
Pada malamnya Ezzy memberitahu Mama tentang Nasrin dan
keluarga yang akan datang pasa esok hari. Mama pun pesan pada aku dan Haseef
untuk pulang ke Cameron. Lama jugak tak balik sana. Rindu tempat aku dengan
Haseef berjumpa. Ecececee.
Pagi esoknya kamu bersiap siap untuk pulang ke Cameron. Kalau
tak silap rombongan akan datang pada
belah petang. Jadi sempatlah.
“Tak sangka nak kahwin dan Ezzy tuh,”Ujar Haseef.
“Yelah bang, dah besar dah adik abang tu kan.”Kata aku.
“Minta minta Nasrin yang terbaik untuk dia.”Abang mana yang
tak risaukan adiknya kan. Haseef sangat menyayangi Ezzy. Satu satunya adik dia.
“Abang, kak Ezry balik tak?”Rindu pada Fawwaz.
“Balik rasanya.Kenapa?”Haseef bertanya. Pelik.
“Alaaa, rindu Fawwaz laaa.Budak tuh mesti makin comel
kan,”makin menebal rindu aku pada anak saudara aku.
“Amboi, baik awak rindu dekat abang awak ni je,”aku tertawa.
“Buat apa nak rindu abang?Hari hari jumpa,”dia menarik muka
masam.
Aku tertawa lucu. Laki aku ni memang mengedik lebih. Padahal
tak ada apa pun.
Perjalanan kami di tak terasa jauh walaupun berdua,aku rasa
seperti 4orang dalam kereta ni.Kecoh amat. Antara perbualan yang menarik
adalah, bincang nak letak nama anak apa.
Haseef kata kalau anak lelaki dia nak nama Ahmad Ziyyad
Ehsan.Kalau perempuan, Nur Zinnirah Iman.
Aku?
Aku setuju gila dengan nama nama tu. Sedap! Dan aku yakin
nama nama tu bawak maksud yang baik untuk bakal anak aku.
Tepat jam 3petang kami sampai di sana. Kelihatan semua
persiapan menyambut tetamu sudah pun siap.
“Umi,Mama,semua dah beres?”Tanya aku.
“Dah Lia, lia rehat lah. Badan tu penat jalan jauh.”aku
tersenyum.
“Mana ada penat Ma,Umi. Lia okay aje,”mereka hanya
tersenyum.
Handphone aku berbunyi.
Call dari Maira laaa! Lama gila tak lepak dengan dia.
“Assalamualaikum Mairaaaaaa!”,aku menjerit mendapat
panggilan dari dia.
“Waalaikumsalam.Woi woi.Agak sikit lah nak jerit. Kesian
baby aku,”Lupa pula aku yang Maira pun tengah mengandung. Tapi dia cepat
sikitlah dari aku.
“Elele,kau ingat kau sorang je ada baby? Ni mesti rindu aku
kan?Tu call aku tuh,”Aku tertawa sendiri.
“Weh! Kau ngandung! Seriussssss? Apsal tak bagitahu awal
awal? Dah berapa bulan dah?”Nada teruja yang sangat ketara.
“Saja nak buat kejutan,”Kalau aku tengah berhadapan dengan
dia ni, maunya kena cubit pipi aku.
“Ei, kau nii! Eh,kau dekat mana ni?”,tanyanya.
“Aku dekat Cemaron. Adik ipar aku tuh will be wife la tak
lama lagi,”Maira pun kenal Ezzy jugak.
“Dia baru 19 kan?”terkejut je bunyi.
“Yep! Elok la dia nikah awal. Ada jugak orang jaga dia
kan,”aku memberi pendapat.
“Betul jugak.”Ujar Maira setuju.
“Dan, aku pasti Nasrin boleh jaga dia,”mesti Maira tekejut.
“Whaaaaattt!?Nasrin?Anak boss kita waktu kita kerja dekat
Parkson tuh?”,kan aku dah kata. Dramatik lebih si Maira ni.
“Yes!Memang jodoh dorang la kan weh.Aku tengok pun happy je
diorang ni,”gembira tengok diorang yang sangat comel.
“Yeah! Weh, kena blah dulu. Kirim salam dekat Haseef dan
family kau yang lain okay?Dah balik Shah Alam nanti bagitahu aku tau.”Pergi
layan Encik Abang dia lah tuh.
“Okay, kirim salam dekat Faisal jugak tau,”panggilan dimatikan.
Kedengaran pintu rumah dibuka. Ramai juga yang datang.
Ingatkan mak ayah si Nasrin tu je.
“Jemput masuk,”Ramah Mama menegur Puan Habibah. Ibu kepada
Nasrin.
Mereka bersalaman. Sungguh keluarga Nasrin senang didekati.
Ayah Nasrin menegur aku.
“Eh Aulia kan? Laa awak ni kakak ipar Ezzy bakal menantu
saya ke?”Nasrin mesti tak cerita ni.
“Ye Encik,”kata aku sopan.
Haseef disebelah hanya tersenyum. Tahu pasal semua ni.
“Uncle,saya abang Ezzy , suami Lia,”Haseef perkenalkan
dirinya
Perbincangan di mulakan. Di selitkan gurauan dan ketawa dua
keluarga. Bagi keluarga Nasrin, ini merupakan berita gembira. Bagi mereka,
Nasrin memang patut mendirikan rumah tangga sekarang. Sesuai lah dengan usianya
yang hampir masuk 27tahun.
“Kami dah sepakat, hari ni bertunang. 3bulan lagi
nikah,”Ezzy disebelah terkejut.
Harini tunang?
Chill chill.
“Baiklah. Kami setuju,”Kata Mama .
Acara menyarung cincin berlangsung. Sangat sederhana.
Lagipun bertunang je kan. Bukan nikah.
“Alhamdulillah, Ezzy dah jadi tunangan orang,”Kak Ezry
berkata sambil memeluk adik perempuannya.
Aku disebelah yang mendukung Fawwaz hanya tersenyum. Leka
bermain dengan Fawwaz. Abangnya pula bermain dengan Haseef.
“Tak lama je lagi dah nak jadi isteri orang,”usik aku.
“Ala,orang tu tak lama lagi jadi isteri orang,”kami tertawa
lucu. Dah jadi tuning orang pun nakal lagi Ezzy ni.
****
3 bulan kemudian.
2minggu lagi pernikahan Ezzy dan Nasrin akan berlangsung.
Perut aku kini sudah makin membesar. Kalau aku dah macam ni. Maira lagi lah
kan. Maira dah pun masuk ke dalam wad. Takut takut tak sempat bersalin pula
nanti.
Persiapan semua masih tak siap lagi. Aku memohon cuti dari
En.Fizi awal untuk pulang ke sini. Haseef menghantar aku pulang. Dia masih
banyak kerja di hospital. Aku faham. Itu tanggungjawab dia.
Aku duduk bersama mama dan umi dan sedara mara yang lain.
Bersama sama menghias dulang hantaran. Tema kali ni warna cokelat-emas. Nampak
sangat klasik. Rindu nak bersanding. Eh. Mengarut pula.
Handphone aku berbunyi.
“Assalamualaikum abang,”jawab aku sambil tersenyum.
“Waalaikumsalam sayang,”gedik je bunyi dia. Hahaha.
“Amboi,apa gelakkan abang
ni?”nada dia beryukar tidak puas hati.
“Kenapa gedik sangat bunyi ni? Baru sehari kena pisah. Dah
gaya macam sebulan je,”sakat aku.
“Elele. Orang tak rindu dia pun. Abang rindu baby boy abang
tu,”aku mencebik.
“Takpe takpe, tunggu la nanti. Orang tak pick-up phone baru
tahu,”ugut aku.
“Heyy heyy,jangan la buat macam tu. Tak baik lah,”tahu pulak
tak baik part tuh.
“Apa yang tak baik? Baik je kut,”masih taknak kalah.
“Amboi,yelah. Baby sihat? Lia sihat?”Tanya dia.
“Alhamdulillah dua dua sihat. Abang balik sini bila?”rindu
dah.
“Eleh, tadi gelakkan orang bila main rindu bagai. Ni dah Tanya
bila abang nak balik dah kan?”usiknya.
“Jawab lah,”main main pulak.
“Aaaaa.Taktahu lagi. Tak mohon cuti lagi.”jawabnya selamba.
“Cepat la mohon cuti. Dah Lia nak tolong Umi ni. Nanti malam
call lagi tau kalau free,”aku memutuskan panggilan setelah memberi salam.
*****
Magrib tadi dapat call dari Faisal yang Maira dah selamat
bersalin. Baby girl. Mesti comel macam Maira jugak en. Tak sabar tunggu baby
aku pulak keluar. Huahuahua.
Magrib tadi jugak Haseef sampai sini. Sungguh kejam dia.
Dalam phone kata tak mohon cuti bagai. Tahu tahu dah sampai sini. Memang kena
cubit lah dia ni. Tinggal beberapa hari je lagi Ezzy akan jadi isteri orang.
Bersyukur sangat segalanya di permudahkan. Kandungan pun Alhamdulillah sihat.
“Abang, nak makan strawberi. Baby yang nak,”mengidam.
“Okay, pergi pakai baju sopan sikit. Kita keluar,”Haseef ni
memang senang. Ajak je terus ok. Tak penah kata TAK.
“Baik boss,”aku menunjukkan tabik hormat.
Kami bersiar siar di sekitar Cameron. Sejuk. Tapi sangat
best! Boleh pulak kami pergi Mcd tempat kami jenjalan time baru baru kenal.
Kenangan betul Cameron ni.
“Sayang ingat tak dekat sini kita mula borak?”kami melangkah
menghampiri tangga yang berdekatan dengan rumah Opah kami.
“Mestilah ingat.Tak pernah lupa,”Ujar aku gembira.
“Alhamdulillah, Allah dengar doa abang,”Aku menoleh
kearahnya.
“Sejak kejadian dekat sini. Abang selalu doa supaya Lia tak
pernah lupakan abang. Sebab abang yakin yang Lia untuk abang. Masa Lia bergurau
dengan Opah, abang dah mula rasa ada magnet dekat situ.Lia tak pura pura. Tu
yang buat Lia istimewa,”baru aku tahu.
“Sejak kejadian masa tu, bagi Lia pula.Lia tak nak langsung
ingat pasal abang. Masa tu kita masing masing ada tanggungjawab. Lia budak
lagi. Tak nak fikir pasal cinta ni. Macam tak betul pun ada. Tapi Alhamdulillah.
Allah bagi kita satu lagi nikmat. Tak perlu bercinta macam orang lain. Nikah.
Lagi pun Islam kan mengalakkan nikah dari menghampiri zina kan bang. DIA kirim
abang untuk Lia. Lia sayang abang,”aku memandangnya.
Kami berdua diam. Masing masing melayan perasaan sendiri.
Jam sudah beralih pada angka 10. Aku mengajaknya pulang. Esok ada khatam quran.
Dan lusa dah hari pernikahan.
Esoknya…
Ezzy berbaju kurung kuning lembut duduk sambil memegang al
quran. Beberapa sanak saudara juga mengelilingi Ezzy . Aku juga. Acara di
mulakan dengan Surah Al fatihah.
Acara berlangsung dengan lancar. Belah malam pula acara
berinai. Aku pun join pakai inai jugak. Aku Nampak sinar bahagia pada wajah
Ezzy. Allah kau peliharalah hubungan mereka.
Jam pun dah menunjukkan pukul 11 malam. Mata sudah
mengantuk. Aku masuk kedalam bilik. Aku lihat Haseef nyenyak tidur. Penat
mungkin memassang khemah dan sebagainya.
Aku mengambil wudhuk untuk solat sunat. Mohon esok segalanya
dipermudahkan.
*****
Kedengaran suara Nasrin dalam akad nikah yang diwalikan oleh
bapa mertua aku sendiri.
Ezzy yang disebelah aku menitiskan air matanya sambil
memegang erat tangan aku. Aku faham benar perasaannya. Sedih terpaksa berpisah
dengan Mamanya dan papanya. Kini dia sudah mempunyai tanggungjawab lain dan
kini dia dibawah tanggungjawab Nasrin.
Nasrin menghampiri Ezzy untuk upacara membatalkan air
sembahyang. Aku disebelah tersenyum senang.
Namun senyum itu tidak tahan lama.
Perut aku rasa seperti mencucuk cucuk. Nak bersalin dah ke?
Ya Allah.
“Abang, abang,”laung aku. Sakitnyaa!.
Mujur Haseef tidak jauh.
Dan mujur juga upacara akad nikah sudah selesai.
“Nak keluar dah ni. Sakit,”Haseef yang panic segera
mengangkat aku dan lekas menghampiri kereta.
Umi dan abi juga ikut kami bergerak ke hospital.
Sampai sahaja di hospital berdekatan , aku segera di alihkan
keatas katil kecemasan. Sungguh rasa nak keluar dah baby aku ni.
“Sayang, tarik nafas,istigfar,”Haseef cuba menenangkan aku
yang kini berada dalam tempat bersalin.
Dia menemani aku sepanjang proses bersalin.
20minit kemudian…
Alhamdulillah Ahmad Ziyyad Ehsan selamat di lahirkan. Syukur
aku panjatkan kepada Ilahi dengan anugerah yang tak ternilai ini. Janji aku
hanya satu.. Didik anak aku supaya jadi yang soleh dunia dan akhirat.
Satu kucupan hinggap di dahi aku.
“Thankyou sayang sebab lahirkan Ziyyad untuk abang. Sayang
Lia,”aku tersenyum senang.
“Terimakasih jugak sebab jadi suami dan kawan untuk Lia. Dan
Daddy untuk anak kita,”menitis airmata aku.
Semoga bahagia milik kami bersama. Amin!
-TAMAT-
#Notakaki 1- Assalamualaikum..Maaf kalau lama sangat
menunggu..sorry kalau tak best..
#Notakaki 2- May Allah bless you all J thanks pada awak awak yang
tak henti henti menyokong saya. Love u yaa :D
JTV Sportsbook | Casino & Hotel Maryland Sportsbook
ReplyDeleteThe 여주 출장안마 JTV Sportsbook offers 상주 출장안마 you an exciting sports betting experience 김천 출장샵 in the 포항 출장샵 convenient location with a variety of games available 광주광역 출장마사지 on multiple sports and leagues